KISAH 1
DSAI dua kali melawat tempat keroje sedara Yong. Kali pertama masa beliau jadi Menteri Pertanian. Masa itu ade program expo. Memang bangga betoi pegawai2 kerana menteri sudi datang. JKKK pun tumpang sekaki. Ramei dan meriah. Bila nak balik pegawai2 bagi doroyan paling best. Terkejut DSAI. Dia kata tak boleh bawa balik. Dengan senyum dia minta dibelah doroyan2 tu kat situ jugak dan makan sama2 dengan orang yang meraikannya! Ha...ha...ha... Seronok bebenor orang kampung makan doroyan dengan menteri katakan! Kecewalah tukang kipas dan pengampu. Macam tak faham dalam doroyan tu ader bunga2 rasuah!
KISAH 2
Sedara Yong kena tukar. Entah aper rezeki dia, DSAI melawat tempat dia keroje lagi. Ade perasmian apa entah, idakle Yong periksatanya (investigate). Masa tu dah jadi TPM. Lagile ramei tukang kipas dan ampu. Sebagai TPM tentule ade banyok program dalam 1 hari. Jadi, agak kelam-kelibutle. Semua nak cepat. Habih program pegawai2 nak ambil gambor kenangan beramei2. Demer pun pakat2 susun kerusi. Tetiba azan asar berkumandang dari surau bersebelahan. Takde sapa peduli, sebab sibuk susun kerusi. Tiba nak ambik gambor DSAI udah hilang. Kecoh le. Takkan dah balik? Belum bye-bye lagi. Kereta rasmi pun ada lagi. Staff bawahan dikerah cari sana sini. Tup-tup DSAI muncul diiringi beberapa orang (jemaah) dari arah surau. Ropernya DSAI solat asar. DSAI dahulukan solat walaupun sibuk dan takde pulak nak iklan sana sini, "ooi! aku nak solat nih, hampa ambik gambaq cepat!" Isy...isy...isy! Malunyer pegawai2 tu. Sebab nak glamour, buat2 tak reti solat asar kena cepat, bukan tangguh!
Yong nak tanya Hassan Ali: Geng gerombolan yang suka rasmikan program artis maksiat tu sedor tak ramei yang datang tu tak sempat solat maghrib! Hassan Ali tolonglah ceramah kat demer tu, lagi baik dapat pahala dakwah dari roadshow mengutuk kepimpinan PAS dan Anwar Ibrahim. Rentikan le dok cerita aib orang!
Yong tak perduli ape Hassan Ali dan gerombolan nak cakap pasei Anwar Ibrahim. Selagi takde 4 saksi yang boleh dipercayai, toksah le tuduh orang liwat ke, zina ke, buat dosa kerin je. Saper agaknya poyo, Anwar Ibrahim atau Hassan Ali? Saper pulak yang cool?
Salam Yong,
ReplyDeleteni font baru ke ni...adei susohnya nak baca. Mate teman separa bute! Deme ni skrng cam artis, buat roadshow sanun, road show sinin. Sapa lebih fofular!
Sori Moh kembara. Nanti Yong perbesor sikit.
ReplyDeletemana miker dapat gambor surau berembang tu daaaa...
ReplyDeletenostalgic.