Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 5 May 2012

PELIK BENOR CERITA ORANG PERANCIS NI...(UPDATE)

Berita dari Paris ni memang pelik. Yong jadi penin memikirkannya. Yong jumpa satu article tentang Perimekar ni macam syarikat best aje. Tapi article ni Yong tak jumpa kat URL yang dinyatakan. Tapi ada kat sini. Dah demer letak kat homepage, maknanya tak rahsia ler. Dah jadi public informtion. Bagi yang maleh ke sana, salinannya macam nih:
Salah seorang yang mengaku terlibat dalam penubuhan Perimekar ialah manusia dalam gambar di bawah ini:

Richard Frederick Robless dan isterinya seorang artis

Awang ni sekarang salah seorang dari Board of Directors syarikat Rajawali Aerospace Sdn Bhd. Jawatannya Managing Director. Pengakuannya ada dalam homepage syarikat itu, kat sini. Yong cut and paste apa yang ditulis kat homepage syarikat itu. Bagi yang minat nak jadi detektif Conan, komer cari le dia. Mungkin dia tahu Perimekar ni syarikat apa sebenor-benornya, sebab dia yang tolong tubuhkan syarikat itu. Kot ia travel agency dan bukan seperti yang diwar-warkan, maka kenyataan Boustead adalah misleading.

Fitnah dan bohong ni dosa ye. Jadi, baik komer siasat betoi-betoi, Perimekar ni betoi ke syarikat travel agency. Komer yang terlibat tu pulak, jelaskan supaya rakyat Malaysia tak penin lagi. Jangan le sorok-sorok, macam ada apepe pulok.

Ikut logik Yong, Dua perkara ni tak logik:
  • Takkan syarikat besor macam Boustead nak take over syarikat travel agency yang takde ape-ape? Boustead kan ada syarikat travel agency dia sendiri?
  • Share capital RM5juta. Baru ditubuhkan tahun 1999, nak buat kerojer servis kapal selam, pembangunan pertahanan maritim, infrastruktur...bla...bla...Boleh ke? Nak bela lembu pun perlu RM250juta. Hahaha.
Kalau komer rajin nak buat perbandingan syarikat (negara jiran) yang buat keroje hebat macam Perimekar komer pergi link kat sini, sini dan sini. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1997, tapi dah ada hasil.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.