Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 10 July 2012

ROSMAH DAN ISTERI MURSYIDUL AM PAS SAMA-SAMA WASATIYYAH?

Mula-mula tengok gambar Tuan Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz. Ayu dan tertib. Gambor beliau sedang mengisi kuih karipap ke dalam plastik. Pastinya bukan untuk makanan sendiri. Tengok kotak-kotak yang tersusun di belakang beliau.

GAMBAR YONG REMBAT DARI SINI
Gambar dari klpos pula, tersebar menunjukkan gaya hidup Rosmah yang sederhana kerana sanggup makan dengan menggunakan polystyrene! Yong rembat satu gambor. Yang lain komer cari sendiri di klpos atau beberapa blog pro-PR. Lihat gambor yang Yong rembat.



Yong nampak seorang perempuan yang tidak menutup aurat dikelilingi oleh perempuan-perempuan lain yang majoriti bertudung!

Perempuan ini bersanggul besor (rambut palsu), bergelang besor (tentu mahal harganya) dan berkasut tumit tinggi berwarna merah (jenama tak tahu, tapi pastinya mahal) yang sedondon dengan bajunya. Di hadapannya ada makanan yang dihidang di atas dulang yang biasanya orang guna untuk hantaran belanja majlis pertunangan dan lain-lain. Di rumah orang miskin tentu takde dulang ini.

Assessori ini simbol wasatiyah kah?

Sebenornya wasatiyah tu aper erk?

Gambar-gambar ini bukan isu. Ini perbandingan untuk menjawab persoalan sebenarnya siapa yang wasatiyah tanpa publisiti murahan dan gembar-gembur media!

6 comments:

  1. wasatiyah dari fahaman MEREKA.....

    ReplyDelete
  2. Wasotiyah atau syaitoniah?

    ReplyDelete
  3. Wasatiyah wa sesat syaitan ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dAn, Mountdweller dan Jali-jali

      Yang heran tu, demer bangga pulak!

      Delete
  4. iskkk.. salah tu yong.
    sebenornya, wasataik yah.

    ReplyDelete
  5. Disini dia kaya-raya...di sana belum tentu lagi...jgn risau... janji Allah itu benar...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.