Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 11 November 2014

KABARE DR SHAHARUDDIN BADARUDDIN, DI MANA SEKARANG?

Baru saja Yong dapat khabar dari UiTM. Rupanya Dr Shaharuddin Badaruddin telah bersara awal.

Siapa Dr Shaharuddin Badaruddin?

DR SHARUDDIN SALAH SEORANG FELLOW UMCEDEL

Sebabnya?

Sebagaimana beberapa profesor madya lain di UiTM, Dr Shaharuddin Baharuddin gagal dalam usahanya untuk naik pangkat sebagai Profesor Jusa C di universiti tersebut.

Siapa yang dapat?

Entah.

Tentulah yang dapat itu sangat hebat dalam penyelidikan, kan?

Atau... ada kriteria lain untuk dapat jadi profesor jusa C?

Yong tanya saja...

Adakah kriteria lain yang digunapakai oleh UiTM untuk mendapat jawatan Profesor Jusa C?

Idris Jusoh, Dr Zaini Ujang dan Dr Shahol Hamid, moh kita ingat balik hadis riwayat: Bukhari dan Muslim:

Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”.

Adakah mengkomer menghayati dan mengamalkannya?

Kalau tidak, tunggu sajalah...komer akan ditanya. Itu sudah pasti


4 comments:

  1. Puakpuak tu bukanya takut ke Tuhan Yong....sebab tu mereka tidak berlaku adil bila menjadi pemimpin atau memegang kuasa.......tapo elok juga yong ingatkan mereka tentang adanya perhitungan di mahsyar terhadap setiap pimpin kecil, sederhana dan besar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Sedih...tapi begitulah.

      Yang merasa dianiaya pasti akan menuntut keadilan. Tidak di dunia di akhirat.

      Delete
  2. Jika sikap pilih kasih diamalkan oleh kalangan amatur, itu bukan menjadi perkara yg aneh. Kita maklum tahap mentaliti kalangan amatur, bukannya hendak merendah-rendahkan mereka itu.
    Akan tetapi, jika dlm kalangan professional mengamalkan sikap pilih kasih, maka elok dibuangkan status profesional itu kerana mereka tidak meletakkan akal mengatasi emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seniwoman

      Tak sepatutnya berlaku pilih kasih di universiti. Maklumlah universiti itu gedung ilmu...

      Di universiti budak2 belajar tentang amanah, integriti etc...

      Kita yang jadi pendidik /pemimpin sepatutnya menunjukkan pedoman..

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.