Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 8 July 2012

HUTANG TAK PERLU BAYAR, BUDI TAK PERLU DIKENANG DAN JANJI TAK PERLU DITEPATI, BIAR BETUL?

BERITA BERNAMA
Bukan Yong cakap. Ini Piem yang cakap. Yong cut and paste berita dari Bernama. Yong jarang ambil pot berita Bernama. Tetapi sebab ia diulang-tayang sampai Yong nak termuntah, maka Yong rasa perlu luahkan sebelum betul-betul termuntah.

Yong mula dengan "JANJI TAK PERLU DITEPATI"

Cer tengok dan dengor baik-baik apa janji Najib dalam video ini. Pencacai jangan nak marah Yong. Ini bukan fail dubbing. Ini betul-betul Najib, Presiden ameno yang cakap. Najib ini bukan pemimpin Pakatan Rakyat yang dia tuduh tidak menepati janji dalam ucapannya. Najib ini berjanji ISA akan dimansuhkan. Ikut suka komer nak dengar atau tidak janji yang "bersejarah" ini. Clap! clap! clap!


Ini janji Pakatan Rakyat kah? Apa sudah jadi dengan janji ini? Sudah ditepatikah?

SUMBER HARAKAHDAILY
Kalau Najib (BN) sudah menepati janjinya, untuk mansuh ISA, apa pasal masih simpan tahanan di Kamunting? Saja nak aniaya orangkah?

PROTEST DI KEM KAMUNTING SUMBER PASPB
Seronok sangatkah memisahkan suami dari isteri, bapa dari anak dan anak dari ibubapa? Seronok sangatkah menyusahkan dan memutuskan rezeki orang sedangkan diri sendiri bermewah-mewah?

Percayalah. Doa orang yang dizalimi itu dimakbulkan Allah.
WAJAH SEDIH ISTERI TAHANAN, SUMBER HARAKAHDAILY
Bagi pencacai ameno yang singgah di blog Yong, bacalah dengan hati yang terbuka. Yong pun singgah kat blog komer. Tapi sebab terlalu banyak gambor lucah (hasil pdf) dan mencarut, Yong taknak komen sebab "it is beneath me to comment." Walau bagaimanpun komen komer Yong tak peduli sebab komer dapat upah kalau komen diterbitkan.

Polis baik menjaga keselamtan awam, tangkap pembunuh, perogol, pencuri, penyamun, perasuah dan penipu. Polis ganas pukul orang tanpa kesalahan dan ugut orang. Mahu disayangi, jadilah polis baik.

1 comment:

  1. Boleh pakai ka ini najib punya cakap...? Lu olang semua fikir sendili la..! Manyak tipu punya ini olang..jangan caya sama dia punya yanji oo..!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.