Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 20 August 2015

WAYANG PAS: SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT!

Yong baca berita ini dengan perasaan yang bercampur-campur.

Diberitakan lebih 400 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan telah meletakkan jawatan merekahari ini bagi menyertai Gabungan Harapan Baru (GHB). Perletakan jawatan itu melibatkan183 dari PAS Kota Raja, 227 dari PAS Kapar dan tiga orang ahli dari PAS Klang.

LETAK JAWATAN SEHELAI SEPINGGANG KE NI? (TMI)

Bab bubar cawangan ini Yong agak sceptical. Apa yang disebut oleh Tuan Ibrahim menunjukkan AJK letak jawatan ibarat keluar rumah sehelai sepinggang.

SIAPA KATA BUBAR? (TITM)

Dalam masa yang sama, AJK PAS Shah Alam juga letak jawatan. Modus operandinya sama. Bagi rumah pada yang tinggal. 

Baik hati sungguh penyokong GHB ni!

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PAS KAWASAN SHAH ALAM & AJK DEWAN-DEWAN PAS KAWASAN SHAH ALAM

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Rabu 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini. 

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Azli Bin Yusof Yang Dipertua
Zulkifli Mohd Nani Timbalan Yang Dipertua
Mohamad Jamil Abd Rahim Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H

Yong tak tau AJK PAS ini main wayang apa. Tapi tindakan ini buat Yong teringat satu keluhan dari AJK satu Kawasan di Utara Selangor.

AJK itu mengadu kerana ada bukan ahli PAS telah datang mengundi dan kemudian dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa. Lepas lantik, baru isi borang keahlian PAS.

SPR PAS ada, tapi buta.

Yong cadang laporlah kepada PAS Pusat dan ROS.

AJK yang mengeluh bagai ni enggan berbuat demikian sebab sayang kepada PAS Kawasan. Takut kena bubar oleh ROS sebab tak ikut perlembagaan parti.

Yong bagi tahu dia, kalau enggan buat laporan, maknanya, kamu bersekongkollah dengan perbuatan yang salah itu.

Lalu keluarlah ayat: Jika banyak mudharat antara mudharat satu dengan yang lainya maka ambillah mudharat yang paling kecil dan ringan.

Maknanya, lantik orang bukan ahli itu mudharat kecil. Terbubar kawasan itu mudharat besar.

"Tak mengapakah walaupun orang yang baru dilantik itu tak tahu buat kerja dan akan merosakkan PAS nanti?" Tanya Yong.

"Bersangka baik. Bagi peluang," Jawabnya. 

Samalah dengan keluar rumah sehelai sepinggang ini. Orang yang masuk rumah tinggal ini akan menggunakan segala sumber dari rumah itu untuk menyerang yang keluar sehelai sepinggag tadi.

Tak tahu nak cakap sama ada apa yang berlaku di kawasan PAS belah utara tu prevalent atau tidak. Sama ada di kawasan lain terjadi begitu atau tidak. Tapi hasilnya semua sudah tahu. Akhirnya PAS pecah belah.

Menarik juga wayang PAS ini.

Cuma - Jangan jadi sayang semuanya sudah terlambat.

********************

Pasti ada yang kata kepada MP dan ADUN PAS ini supaya letak jawatan sebagai wakil rakyat. 

Tapi yang selalu ponteng sesi debat di Parlemen tu tak perlu letak jawatan ke? Buat apa jadi MP kalau tiada di Parlemen? Kerusi kosong bukan boleh berdebat.


21 comments:

  1. Tapi yang selalu ponteng sesi debat di Parlemen tu tak perlu letak jawatan ke? Buat apa jadi MP kalau tiada di Parlemen? Kerusi kosong bukan boleh berdebat.
    Ni yng sadistnya Yong..... ha3.... entah lerr lantak komer .. yang ltk jawatan tu bkn nya keluar dari Islam... berhijrah kepada ynag lebih baik indhaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zainal

      Sering bercakap tentang redha Allah SWT tapi ponteng. Adakah Allah SWT akan redha?

      Delete
  2. Ada gak mp pas yg diam menyepi sambil urut janggut sejemput masa sidang parlimen.
    Tapi sembang bedegar2 kat fb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tahu jer siapa yang dimaksudkan itu. Hahaha

      Delete
  3. Salam yong, bertahun dalam Pas dah boleh baca mentaliti puak2 kuno ni.........bagi mereka pas itu deen, kelauar pas keluar deen! Kita boleh terima sikap camtu, namun bila wujud nya deen Ayam.......ni yg tak boleh tahan ni! Fitnah jadi fatwa. Apa yg dia cakap jadi hukum!

    WAYANG PAIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abootarbus

      Allah SWT maha mendengar kesedihan orang yang difitnah. Apa yang dia fitnah itu akan berbalik kepadanya.

      Delete
  4. kerusi kosong bukan boleh berdebat ! tok sidang Pas memang musibat? ambik elaun keluaq pejabat ! makan angin pi berehat ! orang tanya, ikut suka sy laa nak hadir ke nak mengelat? kah kah kah

    my recent posting - http://mankaq.blogspot.com/2015/08/huh-sang-karibut-video.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Md Tanjung.

      Satgi Yong link kat sini blog hang.

