Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 31 March 2012

PRU13: SPR AMBIL ALIH KERJA MALAIKAT IZRAIL?

GAMBAR HIASAN JER
Yong rujuk N3 Jalan Pulang mengenai seorang pengundi Bukit Lanjan yang telah didaftarkan mati. Sebuah artikel pula menyebut mengenai pendaftaran beramai2 warga Indonesia dan Bangladesh sebagai warganegara dan pengundi (Harakahdaily). Mati dan hidup manusia dalam negara 1Malaysia nih ropernya atas kuasa SPR! 

Seorang rakan Yong yang merasa dirinya telah dianiaya, pernah berkata: "Tiap2 hari aku berdoa biar depa lingkup! Jangan fikir bila Allah tak turunkan bala kat kita tu maknanya Allah sayang kita. Mungkin Allah sudah berpaling." 

Itu kata kawan Yong, orang Johor, seorang penyokong kuat UMNO (kerana suaminya rapat dengan politik UMNO Pahang). "Depa" yang dimaksudkannya ialah menteri2 UMNO dan penjilat2 mereka yang duduk dalam jentera UMNO termasuk JPA, KPT, SPR dan lain2.

Sentimen marah ini sebenarnya wujud di kalangan ramai penyokong UMNO peringkat tinggi dan rendah. Yong percaya ramai di antara mereka akan mengundi PR kerana kecewa dengan sikap flip-flop pemimpin UMNO dalam menangani masalah negara. Mereka akan "mengajar" UMNO kerana pengajaran PRU12 tidak menginsafkan mereka.

Sekarang terserah kepada SPR untuk menentukan hidup mati BN! Yang hidup tapi berpotensi menyokong PR, matikan dia. Yang mati beri identinya pada warga asing supaya boleh hidup dan mengundi BN.

Apakah erti maruah bagi BN?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.