Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 22 January 2012

SALAH SIAPA BUDAK SEKARANG ASYIK CAKAP NAK BUNUH ORANG?


Dari sejak buka mata, budak kecil telah disajikan dengan media "hiburan" yang berunsurkan keganasan. Dari citer kartun sampai ke citer kungfu, gangster dan perang. Media internet pula mendedahkan realiti keganasan yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Keganasan berlaku bukan di negara Arab, tetapi di negara kita sendiri. Tidak perlu dipaparkan video keganasan dalam blog ini kerana ia sudah jadi pengetahuan umum (common knowledge). Cukuplah dikatakan bahawa dalam kehidupan seharian, mereka membesar dalam suasana penuh keganasan. Natijahnya budak-budak sudah tidak dapat membezakan antara yang betul dan yang salah, lawak dan ugutan.

Dua orang mahasiswa Universiti yang sepatutnya bercerita tentang kursus mereka, tentang santai, tentang cinta kasih sayang, kini bercakap tentang keinginan untuk membunuh. Dalam tahun 1998-1999 budak2 ini masih kecil. Tetapi mereka telah didedahkan dengan realiti suasana yang tiada kasih sayang dan penuh kemarahan (angry society). Mereka telah melihat bekas Timbalan Perdana Menteri dipukul dengan teruk hingga terjadi episod "mata lebam" yang "notorious" di dunia. Siapakah yang melakukan keganasan tersebut ketika beliau di dalam tahanan polis dengan tangan bergari? Orangnya ialah pemegang kuasa keselamatan awam (public security) yang tertinggi di Malaysia: Ketua Polis Negara. Pendemo aman pula dipukul dengan teruk selain disimbah air bercampur asid.

Kezaliman bagai tiada penghujung. Sekumpulan mahasiswa yang ingin menghabiskan malam tahun baru dengan berdemo juga dikasari polis. Rakyat diminta ikat perut dengan berbagai-bagai retorik, kononya wasatiah, jihad dan infaq yang entah apa maksudnya. Dalam waktu yang sama pemimpim dan kaum kerabat pemimpin sentiasa kelihatan bermewah-mewah. Mahasiswa pula akan berhadapan dengan pengangguran apabila keluar dari menara gading nanti. Bagaimana mereka boleh merasa selamat, bertoleransi dan sabar dalam suasana yang kelihatan sentiasa bersifat zalim dan tidak adil? Siapakah lagi yang mereka bolah percaya untuk menjaga masa depan yang belum pasti ini?

Marilah kita bermuhasabah diri. Siapakah kita? Bukankah kita hanya manusia yang wajib tunduk kepada perintah Allah, untuk saling menyayangi antara satu sama lain? Mengapa pula kita berterusan menyemai benih-kebencian? Mengapa harus ada carutan dan makian, jika menyampai maklumat adalah matlamat kita? Mengapa kita terus menerus bersifat zalim, mengaibkan orang atau bersekongkol dengan dengan golongan yang suka menzalimi orang?

Inilah akibatnya. Mahasiswa yang wajah comel pun sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar  akibat dorongan kebencian kepada pemegang kuasa yang gagal menangani kezaliman atau mengambil jalan penyelesaian yang wajar terhadap ketidakadilan.

Adakah PR yang menyemai perasaan itu? Pastinya bukan. Dua keping gambar berikut sudah cukup mempapar seribu makna. Kini video dan gambar orang tua membaling batu besar dan bergasak bertaburan dalam internet. Hilang sudah rasa malu kepada anak-anak dan mungkin cucu, bergaduh selepas memohon ampun dan berjanji di hadapan Allah dalam solat untuk menjadi baik/lebih baik.
Orang tua tak malu bergasak Sumber
Besar sangatkah kesalahan berdemo sehingga dikeroyok begini?
Orang muda yang ingin satu pilihanraya yang adil dibelasah polis sehingga berdarah. Bukankah pilihnraya yang bebas dari sebarang penyelewengan dan manipulasi itu kunci kepada sistem pemerintahan yang telus dan baik (transparent and good governance)?

-bersambung.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.