Al-kisah politik umno semuanya untuk periok nasi,
Tersebut seorang bapa, pilu mahu anak jadi menteri,
Bergantung harap anak menyambung rezeki,
Tidak sedar diri anak cuma pandai menari.
ANAK YANG PANDAI MENARI |
Heboh di luar sana pula kisah bakal menantu dan besan tahap pencuri,
Bukan kita kata, tapi itu tuduhan bapa tiri,
Sekarang di mana bakal menantu berada sudah jadi misteri,
Konon bakal menantu di Sandhurst Military Academy.
Ada juga yang kata bakal menantu disembunyi di PD,
Sukar tak percaya pada gambar yang dijadikan bukti,
Rakyat Malaysia malu tapi pemimpin macam tak peduli,
Terus balun harta rakyat untuk melancong dengan anak bini.
SUMBER ASD |
18 hingga 25 Mei 2012, Washington, Milan dan Dubai
demer bercuti,
Kos RM273,799.57 boleh buat 20 buah rumah PPRT,
Semuanya bukan keluar dari poket sendiri,
Sumbernya duit pembayar cukai yang kerja sampai mati.
Rakyat “bertuah” dapat BR1M RM500.00 untuk sara diri,
Jangan peduli hasutan Pakatan Rakyat yang dengki,
Biar saja Dreyfus dan Lynas gelak ke Bank dengan duit
berguni-guni.
SUMBER YSK |
Scorpene belum tenggelam, hantu Altantuya sudah
menanti,
Timbul bersama Thales dan Terasasi,
Menteri Pertahanan dan PM enggan jadi saksi,
SUARAM dituduh merekacipta kes, kalah drama sodomi.
Aduh, pilu tangisan anak kecil yang sakit minta
diubati,
Tapi simpanan ubat sudah kosong tiada isi,
Harga barangan pula terus naik tiada berhenti,
Rakyat sengsara di mana sara
hidup hendak dicari?
Katak, Ummi Hafilda, Perkasa, Isma dan Jati,
Semua diguna untuk menabur fitnah tanpa henti,
Pengundi hantu dibela dan PATI disantuni,
Rakyat pilu nama dipadam dari senarai pengundi.
ENCIK HO HENG THONG MEMBUAT LAPORAN POLIS (SUMBER) |
Tuntutan pilihanraya bersih ditolak tepi,
Majlis fatwa dan mufti sudah jadi buta, bisu dan tuli,
Islam dihina dan rakyat terus dizalimi.
Petronas untung tapi hak rakyat Kelantan terus dinafi,
Hendak buat lebuhraya pun terpaksa cari dana sendiri,
Harta peneroka pula dipajak pemimpin ikut suka hati,
Rakyat yang enggan, "Haramjadah!" mereka kena maki.
Pilihanraya ke 13 amat digeruni,
Hendak umumkan tarikhnya masih tak berani,
Takut kebangkitan rakyat tidak dapat ditandingi.
Entah siapa pula nanti yang tak cukup tanah nak lari.
Rakyat berjuang mahu kembalikan sistem demokrasi,
Tiada ISA, tiada undang-undang zalim dan tiada
polarisasi,
Supaya hidup makmur dan wujud daya saing yang tinggi,
Negara Berkebajikan menjadi matlamat kebahagiaan yang
lestari.
Salam Yong. Blog Yong ana ada link kat ana mohon link blog ana disi
ReplyDeletehttp://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/
Teman senaraikan pada blog blog Panas mike punya
ReplyDeleteYob Ayid,
DeleteUdah lamer link.
salam.... mohon link blog di blog yong
ReplyDelete