Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 16 September 2015

UCAPAN MAT SABU YANG TIDAK MARAH-MARAH SEMASA PELANCARAN PARTI AMANAH NEGARA

Ucapan Presiden Pertama Parti Amanah Negara yang dijenamakan semula dari Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, amat sederhana tanpa retorik, tanpa perumpamaan haiwan, tanpa tuduhan melulu kepada sesiapa.

Itulah dia Mat Sabu. Di sebalik kesederhanaannya, dia berjaya menarik ribuan ahli parti yang baru berusia beberapa minggu ini. Khabarnya bilangan permohonan keahlian telah mencecah 30,018 orang dan masih bertambah.

Antara lain dalam kandungan ucapan tersebut, parti AMANAH menolak pemikiran gerakan Takfiri yang kini melanda masyarakat Islam di Dunia:

"Ketaksuban golongan Takfiri ini sememang tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memahami anjuran Islam untuk meraikan dan mengurus ikhtilaf atau perbezaan. Bagi mereka, keluar dari jalur pemikiran dan ketaatan kepada kepimpinan organisasi mereka, adalah sama seperti keluar dari agama Islam."

Ucapan Mat Sabu juga menyentuh mengenai masalah ekonomi dan kewangan negara yang kian meruncing akibat tadbir urus yang tidak baik; sedangkan Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ 

Terjemahannya:

Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan menerimanyadan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil (An-Nisa:58).

Tegasnya, Islam yang dijulang oleh parti AMANAH "berbeza daripada fahaman ideologi 'Nasionalisma Muslim' yang menonjolkan doktrin Ketuanan Melayu-Islam."

********************

Setelah Malaysia merdeka selama 58 tahun, adalah amat wajar ditubuhkan sebuah parti politik baru yang membawa masyarakat keluar dari kepompong false security (keselamatan palsu) atas nama Ketuanan Melayu. Ini kerana parti yang berteraskan Ketuanan Melayu yang ada gagal mengurus isu keadilan sosial dari segi pendapatan dan kualiti hidup rakyat yang kini melahirkan generasi 'new poor '(miskin baru) di Malaysia.

Bagi yang tidak dapat hadir kerana kekangan jarak kilometer, dipaparkan beberapa gambar pelancaran parti AMANAH yang sederhana tetapi meriah:







Photo kredit Jamzuri Ardani

Gambar seterusnya boleh dilihat di blog Laman Reformasi.

Tidak ada kilauan paparan laser. Tidak ada ledakan bunga api. Tidak ada pidato berapi-api. Tetapi kelahiran parti ini tetap meriah dan penuh semangat sebagaimana KONSEP PEJUANGAN yang menjadi tagline-nya:

AMANAH* PROGRESIF *PEDULI


6 comments:

  1. Semoga PAN terus bergerak kehadapan menjuarai masalah Negara dan Rakyat.

    Ya Allah ya rahman ya rahim. berkati dan berjayakanlah mereka-mereka ini dalam memperjuangkan hak rakyat berbilang bangsa dan agama di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Semuga ALLAH MELAKNATpengkhianat pefjuangan ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fardhu 'ain dan fardhu kifayah dah lengkap ke?

      Delete
  3. Pandangan aku mcm nk AMANAH..serpihan clan PAS ini dh lggar baiah mrk sendiri..nyata clan umat melayu Islam telh berpecah lgi dg ahli pgikut yg tksub..pprgn antara clan akn terus berlku yg pasti clan kafirun semakin kuat dn berstrategi yg sukar diramal..tggulh saat mereka akn meratah umat mlyu Islam dinegara ini..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.