Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 21 February 2012

KENAPA MARAH DAP? MCA DAN MIC PARTI ORANG KAYA PALING RASIS!


Pernah tengok muka2 dalam gambor nih? Komer yang mengambil sejarah mungkin ader jumpe muka2 nih dalam buku. 

Mulanya Yong tidak ingin mengungkit sejarah ini. Tapi disebabkan Soi Lek yang biadab dan tidak sudah-sudah menghina Islam, sehingga dalam debat dengan Lim Guan Eng pun dia dengan bangga menghina Islam! MIC pula, melalui pendedahan RPK terlibat sama mendapat laba daripada rampasan kuasa di Perak. Lalu, Yong terpanggil untuk mengungkit kembali sejarah MCA dan MIC. Pengundi2 muda atas pagar harus kenali dengan tepat siapa dan apa perjuangan parti politik ini. 

Tan Cheng Lock ialah seorang tokeh yang jadi pengasas MCA. John Thivy pulak seorang peguam yang menubuhkan MIC. Kalau sudah tokeh dan peguam, tentunya mereka bukan dari kalangan warga marhein seperti anak buruh lombong atau estet. Sudah tentu mereka makan kenyang setiap hari. Yang peliknya, Tan Cheng Lock, sepatah haram tak cakap Cina. John Thivy pula, dari namanya, mungkin kristian! Jadi adakah mereka prihatin pada kehidupan buruh lombong, setinggan, pekerja estet, nelayan dan sebagainya? 

Pada zaman Jepun, tokeh cina ini lari ke India sementara cina lombong dan cina setinggan masuk hutan kerana hendak membebaskan diri dari cengkaman Jepun. Dia balik apabila British telah kembali sebab hendak menolong penjarah British yang bernama General Briggs merembat Tanah Melayu untuk dijadikan kampung baru cina. Kemudian dia tubuhkan MCA sebab nak jaga periok nasinya! Supaya orang cina hormat kepadanya sebagai orang yang berjasa, kononnya. Dia kuat menggasak British sehingga jadilah Perlembagaan kita seperti sekarang!

John Thivy pula menubuhkan Malayan Indian Congress, yang dimodelkan dari Parti Congress India sebab hendak menolong merdekakan India. Dia bukan hendak merdekakan Tanah Melayu! Hanya apabila mendapati, realitinya Tanah Melayu akan merdeka, barulah mereka berdua terhegeh2, konon untuk menjaga kepentingan bangsanya. Ya, kepentingan bangsanya. Itu yang disebut dalam sejarah dan tulisan-tulisan mengenai mereka. 

Tak percaya? Carilah di mana-mana sumber, tidak ada disebut mereka berminat menuntut kemerdekaan Tanah Melayu! Di samping itu, parti cina terus meminggirkan kaum cina golongan pekerja. Mereka hanya menjaga kepentingan peniaga dan golongan profesional. Parti MIC pula cuma berminat pergi ke estet apabila musim mengundi. Selepas itu mereka dilupakan. Pemimpin MIC mengumpul harta berjuta ringgit. Orang India terpinggir di negara yang mereka sudah diiktiraf sebagai warganegara! 

Orang Melayu dalam UMNO memang berpenyakit sengal minda. Mereka sanggup menyokong MCA dan MIC berbanding dengan PAS dan PKR (Contohnya Zaid Ibrahim, berbangsa Melayu dan Islam di Hulu Selangor kalah dengan MIC). 

Ibarat kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak - itulah penyakit sengal minda UMNO. Apa-apa kelemahan DAP yang kecil dia nampak, tetapi keburukan MCA dan MIC mereka buta dan pekak.

MCA dan MIC adalah parti orang kaya paling rasis di abad ke dua puluh dan dua puluh satu (20-21). Yong kata ini kerana di abad yang akan datang, jika PR memerintah, parti rasis akan terkubur! Penyokong-penyokong UMNO wajib belajar dari sejarah.

Kekejaman Jepun 1941; Mayat siapakah yang masih memakai kain pelikat itu?
Mengapa benci DAP?

Yang bersekongkol dengan British menjarah Tanah Melayu, bukan DAP tetapi MCA dan MIC. Banyak data ekonomi yang boleh anda korek untuk membuktikannya!

Biarlah mereka mengagungkan pengasas parti mereka. Kita tidak hutang pemimpin mereka apa-apa pun!

Ini baru pejuang
Ada pemimpin MCA dan MIC yang telah berkorban seperti Tok Janggut?

Sokong UMNO sama macam sokong MCA dan MIC, parti orang kaya paling rasis!

3 comments:

  1. HAHA..NIE MESTI MELAYU BONEKA PRO DAP.KAJI BALIK SEJARAH DAP TU MACAMMANA.DAP TU ADALAH SERPIHAN PAP , PARTI YG MEMERINTAH SINGAPORE SEKARANG.JGN JADI SIKITOL ZAMAN MODEN.

    ReplyDelete
  2. KALAU SETAKAT LETAK AYAT QURAN KAT ATAS TU..PASTU CAKAP MERAPU RAPU DAN TABUR FITNAH...BAIK JANGAN JATUHKAN MARUAH ORG ISLAM ITU SENDIRI..DAP KE MCA KE MIC KALAU MENYENTUH TENTANG GENERASI MEREKA, BUDAYA MEREKA..MEREKA BERSATU//TAPI ADA PULAK YG MALANGNYA, ADA MELAYU CAM NIE..YG SANGGUP SELEWENG FAKTA DEK BUSUK HATI SESAMA ISLAM DAN SANGGUP JADI PENCACAI DAP...RENUNG RENUNGKANLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI UMNO...BILA KITA CKP DIA TAK MAU DENGAR....BODO PIANG

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.