Kita rehat sekejap dari bercerita tentang konflik dalam PAS. Jom kita intai apa yang dibuat oleh pencari MH370 yang dah habiskan duit rakyat Malaysia.
Cari macam nak gila
Cari macam nak gila
Macam-macam teori macam nak gila juga.
Ada pula teori baru yang menyebut MH370 telah terjun menunam secara menegak. Khabarnya ini berdasarkan kiraan matematik. Oleh kerana pesawat itu terjun menjunam, maka tiadalah serpihan bertaburan di permukaan laut. Kini pesawat itu sedang berada di dasar laut di selatan Laut Hindi Selatan.
CNN |
Ada siapa yang percaya?
Kalau pesawat itu benar-benar ada di dasar laut di kawasan selatan Lautan Hindi Selatan, kenapa sampai sekarang tak jumpa?
Teori ini cuma cover saja, sebab dalam bulan November tahun 2014, pakar kata serpihan akan mula terdampar di barat Sumatera. Yang lupa boleh baca N3 di sini.
Kononnya bulan Mei 2015, MH370 akan ditemui.
NEWS AU |
Nak cari alasan apa lagi?
Tidak lama lagi kita menyambut Hari Raya Aidil-Fitri. Tidak dapat Yong bayangkan kesedihan ahli keluarga yang tidak tahu apa terjadi kepada orang yang mereka kasihi...
Berhentilah berbohong! Kamu cari apa sebenarnya di selatan Lautan Hindi Selatan?
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteGoong Chen telah menggunakan kaedah applied mathematics untuk menyatakan teori kehilangan pesawat MH370 yang tidak dapat ditemui sehingga kini, kerana pesawat itu dipercayainya telah menjunam menegak maka ianya tidaklah berkecai. Tetapi jika kita menggunakan kaedah logical science pula, pesawat MH370 telah landing dengan baik di permukaan laut di selatan Lautan Hindi lalu didakap oleh sekumpulan sotong kurita dan membawanya ke dasar lautan, untuk dijadikan barang mainan anak-anak kurita yang enggan melepaskan barang mainan tersebut. Diantara dua teori ini, yang mana satukah boleh diterima akal?
Salam ahmad salleh
DeleteHahahaha...komen miker sangat ticklish. Adakah tentacles sotong kurita itu sedang menggeletek Yong?
Pemimpin kita kuat sangat muhong baik HAMNO baik Lebai PAS...jadi susah sikit rakyat nak percaya. Setiap kenyataan yang dibuat kita tertanya-tanya...samada iamya betul atau auta...samada jujur atau suatu lagi penipuan.....selagi boleh putar akan dibelit berpusing-pusing hingga akhirnya diri sendiri terjerat....
ReplyDeleteApa nk jdi dgn msia ni...mh370 hilang..ada yg mletup..kapal hilang...heli thmpas..gempa bumi..ntahla tpi mcm dh lsli pulak..klu di jpun ltk jwtn dh
ReplyDeleteSiapa yang jumps dia mesti hebat punya
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya berpendapat pesawat malang itu mengalami keretakan; akibatnya pada aras 33k kaki, tekanan udara dalam pesawat teramat rendah. Ini menyebabkan ramai penumpang (atau kesemuanya) tidak sedarkan diri.
Juruterbang cuba menyelamatkan pesawat dengan membuat air-turn-back (cuba untuk mendarat di Langkawi). Malangnya, beliau juga tidak dapat bertahan dan tidak sedarkan diri akibat kekurangan udara.
Pesawat malang itu akhirnya menuju terus ke Diego Garcia di lautan Hindi. Seperti yang kita sedia maklum, Diego Garcia adalah asset ketenteraan penting Amerika Syarikat di benua Asia. Bila pesawat malanh itu menghampiri Diego Garcia, 2 biji F17 memberi amaran untuk pesawat berpatah balik. Malangnya, Jurutrbang sudah tidak lagi sedarkan diri. Dan pesawat malang itu dotembak jatuh oleh F17 milik tentera Amerika.
Sebagai menutup kes, Encik Obama, presiden Amerika datang ke Malaysia. Entah apa janjinya pada Ah Jib. Allah saja yang tahu. Sebab sepanjang Malaya ini ujud, hanya 2 orang saja Presiden Amerika yang pernah datang. LBJ pada tahun 60an. Dan sekarang Obama. Kalau tak ada sebab kukuh, sudah tentu ketua negara terkuat dunia tak akan datang Malaya ni. Nak buat apa. Buang karan aja...
Sekian...