Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 31 October 2014

GAYA ALAT SANG PENGUASA KETIKA MERUNTUHKAN RUMAH ORANG MELAYU (UPDATE)

Biar gambar berbicara:

GAYA SANTAI, CEKAK PINGGANG DAN LENGAN DILIPAT

Sementara itu seorang anak kecil tercengang-cengang melihat kerakusan sang penguasa...

Ketua alat sang penguasa ini pula didakwa meludah muka seorang siswa:

BERDIRI SAMBIL BERCEKAK PINGGANG DAN SEBELAH KAKI DILETAK DITEMPAT AGAK TINGGI

Sesungguhnya gaya badan seseorang itu berkomunikasi menjelaskan apa yang tersirat.

Bebahagiakah kita apabila nanti orang Melayu terus dinafikan hak untuk tinggal di bandaraya?

Penduduk disamakan seperti perusuhkah?

PERTUNJUKAN APA YANG SEDANG DITONTON INI?

Bukan Yong nak galakkan orang Melayu tinggal sebagai peneroka bandar aka setinggan. 

Tidak sama sekali.

Orang Melayu, secara tradisinya suka tinggal di atas tanah dan ada sedikit kawasan untuk bercucuk tanam. Tanah inilah yang sukar didapati di tengah bandaraya.

Tetapi ingatlah...Pokok itulah sebenarnya yang dianugerah Allah untuk membekalkan kita oksigen. Pokok itu kita bunuh. Di atasnya kita bina rumah bernilai juataan ringgit yang orang Melayu dan rakyat marhein hanya boleh pandang sahaja.

Carilah satu formula yang memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu untuk terus tinggal di bandaraya walaupun tidak mampu memiliki rumah berjuta-juta ringgit...

MILIK SIAPAKAH KONDO INI? (SUMBER) 

Bebahagialah wahai sang penguasa dan alat-alatnya...di atas penderiataan orang lain... 

Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah SWT.

BEGINIKAH KESUDAHANNYA? (SUMBER)

3 comments:

  1. Dikatakan bahawa manusia lelaki dikurniakan 10% emosi dan 90% rasional berbanding perempuan adalah sebaliknya, tapi di manakah letaknya kedua-dua itu pada lelaki-lelaki tersebut? 'MANUSIAKAH'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bercekak pinggang tu adalah DAJAL yg bertopengkan manusia. Tanda dunia sudah akhir zaman.

      Delete
  2. bagus yong, terjah sampai yang berkenaan terberak tercirit. suka juga aku ingatkan agar yong sergah juga projek menghalau melayu dari bahagian pulau di penang. kesian melayu dan Islam di pulau tu, merempat di bumi sendiri. jangan kira politiklah yong, sergah kalau buat perangai jahanam...!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.