Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 26 March 2014

JIKA PESAWAT MH370 JATUH DI LAUTAN HINDI SELATAN, ADAKAH IA MASIH DI SITU SETELAH 3 MINGGU BERLALU? (ANIMASI OMBAK) - UPDATED

Yong minta pencerahan dari pakar kaji lautan (oceanographer), kalau benda besar macam MH370 jatuh ke Lautan Hindi pada pada 8 Mac 2014, adakah ia masih ada di situ 3 minggu kemudian?

Jika Lautan Hindi itu amat dahsyat ombaknya, logikkah masih ada di situ cebisan pesawat MH370, jika disebut penerbangannya berakhir di situ?

Tolong beri pencerahan...

Yong upload peta animasi pergerakan ombak Lautan Hindi sebagai rujukan.

PERHATIKAN ARAH ARUS OMBAK/GELOMBANG
ARAH ARUS OMBAK/GELOMBANG LAUTAN HINDI SELATAN

Di beritakan tiada pulau di Lautan Hindi Selatan. Yang ada hanya ombak yang tinggi, dahsyat dan mengerikan. Tidakkah ombak sebegini akan menghanyutkan benda-benda termasuk kapal?

BANDINGKAN DENGAN PETA ARAH ARUS OMBAK/GELOMBANG

Kalau melihat arah arus gelombang, jika benar penerbangan berakhir di Selatan Lautan Hindi pada 8 Mac 2014, mungkin cebisan pesawat itu sudah sampai ke Lautan Pacific.

PERGERAKAN ARUS LAUTAN (ANTARA BENUA) 

Walau kemana hala arus ombak itu, benda yang jatuh ke laut, kalau masih ada di permukaannya, tidak akan tetap berada di situ setelah 3 minggu berlalu.

Lagi peta animasi ombak Lautan Hindi di sini

Allah Maha Kuasa, mohon pertolongan dari-Nya, bukan dari bomoh bubu.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

“Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus (mahluk-Nya), hanya dengan rahmat-Mu saja, aku memohon pertolongan.”

 لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 

“Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya’: 87)

Berita berkaitan dari luar negara: cbc.ca

Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya’: 87)
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/doa/2011/07/21/15629/doa-memohon-kemudahan-saat-menghadapi-kesulitan/#sthash.bSF3EdWs.dpuf

7 comments:

  1. Replies
    1. Salam TheSniper

      Yong tak percaya, setelah 3 minggu, debris yang timbul dari pesawat yang terhempas (kononnya) masih berada di Lautan Hindi Selatan.

      Delete
  2. fakta di atas tak akan dapat di fahami olih macai kerana otak macai lebih kecik dr mata..macai hanya percaya fakta dr si mulut iwk mamak madey al-kutty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Kesian betui Yong dengan makhluk yang otak kecik ni. Dah le kecik, tumpoi pulok...

      Delete
  3. Saya turut rasa sedih dan simpati pada semua keluarga mangsa. Saya juga turut simpati pada BUAH MANGGIS yg seberat 4 TAN yg hingga kini tidak timbul2. Mungkin buah berkenaan terlalu berat. Klu dapat sebiji pun mungkin ia dapat membantu. Hingga kini tidak sorang pun menjumpai, walaupun dipersisiran pantai. Pada sesiapa yg menemui dipersisirN atau diperairan jgn lupa bawa ke balai POLIS untuk buat LAPORAN. Munngkin ia membantu. PELIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ridd

      Yong sedih dan sakit hati. Yong tak dapat bayangkan perasaan waris dipermainkan begini oleh gomen. Sedih sungguh.

      Delete
    2. Salam.

      as an o-i-c-eanographer yg tak bertauliah, i'd say ... i sedih sangat...dah le kotak itam pesawat belum jumpe, deme dah start minta empati kita deme dah dah susah payah carikan & dapatkan pujian orang putih (Chinese not included??)

      Oh, now we have got to have empathy for this government as well as sympathy for whom involved??

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.