Kali ni Yong nak kongsi cerita makanan sihat pulak. Pernah tengok benda dalam gambor nih? Ini oat bran, sejenis makanan serat yang boleh mengurangkan kolestrol. Komer cari sendiri ceritanyer dalam internet kot minat nak tau lebih lanjut tentang benda nih. Yong takde le nak iklan jenama mana terbaik. Bukan demer ader bagi komisen ke.
Benda ni bolih dibeli di pasarraya. Tak kisah brand aper pun. Tapi sebaiknyer beli yang organic. Sebab yang organic tidak guna baja bertoksik dan tiada racun perosak dan racun rumpai. Pendiknya ia bebas dari atrazine.
Benda ni dalam bentuk serbuk. Rasanyer tak sedap langsung. Kalau makan sajer, lebih kurang macam makan kertas. Hahaha...Sebab itu walaupun semangat berkobar2 nak kurus, tapi jadi hangat2 tahi ayam jer. Perut terus naik sebab dah pencen makan oat bran sebelum nampak kesan. Jadi macam mana nak bagi sedap?
Banyak syarikat MLM yang jual macam2 makanan untuk kuruskan badan. Kata sifu Yong yang ader kedoktoran dalam bidang kimia (bukan honorary ye), syarikat MLM tu pun guna oat bran yang dicampur dengan benda2 lain sebagai perasa. Yang jadi masalah ialah adanya preservative, perasa kimia (katanya oren, strawberry etc, tapi sebenarnya bahan kimia jer) dan gula. Konon nak kurus, silap2 kena kencing manis. Harganya pulak mencapai RM600 untuk satu bulan. So, jimatkan duit komer. Tak payah beli dari syarikat MLM tuh. Buat sendiri jer.
Macam mana nak buat sendiri? caranya seperti berikut:
1. Bagi yang memasak sendiri, gunakan ia sebagai ingredien masakan. Kalau miker buat gulai, masukkan ia bersama ayam, daging atau ikan yang miker masak. Masuk dua sudu besar jika untuk makan 2 orang. Ia tidak akan menyebabkan gulai jadi pekat.
2. Jika miker menumis sayur, masukkan semasa sayur nak diangkat. Gaulkan jer macam gaul garam tuh. Pandai2 le banyak mana nak masukkan. Satu sudu cukup.
3. Jika buat sambal ikan bilis etc, gaulkan je dan masak bersama ikan bilis tu.
4. Jika komer memang pemalas dan hanya beli lauk di kedai, gaulkan sedikit oat bran sebelum makanan dihidangkan.
5. Jika komer berani, masukkan dalam beras dan tanak bersama nasi.
6. Boleh campur dengan tepung untuk buat lempeng, pisang goreng, jemput2 dan sebagainya.
Minum air kosong untuk lawaskan perut.
Pastikan bekas oat bran letak kat dapur dekat bekas garam supaya tak luper!
Tapi kaedah ni memakan masa. Kalau konsisten, dalam seminggu miker sudah bolih nampak perbezaannyer! INSYAALLAH.
Tip seterusnya yang value-added kepada komer untuk kempiskan perut akan muncul kemudian. INSYAALLAH.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.