Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 28 January 2013

TAK BOLEH "COP" LAGI, MAJLIS SYURA KATA "TUI"



Akhirnya Majlis Syura tak mahu lagi main aci dengan Nasharuddin Mat Isa.

Dulu, dalam mesyuarat Majlis Syura pada 9 September 2012, Nasharuddin Mat Isa "cop" dan ahli majlis tak dapat kata "tui!"

Kali ini Nasharuddin tak boleh lagi kata "cop" kerana Majlis Syura dah kata "tui" dulu.

Tapi kenapa Majlis Syura simpan berita sampai Najib balik dari Gaza?

Yang tersirat dalam berita ini ialah - ketika Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama PM 1Malaysia, dia telah dipecat dari menjadi anggota Majlis Syura PAS. Ini kerana keputusan menggugurkan nama Nasharuddin dibuat dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 13 January 2013. Sedangkan program ke Gaza ialah 22 Januaary 2013.

Kenapa Nasharuddin Mat Isa tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura itu suatu kemusykilan bukan keganjilan. Kalau muktamar PAS yang membincangkan masalah parti dan suara-suara akar-umbi dia tidak hadir, apa lagi yang kita boleh harap darinya?

Begitu rapi Majlis Syura menyimpan berita itu sehingga tiada ketirisan berita itu di mana-mana media. Pencacai dengan bangga memukul canang Nasharuddin Mat Isa, ahli Majlis Syura PAS bersama Najib dan Zul Kulim! Jangkannya ini adalah political milage buat ameno.

Kununnya hebat betul Nasharuddin Mat Isa ini mencabar ulama-ulama PAS dalam Majlis Syura yang dah jadi pondan berayun!

Itulah dia kematangan Tuan Guru Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura masa itu (Bab politik Nik Aziz Yong pernah ngomel di sini).

Tindakan Majlis Syura melengahkan berita itu sehingga Najib pulang dari Gaza sebagai libasan pedang yang tajam terhadap musuh yang sedang khayal dalam kemenangan yang palsu. Hancur luluh harapan ameno untuk mengekspoit kedudukan hubungan rapat PM dan Nasharuddin Mat Isa sebagai  endorsement UG oleh pemimpin ulama PAS (di mana  Nasharuddin Mat Isa adalah ahlinya).

Nasharuddin Mat Isa yang dibawa ke Gaza sebenarnya bukan siapa-siapa lagi dalam PAS. Dia Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds, yang Pengerusi Lembaga Pengarah Amanahnya ialah Mukhriz Mahathir (N3 berkaitan boleh baca di sini).

Bila sebut Mukhriz teringat bapanya Chedet. See the connection?

Tiada salahnya Nasharuddin Mat Isa ahli PAS dan menjadi pengerusi NGO yang bertujuan membantu rakyat Palestine ini. Tetapi menjadi kesalahan apabila tugas hakikinya sebagai ahli Majlis Syura dan MP Bachok terabai!

Gayanya macam Nasharuddin Mat Isa nak keluar dari PAS tapi takut termakan sumpah Bai'ah?

Masakan Nasharuddin Mat Isa tak faham? Apabila kita mengikat kontrak, kita terikat dengan terma-terma kontrak itu. Kalau kita melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan terma kontrak itu, kita sebenarnya telah pecah kontrak.

Kemenangan yang diberi oleh pengundi Bachok atas nama PAS adalah satu kontrak. Ia tidak tertulis. Tapi saksinya ramai, termasuk langit dan bumi.

Dalam hubugan ini terma kontrak ialah: Nasharuddin Mat Isa wajib bertanggungjawab kepada bumi dan langit Bachok serta rakyat yang diwakilinya dan jemaahnya.

Masihkah lagi boleh diertikan Nasharuddin Mat Isa menghormati sumpah Bai'ah itu?

9 comments:

  1. Salam Yong;

    Sebenarnya bagi Nasha tu... "pucuk di cita", sememangnya dia menunggu masa untuk PAS pecat dia dari Parti. Games yang sama dgn Hasan Akidah tuuu...

    Nak keluar parti tak boleh... tak pasal2 talak 3 (baiah). apapun padan muka dia lahhh... musang mcm dia dan hasan tu tak perlu ada dlm parti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Parti takkan pecat dia. Biar dia meroyan jer.. gantung tak bertali.

      Delete
  2. Salam Yong..
    Teman setuju sgt Nasha ni dipecat, sejak awal lagi teman mmg harap sgt dia dipecat... Bagi teman, dia tetap pembelot. Pembelot mesti dibuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Yong sebenarnya heran. Apa penyakit dia?

      Delete
  3. Salam Yong,
    Ust Nasa cuma d pecat sbgai ahli mjls syura. Beliau masih lagi ahli Pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zainal abidin

      Kalau dia ikhlas dia akan tetap berjuang dalam jamaah macam ahli PAS lain yang takde pangkat apa2 dalam parti.

      Delete
  4. Patutnya lama dah Majlis Syura buat benda ni.. its long time coming der.. takkan depa tak tau apa dia dah buat dgn musuh no walid Umngok - bersekongkol byk isu dgn UM=no tapi membelakang kepimpinan/ arahtuju PAS/PR.

    Hero "Perpaduan Ummah + UG" ni bukannya taraf alim ulamak yg melayakkan sebaris ortodok dlm Dewan Ulamak PAS pun...Tapi leh lak dilantik? Wayang lebih dia ni sampai Fadhil Noor pun leh 'tertipu' + bagi jln kat dia naik dlm PAS. Rupanya bewak idup, conman yg opportunistic.

    Berkepit dgn orang atasan UM=no tu bkukan takda agenda peribadi kot? Perpaduan konon..pooraaah ! Buktikan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Tak berani Yong kata dia conman! Tapi menurut sumber ostad2 yang dikenali, tahapnya memang tak sampai pada tahap ulama!

      Delete
    2. OK la.. mungkin dia bukan conman - yg hebat. A liar might be the most appropriate word to describe him.

      Put it this way, Ust. Na$ha ni dia la sebenarnya "Conan the Barbarian" hehe ... yeah heis barbaric.. sentiasa on the move.. yg nomad pegangan/prinsip dia!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.