Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 23 January 2012

PELIK BETUL PENYOKONG HASSAN ALI

Hassan Ali mendapat pujian yang menggunung dari penyokong umno. Dalam program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru yang jadi tempat untuk Hassan Ali membelasah golongan professional dalam PAS, juga turut mengundang mamat2 berikut:
Mamat ni tentu orang PAS kenal sangat2. Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor.  Ustaz ni masih ahli PAS ke? Kalau ahli PAS apesal tak wala' pulak?

Mamat ni pulak Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib. Entah apa ISMA ni buat Yong tak ambik pot. 

Mamat ni pulak mungkin peminat Hassan Ali. Syoknye dia sampai tertidur duduk dicelah2 orang pompuan.
.
Kata Hassan Ali, dia memasuki PAS kerana parti itu majoriti dipimpin oleh ulama, tapi kini:

Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama.
“Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan ‘parasit-parasit’ yang merosakkan parti itu pada hari ini,” tegasnya.
Oleh kerana Hassan Ali bukan ulama, maka dia termasuk dalam kelompok 72.28% parasit-parasit itu. Ha...ha...ha... Cerita selanjutnya kat sinun. Tapi, kalau nak buka blog keris karat tu ikut suka komer. Nama blog ada dalam gambor. Yong takkan buat link kat blog ni.

Kenapa Yong kata penyokong Hassan Ali ni pelik? Apa tak peliknyer. Demer marah sangat dengan IRC (ada lagi ke IRC nih?). Mungkin demer marah JIM, sebenornya. Demer marah jugak kat IKRAM. Kata demer JIM dan IKRAM memecahbelahkan perpaduan Islam dan PAS. Aduhai! Kalau begitu apa bezanya dengan ISMA? Dengan slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" yang bunyi macam umno, ia lebih dekat di hati Hassan Ali berbanding dengan "PAS for All" yang cuba diperjuangkan oleh pimpinan PAS.

Pelik betul penyokong Hassan Ali nih. Baru beberapa hari Hassan Ali kena pecat, kepala otak penyokong sudah jadi umno. PAS tidak boleh bersepakat dengan umno bukan kerana Anwar Ibrahim. Tapi kerana umno menolak hukum Islam. Penyokong Hassan Ali yang pelik terus mendakap umno!
Adakah pemimpin begini yang penyokong Hassan Ali suka?

5 comments:

  1. Salam Yong,

    Ye ke PAS ni parti ulamak? Bukan PAS for All? Kalau dia tak dipecat, mau dia dok lelama walaupun dia parasit.

    ReplyDelete
  2. Aku yakin .. semakin hari semakin lama Hassan Ali bersama di atas pentas umno, semakin dekat umno di hatinya.. padahal dulu pernah berikrar hidup mati bersama PAS, tapi bila kuasa dah mengawal diri, nasihat Presiden pun tak diendahkan.

    Sayang sekali, dulu beliau antara pemimpin idola ku.. Sekarang tak lagi..

    ReplyDelete
  3. Visit Youtube : Perjuangan Hasan Ali Adakah Jujur dan Ikhlas
    : PERJUANGAN DAN MISI HASSAN ALI
    (Perjuangan Belum Berakhir)

    ReplyDelete
  4. Saudara Moh Kembara, Robertocarlos, Pejuang Sejati - Matlamat tidak menghalalkan cara. Itu prinsip Yong.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.