Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 8 January 2012

GURINDAM BUAT ANWAR IBRAHIM DAN RAKYAT MARHEIN

(Buat pejuang rakyat marhein yang berani)
SUMBER
Payah sungguh nak tuduh Awar Ibrahim jahat
Hanya liwat saja yang mudah lekat
Kerana ia tak perlu dokumen dan surat-menyurat
Hanya perlu pelakon yang ada sedikit bakat.

Payah sungguh nak buat rakyat percaya Anwar Ibrahim bersalah
Walaupun diupah blogger pencacai yang tidak ada maruah
Walaupun dijatuhi hukuman oleh kuasa mahkamah
Rakyat marhein tahu siapa sebenarnya yang hidup dikelilingi rasuah.

Payah sungguh nak bukti Anwar Ibrahim pecah amanah
Walaupun dicabar entah siapa yang bernama Aminah
Nama sama dengan Altantuya yang telah rebah jadi tanah
Rakyat marhein menunggu terungkai di Paris sebuah misteri yang busuk bernanah.

Payah sungguh nak fitnah Anwar Ibrahim pengkhianat negara
Kerana rakyat marhein tahu siapa yang beli kelengkapan tentera terlebih harga
Siapa yang hilangkan pulau dan tanah di Singapura
Siapa yang menyimpan harta di luar negara berbillion dollar.

Payah sungguh nak dakwa Anwar Ibrahim kaki perempuan
Walaupun sampai sekarang ada yang masih gila meroyan
Namun kesetiaan cintanya hanya kepada kak Wan
Rakyat marhein faham beratnya beban menanggung dugaan.

Payah sungguh nak hasut dengan Anwar Ibrahim rakyat menyampah
Kerana rakyat marhein kenal siapa sebenarnya sampah
Siapa yang mempersendakan hukum Allah dan suka bersumpah
Tidak takut kat Akhirat nanti jadi terompah,

Payah sungguh nak aibkan Anwar Ibrahim empunya diri
Kerana tuduhan yang direka tiada akal waras yang mengerti
Jenayah qazaf ditertawa si pencacai dengan iringan hamun dan maki
Rakyat marhein tolak budaya politik fitnah yang keji.

Payah sungguh nak jatuhkan Anwar Ibrahim dan agenda reformasinya
Walau di gembeling semua kuasa untuk mengasingkannya
Kerana telah bangkit mahasiswa, mu'allim dan tokoh rakyat mengganti tempatnya
Keadilan dan kesejahteraan milik rakyat marhein sebenarnya!

Payah sungguh nak musnahkan insan bernama Anwar Ibrahim
Walau diperkuda ISA, Akta Hasutan dan segala undang-undang yang zalim
Rakyat marhein pasti bangkit dengan segala kekuatan roh dan jisim
Beranikah buat Pilihanraya bersih biar rakyat marhein menjadi hakim?

2 comments:

  1. Salam Yong,

    Payah sungguh nak amal demokrasi di Malaya laa ni,
    Semua diperkotak-katik jadi tahi,
    Dibantu jentera dan kaki-kaki balaci,
    Tapi tunggu ja PRU13 sat lagi niiii!

    ReplyDelete
  2. Kat kampung miker camne? Dah berubah ke belum? Kat kampung teman gitule. Masih bengong sebab suka tengok RTM dan media pencacai je.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.