Masihkah kau ingat ustaz ini?
USTAZ PELABEL |
Ustaz ini menyokong kepimpinan ulama, kononnya.
*****
Masihkah kau ingat mangsa dera ini?
MATA LEBAM |
Pemimpin UMNO kata mata lebam itu buatan sendiri.
*****
Inikah bahan rujukan penyokong kepimpinan ulama?
FACEBOOK HANTU |
Maklumat dari mana pulak?
Adakah dari sini?
TUDUHAN USTAZ PELABEL (FB) |
Or the other way round?
Kita faham El-Haraki tu ibarat hantu tak bertuan. Dia tulis apa-apa saja. Tiada siapa bertanggungjawab. Tetapi Nurul Islam itu salah seorang AJK Pemuda PAS Pusat. Maka dia harus bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya.
The burden of proof lies on the one making an *affirmative* claim.
Kamu tuduh, kamu bawalah bukti!
Tetapi itu soal perundangan.
Soal sikap pula, apakah bezanya gerombolan yang menuduh Anwar Ibrahim memukul dirinya sendiri dengan gerombolan yang mengaku menyokong kepimpinan ulama seperti ustaz pelabel ini?
Sekadar ingatan buat diri sendiri:
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam 68:10)
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), - (Al-Qalam 68:11)
DeeDee Yong....
ReplyDeleteYang mamat nama Nurul Islam tue... gua rasa aaa patut tukar nama la... sebab takder melambangkan Islam itu sendiri..... dari dulu lagi gua memang rasa tak patut perkataan Islam tue dijadikan nama....
Macam ader sorang dua artis tue... ader Islam dalam nama ... tapi perangai dan kelaku... Nauzubillah....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam
DeleteEntah di mana sinar cahaya Islam itu...Kesian!
Salam Yong,
ReplyDeleteSaya dah hilang respek kat uztaz (ulamak) ug Pas.. Bak kata Khalid
Samad dalam bolg beliau...mereka ni berilmu tp tidak menghayati Ilmu itu.. Jadi saya hanya boleh berdoa agar mereka ni kalah semasa pemilihan dalam muktamar nanti. Kalau menang pun mereka ni tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat melainkan untuk diri mereka sendiri sahaja.
Salam anak selangor
DeleteYong respect ulama. Kalau tak maknannya Yong tak respect kaum-kerabat Yong sendiri.
Tapi yang buat terhakisnya respect itu ialah kelakuan setengah ustaz yang mengaku ulama.
Belum sampai tahap ulama pun!
PRO Team kena banyak bersabar dalam pemilihan kali ini....http://myinvitepay.com/?ref=278253
ReplyDeleteSalam along7275
DeleteSetuju.
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr).
Salam,
ReplyDeleteBagus Yong, hujah siap dengan nas-nas sekali. Akan tetapi syaitan akan tetap cenderung untuk melakukan kejahatan...selagi tuan mereka BISU selagi itulah syaitan akan bermaharajalela membawa kerosakan....
Salam Asrul Sani
DeleteSetuju.
Mudah-mudahan yang hatinya hitam itu segera bertaubat dan Allah (SWT) buka ruang untuknya bertaubat.
Puak2 ini merupakan orang yang mudah lupa diri dan tak layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ingat lagi masa tahun 80an geng2 ini selalu pulau orang2 kampung yang bukan ahli mereka. Bagaimana mereka nak dapat undi kalau semua orang kita pulau tetapi dengan kehadiran ramai golongan terpelajar maka pendekatan tersebut telah berubah, ramai orang yang dulu takut dengan PAS telah mendekati PAS tetapi hari ini geng2 ini mahu kembali ke zaman 80an. Aku selalu bertanya pada diriku kenapa PAS yang memperjuangkan Islam dan hukum2 Allah tidak diberi kemenangan oleh Allah, nampaknya sekarang aku telah mendapat jawapannya. Semenjak aku mengundi hanya PAS dan PKR sahaja yang aku undi. Kerana apa aku undi PAS kerna aku yakin PAS mendapat keredhaan Allah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah kerana menyokong perjuangan Islam.Lepas ini aku rasa tidak salah kalau aku tidak undi PAS lagi. Allah tidak memberikan kemenangan kepada PAS sebab PAS tidak berjuangan untuk kemenangan dan sifat fatanah itu masih kurang dalam diri pemimpin PAS.
ReplyDeleteSalam asri adnan
DeleteKita jangan berputus asa.
