Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 28 November 2011

BENAR. KEADILAN PENUH DENGAN PENGKHIANAT!

Mula2 Yong baca cerita ini dari Tukar Tiub yang memetik berita dari mstar. Berita bertarikh 27 November 2011 antaranya berita itu menyebut:

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa PartiKeadilan Rakyat (PKR) akan menyingkirkan pemimpin dan wakil rakyat parti itu yang melupakan asas perjuangan demi mengejar kuasa dan pangkat.
Penasihat PKR itu juga dengan tegas mengingatkan agar wakil rakyatsedia ada supaya tidak merasa selesa dengan kedudukan sekarang keranamereka berkemungkinan tidak akan dipilih semula bertanding padaPilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Saya ingin memberi ingatan. Jangan kita andai semata-mata kita inginke Putrajaya dan mahu berkuasa, kita sanggup bersekongkol dan bertolakansur dengan setiap ketelanjuran dikalangan pemimpin kita.
"Ada wakil rakyat menganggap dengan kuasa dan tugas mereka itu(sebagai alasan) boleh meninggal landasan perjuangan. Mereka tidakakan diberi watikah oleh Presiden.

Seterusnya di sini

Yong terus pergi ke keadilandaily pada hari yang sama. Link sini. Takde pun cerita seperti yang disebut mstar dan Tukar Tiub. Yong dah silap pandang ke? 
Pembodeknathus
Kenyataan Penasihat PKR itu mengiakan wujudnya haiwan ini dalam parti tu. Specis ini ada kaki macam ayam tapi badan macam biawak, dan kepala macam ular memang amat berbahaya pada PKR. Bukan main kuat dia jerit reformasi dan membodek kerana mulut besarnya. Bilangannya ramai, tapi bukan le majoriti. Yong percaya majoriti ahli PKR ikhlas memperjuangkan keadilan. 


Kaedah mengenalinya amat mudah:
  • Dia akan ada di kawasan kalau pemimpin tertinggi datang.
  • Dia sibuk nak jadi calon walaupun tahu dia takde grassroot yang akan tolong kempen.
  • Dia harap orang akan buat kerja percuma untuknya. Tapi orang2nya nak duit saja.
  • Dia bersedia untuk mencantas orang yang dianggap "musuh" politik (periok nasik)nya walau dalam partinya sendiri.
  • Dia cakap banyak dan amat garang dengan ahli parti kawannya tapi bukan main manis dengan umno.
  • Ada banyak lagi sifat kemunafikkannya...Sendiri tahu le.

Tapi apakah kesudahannya apabila kepercayaan telah diberi?
Dah jadi katak mula cakap merapu
Inilah kesudahannya. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.