Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 31 July 2016

PEMIMPIN PKR SEMAKIN LAMA SEMAKIN ANGKUH

Yong hanya seorang blogger. Yong juga seorang pengundi. Bukan wartawan. Tetapi Yong bersolidariti dengan wartawan jika pemimpin tidak menghormati wartawan. 

Sudah lama Yong perhatikan perangai demer. Semakin lama semakin meluat! 

Tunggu saja PRU14. Rakyat akan hukum kamu jika kamu angkuh. 

Berikut luahan isihati seorang wartawan. Yong kongsi aje:


Boleh tak parti-parti pembangkang berhenti buat sidang media (PC) bodoh, yang entah apa-apa, tiada apa benda yang baru?! Gah saja buat PC di hotel kat Subang Jaya tapi isi telur Najib #‎MalaysianOfficial1 ! Baik korang buat bawah pokok tepi Dataran Merdeka. Senang semua media nak datang.

Lagi satu bila wartawan tanya, tak nak jawab betul-betul. Jawapan-jawapan yang terlalu 'play safe', berbelit, entah apa maksud sebenar nak disampaikan memang menyakitkan hati kami pemberita termasuk dari media pembangkang. Tu sebab bila dilapor, tak puas hati sebab makan diri dan telan parti mulalah melatah tuduh, "oh media salah lapor, pemberita salah faham." Kau tu yang bodoh kemudian nak membodohkan pemberita dan juga RAKYAT!

Media pun bukanlah nak jawapan sempurna macam tesis akademik. Faham. Korang tu "ahli politik". Cakap lain, buat lain. Jadi, memadai bila ditanya, jawablah dengan berhemah, nak sembunyi realiti sebenar pun gunakan ayat politik yang bijak bukan membodohkan pemberita. Itu je. Kau ingat wartawan, jurugambar tu juga RAKYAT di luar sana bodoh gila macam kau yang hanya fikir soal KUASA saja?!

Ada tadi tu pemberita TV3 tanya soalan, walaupun memulakan soalan dengan sopan dan beritahu, 'atas tujuan kerja' tapi boleh pula pemimpin-pemimpin di atas pentas tu gelak-gelak menganjingkan wartawan tu. Ni, memang satu penyakit aku dah lama perhatikan kena pada sebahagian 'pemimpin' (geli nak sebut) @ poliTIKUS dari parti2 pembangkang. Tak profesional. Kalau orang awam skeptikal gelak2kan TV3, Utusan itu fahamlah, ini kamu tu kononnya bakal nak ganti tempat di Putarjaya tu. Rasional lah sikit.

Korang semua, apahal?! Ya. Kita tak suka polisi stesen TV, atau akhbar yang dikuasai elit pemerintah itu tapi itu tak bermakna kamu sebagai "pemimpin" boleh menghalalkan untuk memperlekeh orang lain!

Mana rasa hormat kau pada manusia lain walaupun dia dari TV3? Ya. Sebab dia kuli, kau ramai-ramai boleh nak menganjingkan dia. Kalau CEO TV3 Datuk ini, Datuk itu yang tanya, mesti korang bagi tanya sejam pun boleh, kan?!

Wartawan tu pun sebahagian drpd RAKYAT. Esok lusa kalau kau jadi pengganti Umno-BN (mampu ke?), mereka tu jugak korang hadap!

Kemudian, bila ada wartawan cuba 'jolok' seusai sidang media bodoh ni, orang keliling Wan Azizah, (pemimpin Cina PKR ) beritahu tanpa ucap maaf: "Datuk Seri ada jamuan terbuka"! Ambooiii! Ngada-ngada protokol konon. Celaka! 'Lu' ingat, pemberita tu semua kenyang sangatlah nak membontoti 'lu' orang?! Padahal, Wan Azizah dah standby nak jawap pun. (Ni pun satu hal, gejala mengampu yang menjengkelkan).

Wahai pemimpin tingtong PKR (hanya beberapa kerat je bagus dengan media seperti YB Rafizi Ramli), korang tak payah berlagak bagus kalau Azmin pun tak pandai urus. Korang jangan ingat boleh berkuasa di Putarjaya tu kalau buat orang media macam sampah.

Korang tahu tak, bukan sedikit wartawan siang tadi mengadu tak sempat makan sebab diarahkan untuk 'cover' PC bodoh di hotel kat Subang Jaya ni. Ada yang terpaksa tinggalkan anak kecil yang demam, bini pulak hantar anak ke klinik, belum lagi terpaksa tak pergi rumah terbuka raya saudara dan jiran.

Maklumlah musim raya tapi pemimpin PKR ingat, korang je yang sibuk nak ke 'open house'! Ya. Korang mungkin cakap, "Itu kan kerja wartawan"! Tapi itulah yang aku tegaskan di sini, biarlah berbaloi masa yang kami korbankan! Tolonglah politikus semua jangan menyusahkan rakyat dengan sikap kamu yang nak menunjuk dan tak membantu pun untuk menumbangkan mana-mana pemerintah yang culas dan tidak amanah.

Belum lagi ada yang di poket duit tinggal RM10 je, (gaji tak masuk lagi. Ni pun satu masalah.) Pergi berpanas, balik berhujan berpuluh kilometer dengan motor kapcai hanya untuk cover PC kosong yang entah apa-apa.

Kalau setakat nak umum Muhyiddin ikut serta siri jelajah parti kamu, hantar WhatsApp sajalah pada media. Oh, kalau Muhyiddin sibuk PKR nak bawak ke hulu ke hilir, tang hubungan kau dengan kawan-kawan Amanah & DAP, macam mana pula?

Dengar ni wahai politikus parti pembangkang semua?! Jangan orang media boikot sidang media kau lepas ni, menganjingkan kamu panggil "parti pembangang"!


Orang media boikot sidang media takpe lagi. Pengundi boikot, kamu kiok! Masa tu jangan jadi sasau, sebab kita gelak saja.


1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Udah lama gua katakan.. yang ader-ader tu semua Politikus dan Macai Politikus level bangang... Hahaha... tunggu masa jer nak tumpor... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.