Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 30 March 2014

IMAISAT MALU SEBAB LEPAS BOMOH 1MALAYSIA SERU MAYAT, RIBUAN SAMPAH SARAP TIMBUL DI LAUTAN HINDI

Inmarsat kata penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan takde kena mengena dengan dia. Ia kesimpulan Najib jer...

Kenyataan ini disebut oleh Jonathan Snnatt, jurucakap Inmarsat. Katanya Kerajaan Malaysia buat kesimpulan sendiri...

Alahai...Kenapa inmarsat tak mengaku? Malu ke?

Sebelum itu bukan main besar kepala jurucakap Inmarsat membanggakan organisasinya konon dah menyelesaikan persoalan di mana pesawat MH370 (Baca di telegraph.co.uk)

Lupakan tentang MH370 dirampas, sekarang ada di Diego Garcia, di Gong Kedak etc...etc... Menurut petunjuk Inmarsat, lepas Lautan Hindi Selatan, tak dengor lagi ping.

INFERENNYA MH370 JATUH DI LAUTAN HINDI 

Kot Inmarsat malu, malu dengan sapa? Malu sebab takde apa kat Lautan Hindi itu kecuali sampah. Maknanya apa yang satelit demer cerap selama ini tak lain tak bukan, sampah. Yang namanya ping tu, mungkin bola ping pong jer terantuk pada satelat Inmarsat tu.

Isy, sapa pula kuat bebenor baling bola ping pong sampai terkena satelit Inmarsat ni? Bomoh 1Malaysia kot?

Lepas PM kata perjalanan pesawat tamat di Lautan Hindi, bomoh 1Malaysia pun menyeru supaya mayat timbul

Tapi mayat tak dengor. Hanya sampah yang timbul...Beribu-ribu sampah!

China, Australia etc...berkejar ke Lautan Hindi Selatan untuk tengok dan kutip sampah.

DI KAWASAN BERTANDA MERAH ADALAH LOKASI SAMPAH (SUMBER)

Lautan di bumi ini menyimpan 3.5 juta ton sampah, ada kalanya sebesar sebuah kontena kargo yang jatuh dari kapal. 

Sampah ini terperangkap dalam gyres - pusaran air di lautan.

Fakta ini membuat Inmarsat bukan saja malu, tapi takut.

Takut apa pulak?

Tadi Yong sebut yang datang mencari tu termasuk China dan mungkin juga Russia. Pencari ini semuanya tentera yang pakar. Kita tak tahu pakar apa.

Apa kata kalau dalam mencari serpihan MH370 tu demer jumpa bukan sampah, tapi benda yang amat bernilai - misalnya serpihan bahagian penting drones US, satu kontena senjata sulit...dan entah apa lagi...benda-benda yang jatuh dari kapal...

Yang jumpa itu tentera China atau Russia...

Hah...kan dah haru...

Jadi, lebih baik Inmarsat kata "Cop!! Aku tak kata MH370 jatuh di Lautan Hindi Selatan!" 

Harapan Inmarsat, semua yang sedang menggali Lautan Hindi Selatan tu balik ke negara masing-masing. Mungkin tinggal US, Australia dan UK sahaja...

Selamat! Kalau ada benda berharga yang terapung di Lautan Hindi Selatan, ia tak jatuh ke tangan kuasa besar yang tak berapa nak kawan dengan demer.

Inmarsat ini lebih sesuai dipanggil "I mai sat" sebab lepas mai sat dia u-turn.

Berapa banyak kerajaan Malaysia bayar untuk mendapatkan temberang I mai sat ini?

Sementara itu, waris masih menunggu dengan penuh harapan tersayang akan kembali...

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.