Kebenaran akan menang juga akhirnya.
Ada benar juga dakwaan diatas sbb blog yg mula2 paparkan majalah tersebut adalah admin @ yong suka kuning
ReplyDeleteSalam Cat Scratch
DeleteHahahahahahaha!
Ape beza ulamak dan ahli umno?sama je ghoper nye..udoh x de beza..meraban teben je demer2 ni..gile sepeghe dh teman nengok nye.
ReplyDeleteSalam Sam Sung
DeleteYong bersangka baik. Yang jahat meraban tu hanya ulama jadian!
salam yong
ReplyDeletemamat tu ajk DPPP????
kuat betol tantawi/abduh tinggai bangkai ye...suhaizan tak dak full control ye...ke si kalil hadi yg pegang remote nih.
Salam otoote
DeleteSemak http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/senarai-pimpinan-pas/dewan-pemuda/2051-pimpinan-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2013-2015
Jgn risau yong.. walau selautan fitnah menuju TGHH kami tetap berdiri teguh di belakang beliau.. kami bukan macam pasma yg berdiri teguh di belakang LKS dan DSWA..
ReplyDeleteSalam Wan Rosli
DeleteTuduhan PasMA berdiri teguh di belakang LKS dan DSWA juga adalah fitnah.
Kalau kita benci fitnah kepada TGHH, seharusnya kita juga benci pada fitnah terhadap orang lain.
Jgn nafikan yong.. pasma ditubuhkan utk memikat hati dap n pkr agar pas terus bersama pr.. masalahnya bila plk pas nk kuar pr.!!. pas difitnah mcm2 tp akhirnya pemfitnah yg malu sendiri..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWassalam Yong.. satu lg sy nak tambah.. yg terkini ada ura2 azmin sbg wakil anwar jumpa mahathir bln lepas utk konon2nya sama2 nk jatuhkn najib.... mintak yong tlg saya bygkan apalah agaknya sumpah seranahyg kuar dr blogger pkr kalau ini berlaku oleh wakil pas..
ReplyDeleteSalam Wan Rosli
DeleteBab ini Yong tak boleh jawab. Miker tanya Hassan Ali dengan Nasharuddin Mat Isa saja.
Dua watak tersebut dah berkubur yong.. jd soalan tu perlu dijwb oleh blogger pkr mcm yong.
ReplyDeleteSorry to disappoint you Wan Rosli. Yong bukan blogger PKR. Tidak pernah menjadi ahli PKR.
DeleteHassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa masih hidup, physically dan dari segi nafsu dan akalnya.
Keduanya ada sebelah kaki dalam UMNO dan sebelah lagi dalam PAS. Tak percaya? Yong tak boleh buat apa.
Salam !
ReplyDeleteSabor aje ler... kalau ade orang tak terima kritikan (fitnah? nauzubillahi minzalik) ke TGHH, PAS tu takpe, it's okay !!
TAPI kalau honest sendiri telusuri, cerakin setiap percakapan, perbuatan TGHH & some bigots mengenai sesuatu isu in last few years, patutnya demer tahu ape yang kita risokan !
Change the drunken captain@pilot before all crash boom bang mysteriously disappeared... Take control, steady the ship ! Or should i say, "Call the Tango code & the control tower, we're being hijacked" ..haha
Sambil tu, pikior ape ker hei nyer demer ustaz-ustaz boleh perangai ghoper tu? Of course, ulamak pun ada kelas "baik" ada yang "jahat", yang baik dia memang takut Allah, tawaduk, takwa & akhlak tinggi melangit, hidup kais pagi makan petang pun takde hal. Yang "ulamak jahat" siang malam manipulate followers to their own interests. Please. DON't read too much with their outfit (serban jubah bagai) ..but read more the quran, for good sake !
Salam Hanz
DeleteTerima kasih kerana menyokong Yong.
Memang kita tahu sangat ada ustaz2 yang tak sedar diri dipermainkan oleh orang kelilingnya yang badannya PAS, nafsunya UMNO.
Bila kita kritik, maka dikatanya kita PKR.
Ater kalau orang tu PKR tak boleh mengkritik?
Ini soal tadbir-urus dan kepimpinan untuk ganti BN. Kalau orang ramai tak boleh kritik, apa bezanya PAS dengan BN? Apa bezanya Hadi dengan Najib dan Taib Mahmud?
Kita kritik keran mahu yang terbaik.