Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 9 December 2014

RAKYAT MALAYSIA SEBENARNYA KEMARUK GELARAN "DATO"?

Seorang kawan pernah memberitahu Yong, gelaran yang dimilikinya sering menjadikannya serba salah.

Kenapa?

Dia seorang perempuan. Suaminya sudah tentu bukan "Datin." Oleh kerana itu suaminya sering enggan mengikutnya untuk menghadiri jamuan rasmi.

Tetapi itu bukan masalah besar. Yang lebih merimaskan, dia sering mendapat surat atau panggilan telefon - Hahaha...minta derma.

Katanya bukan derma RM10.00!

Sering dia beritahu peminta derma, dia bukan dato' kaya-raya. Bukan juga dato' beli. Dia mendapat anugerah itu sebab sumbangannya dalam dunia akademik.

Taknak pakai takut Sultan murka, katanya.

Ada seorang saudara lelaki Yong menolak anugerah yang Sultan nak bagi. Dia tidak mahu anugerah itu kerana katanya dia sudah dibayar gaji untuk melaksanakan tugasnya. Sultan pun faham. Takde le nak paksa dia terima. Takde Sultan itu murka. Takde juga dia kena tulahan...

Ada juga seorang memberitahu, kawannya perlu bayar RM200,000 untuk beli gelaran Dato' Seri. Entah di mana dia nak beli, tidaklah Yong diberitahu.

Tetapi yang menjadi pelik sekarang ialah golongan agamawan pun sama naiknya teringin gelaran dato'. Tak dapat di Malaysia, carilah dari seberang. Baca di alhusseyn

Alahai....

Patutlah Tun Mahathir Mohamad kata rakyat Malaysia bodoh ( Baca di YSK).

1 comment:

  1. Salam kak yong!

    Hari tu demer suke orang panggil demer "Ayahanda" ! Le ni, dah ade ustaz giler glamer nakkan gelaran "Datuk" .... iskh iskh.... apa nak jadi orang kita ni... Apa larat ke demer nak kandor (pikui, hisab soal jawab tentang) amanah kat akhirat nanti?

    Don't they know "With power (or names) comes BIG responsility" ??

    Oh yer ... "Melayu kan ker bodoh" (??) .. tu pase le kite tak boleh urus 1 kapal trobang yang ilang pun !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.