Persediaan menghadapi peperiksaan memerlukan juga hati nurani yang bersih dan tenang. Pendiknya aura anda mesti positif. Bagaimanakah anda harus menangani fikiran yang berserabut dan mungkin ketakutan. Anda boleh mengatasinya tanpa mencari pakar motivasi atau bomoh. Ya, ada orang cari bomoh sebab nak lulus periksa. Tak payah buang duit. Semua anda boleh buat sendiri.
Berikut Yong kongsi 10 tip persediaan untuk meningkatkan aura positif yang boleh dibuat sendiri:
1. Tidur awal. Pasang music yang menenang fikiran anda sebelum masuk tidur. Elakkan memasang lagu heavy metal yang menjerit2. Lagu2 heavy metal ada mesej yang tersembunyi dan boleh mengganggu aura semasa kita tidur.
2. Pada hari peperiksaan anda hendaklah bangun pagi sebelum suboh. Anda mandi dan bersihkan badan. Bagi orang Islam anda solat sunat dan solat suboh (ini wajib). Tak kira peperiksaan itu pagi atau petang, anda mesti bangun pagi. Bangun pagi memberi ketenangan kerana Rasullullah Muhammad (SAW) sangat suka umatnya bangun pagi ketika pintu rezeki baru dibuka. Anggap peperiksaan itu kunci kepada pintu rezeki anda.
3. Pakai sedikit wangian untuk meningkatkan aura positif. Tak perlu cari wangian Rosyam Noor atau mana-mana artis. Jangan percaya pada gimik tentang wangian aura! Apa2 wangian pun boleh asalkan tiada alcohol. Jangan terlampau pulak sampai macam bau langsuir.
4. Lepas solat suboh anda niat di dalam hati pada hari itu anda tidak akan marah pada sesiapapun dan akan memaafkan kesalahan sesiapapun. Semasa dalam perjalanan ke dewan peperiksaan jika orang di hadapan anda memandu motorsikal/kereta dengan perlahan, sabarlah kerana anda telah berniat tidak akan marah. Jika soalan yang anda spot tak keluar, tidak mengapa, insyaAllah oleh kerana pandangan anda yang positif, anda akan dapat menjawab soalan dengan baik.
5. Mulakan dengan langkah kaki kanan. Bagi yang beragama Islam baca Al Fatihah dan diikuti dengan bacaan surah Al-Kautsar. Anggapkah mengambil peperiksaan itu satu pengorbanan yang perlu bagi menyempurnakan ibadah anda kepada Allah (Ayat ini Allahyarham bapa Yong yang beritahu).
6. Pada hari itu juga anda mesti melakukan kebaikan pada fauna dan flora. Misalnya jika nampak sampah, tolong buang. Berebut dan merempit di jalanraya bukanlah kebaikan (rujuk tip 6 tentang datang awal)
7. Senyum dan bagi salam kepada pensyarah, pengawas dan rakan2 anda. Wajah anda yang cerita akan menceriakan mereka. Response ini akan berbalik kepada anda dan menambahkan keyakinan diri menghadapi peperiksaan.
8. Masuk dulu ke dalam dewan. Jika masuk kemudian anda mungkin tertekan dengan suasana dewan dan rakan2 yang caca-marba. Bila masuk dahulu anda boleh memilih tempat duduk yang sesuai, jika free seating. Perhatikan di mana letak tingkap untuk dapat pengaliran udara (jika dewan tiada hawa dingin). Pastikan anda tidak duduk di sebelah orang yang selsema atau batuk.
9. Kadangkala kursus yang anda ambil diletakkan di barisan tengah. Tak mengapa. Duduklah di hadapan sekali. Kenapa pula? Bila duduk di hadapan anda tidak akan terganggu dengan karenah rakan2 anda yang duduk di belakang. Jika bimbang terganggu oleh pengawas yang lalu lalang, ambil meja kedua dari depan.
10. Patuhi semua peraturan pemeriksaan. Anda tidak mahu dimarahi oleh pengawas kan? Tentu malu jika dimarahi depan awek atau cowok kan? Ini boleh menjejaskan tumpuan anda.
Tip seterusnya ialah bagaimana menjawab soalan dengan baik. Nantikan posting Yong seterusnya.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.