Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 25 December 2013

BANTAH KENAIKAN HARGA BARANG, HARAM, BUAT KONSERT DEDAH AURAT, HALAL! - USAHA GRED D UiTM UNTUK NAIKKAN RANKING!

Adoooiiii!

Sakit mata, sakit hati, sakit kepala melihat KEMANA HALANYA destini anak bangsaku….

Sementara kita pong-pang-pong dengan blueprint Pendidikan Negara yang memakan duit rakyat berpuluh juta RM, universiti yang 90% warganya beragama Islam ini terus belayar ke pulau kapas dengan khayalannya sendiri.

Sementara kita bersusah hati dan heboh kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan, UiTM mengajak anak muda alpa dan bersuka ria dengan artis-artis yang berpakaian menjolok mata.

Aduhai ibu bapa sekelian!

Inikah bentuk moral yang ingin diterapkan ke dalam jiwa anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang dihantar ke menara gading ini hasil dari penat lelah, menoreh getah, menangkap ikan, menanam padi dan kerja kilang? 

Tidakkah tuan-tuan dan puan-puan perlu peduli?

Jika tuan-tuan dan puan-puan bukan petani, penoreh getah, pekerja kilang atau nelayan, tetapi tokoh korporat yang kaya-raya – tidakkah tuan-tuan dan puan-puan perlu peduli? 

Jika tuan-tuan dan puan-puan sedang menduduki kerusi empuk di Kementerian Pendidikan seperti Datuk Zaini Ujang dan lain-lain, tidakkah tuan-tuan dan puan-puan juga perlu peduli? 

Peduli apa?
  • Peduli tentang corak destini anak bangsa yang ingin ditonjolkan oleh UiTM melalui budaya khayal dan bersukaria ini?
  • Peduli tentang program ini dibuat sangat hampir dengan minggu belajar (study leave) bagi peperiksaan akhir UiTM?
  • Peduli tentang kedudukan nilai Islam yang dilacurkan oleh program konsert ini dalam mengubah destini anak bangsa?
  • Peduli tentang dari mana sumber dana kewangan yang dibazirkan untuk membiayai konsert ini?
Aduhai ibu bapa sekelian!

Jauhnya perjalanan pendakwah Islam menempuh lautan yang bergelora demi memertabatkan syiar Islam di bumi Melayu! Tetapi apakah yang sedang kita lakukan untuk melestarikan panji-panji Islam itu  di Tanah Air tercinta ini?
  • Bukan kita mahu anak-anak kita duduk dalam perpustakaan tanpa mengetahui segala hiruk-pikuk yang berlaku di dunia luar. 
  • Bukan kita mahu anak-anak kita jadi ulat buku yang naïf dan lemah dalam perjuangan menentang segala gejala yang meruntuhkan bangsa.
  • Bukan kita mahu anak-bangsa menjadi robot tanpa emosi dan tidak tahu berhibur dan berkasih saying. 
  • Bukan kita menentang persembahan konsert untuk kutip dana secara pukul rata.
Tetapi kita mahu ketertiban dalam persembahan konsert, bukan macam ini!

Takkan kita mahu anak-anak kita buat business kelab malam? Atau business tari-menari? Atau business jual arak? Sedangkan kita tahu, itulah punca maksiat dan kerosakan akhlak umat Islam!

YANG HALAL

YANG HARAM

Mana pergi Centre for Islamic thought and Understanding (CITU)? Sudah padam?

Bolehkah, aduhai ustaz-ustaz, kita terima dari sudut Islam konsert serupa ini untuk mencari Dana bagi pendidikan anak-anak kita?

YANG TERSASAR

Menurut Aizuddin Ghazali (CEO Yayasan Mengubah Destini Anaka Bangsa), UiTM cuma keluar modal RM7,000 sahaja... Siapa percaya angkat tangan!

Katanya sasaran kutip RM2 juta sudah tercapai!

Okay. Kalau percaya UiTM cuma keluar modal RM7,000, selebihnya siapa yang sponsor? Takkan artis/ahli musik/penari etc.etc. tu semua f.o.c. kot? Syarikat Konsesi PFI????

Ulama muda UMNO, kenapa biarkan golongan ini hanyut sampai tersasar? Atau....Adakah ini semua ketentuan Allah?

BEGINIKAH CARA PEMIMPIN UiTM MENGAJAR ANAK MUDA UNTUK MENCERAKIN MASALAH DAN MENDEPANI ISU?

4 comments:

  1. As salam Yong

    Kalau dilihat pada cara mereka mengumpul dana, itu cara lama dan pada asasnya tidak mengira nilai moral. Sedih tengok anak bangsa jadi begini. Mana dia Ustaz UMNO, tolong betulkan. Apa pandangan masyarakat kepada penuntut Uitm yang diajak berhibur dan berkhayal...destini ape yang dikejar????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shiffa

      Apa nak kita harapkan dari seorang Naib Canselor yang berjalan sana sini memakai rambut palsu yang sah haram?

      Delete
  2. Fathul Bari akan kata dah nak jadi... apa kita nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nasa

      Fathul Bari di Luar UiTM. Dia tak tahu apa jadi di UiTM. Tapi dalam UiTM ramai ostad. Ada yang bergelar professor. Aper demer buat???

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.