      Delete
  5. Cakap berdegar2 nak bentangkan Hukum Hudud..sampai sanggup buat kawan dlm PAKATAN jadi lawan dan musuh..pemimpin yg setia sanggup di fitnah, di hina dan di suruh keluar..tapi rupanya cuma nak memperbaiki sedikit saja dari undang2 syariah yg ada...dan yg paling teruk....orang yg kononnya beriya2 nak bentang undang2 itu sendiri tak datang utk membentangkannya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hasnal

      Kita harap ia benar-benar terjadi, rupanya hanya gimmik Muktamar 61.

      Delete
  6. Biarkan je PAS dengan ustaz2nya, kita tumpukan kempen kepada GHB, InsyaAllah kalau tak menang PRU 14, kita cuba pula PRU 15, apa yang penting Abang Mat telah mengadakan satu platform baru bagi pencinta2 politik Islam yang lebih terbuka dalammenyebarkan Islam kepad semua.

    ReplyDelete
  7. Rakyat rasanya tak nak dah ulas kisah bahtera PAS yang pi bodoh langgar terumbu karam sebab bagi jawatan nakhoda kat mamat yang tak dak ilmu dan bakat jadi "kapten". Sekarang ni bahtera dah senget dan air laut pun mula masuk, kapten baru terhegeh2 nak rangka plan pelayaran. oppps... sorry, plan untuk pelayaran tak dak sebab kapten asyik u-turn dan tak tetap pendirian. Sekejap suruh penumpang terjun ke laut, pastu sekejap suruh pi mantapkan lagi dinding kapal yang dah bocor. nanti kapal dah karam baru keluar arahan untuk "abandon ship"! Satu soalan untuk Kapten PAS merangkap ulamak tersohor dunia dalam mimpi walaun....apa kah pendapat tok guru kapten tentang duit derma yang diterima oleh Derma king najib mengikut hukum agama? Setakat ni tak dak langsung dengar sepatah mahupun sebarang bunyi dari ulamak2 dan mufti2 berkenaan hukum terima duit rasuah ..err..derma. Dulu masa "SR dan WSJ dedahkan pekung Najib, cepat aje bagi pandangan yang membela dan mesra najib tapi la ni bila dah sahih, langsung nyorok bawah katil ke? Boleh lepas diri dari disoal kat mahsyar nanti sebab tak campur dan buat2 pekak dan bisu? Ulamak boleh pilih2 apa yang di amarkan dan apa yang di nahi kan?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. keluar PAS bukan bermakna keluar islam. Keluar PAS utk bersama parti baru yg redho kpd DAP je pun.. yg bezanya PAS kata judi itu haram dan DAP kata judi itu halal.. terpylanglah kalau parti baru dia lebih redho kpd DAP daripada PAS!!

      Delete
    2. Jangan risau duit 60ribu sebulan gaji dari perangsang seks Selangor boleh beli 60,000 ahli baru pas!

      Delete
    3. Wan Rosli,

      Semoga fitnah kamu itu akan kembali kepada kamu.

      Delete
    4. Wan Rosli, rakyat tak nampak pun pemimpin2 pujaan kamu mengusahakan amal makruf dan nahi munkar? Apa yang kami nampak Tuang Presideng dan Murshidul Am amat sayang dan "head over heel" dengan Najib walaupun dah berkali2 Najib mohong rakyat dan negara! Sekali lagi kami ingin tahu, apa hukumnya najib menerima duit rasuah...opps..derma tah dari sapa dan masukkannya dalam akaun peribadi di?. Mintak Tuang Presideng dan Murshidul bagi kuar HUKUM ala2 "amanat Hj hadi" yang popular dulu tu. Selagi tak kuar hukum, tak payah lah ko dok meracau cuba membelit kat blog orang pastu perasan yang "spin' kau tu mendapat redha Allah.

      Nick
      Cape Tiger.

      Delete
  8. Cantekkkk.. tak de gelabah malah cukup tenang dalam menghadapi situasi penyaringan ini. Alhamdulillah parti akan bertambah meriah dgn ahli2 yg kini mendapat semangat baru apabila tidak lagi memendam rasa melihat ahli2 PAS yg tidak menghormati pemimpin terus berkeliaran dalam parti. Inilah yg diharap2kan mereka selama ini. Tiada lagi kepelikan di kalangan mereka terhadap mereka2 yg keluar parti ini yg lebih hormat pd pemimpin parti lain dari pemimpin sendiri di mana mereka tidak pernah diajarpun sedemikian rupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Rosli,

      Kalau dah cantik sangat tak payahlah kamu meracau di sini. Buat blog sendiri dan kamu promosilah segala ide hampas kamu tu.

      Yong tak akan singgah atau ganggu blog kamu.

      Delete
    2. Entah si Rosli ni, mungkin tertelan tahi mak dia masa ngandung dulu kot...

      Shay2k

      Delete
  9. Wan Rosli....Mat Sabu Zhusam Salahudin tu bukan pemimpin PAS ke dulu? Yg ko kata tak hormat pemimpin ni sapa??? Ahli syurga cam ko ke? Tak faham betol mentaliti walaun ni...memang tolol tahap kritikal.
    Ko tau pe masalah PAS? Tak dak displin!
    Bila KPKuantan di panggil AJKDisplin...dia cakap tak caya AJKDisplin yg diketuai TITM yg korang lantik jd TimPresideng.Kalau tak tolol pe lg? Parti tupperware lg displin dr PAS. Hadi biar je Mokhtae Senik Azli Tantawi dll bermaharajalela. Islam pekejadah yg tsk gheti hormat sesama sendiri....dok fitnah sama sendiri...label.....ko ingst pak lwbai ko ni warith anbiya ke???....goodluck le padang mahsyar nanti

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.