Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 4 July 2012

UNDERGROUND AMENO: NAJIB TRANSFORMASI, ROSMAH? DOT DOT DOT

MEGA-TRANSFORMASI OLEH TV SEWEL?
BACA SUMBER ASD
KAH! KAH! KAH!

Maaf ye. Yong tak dapat tahan. Gelak dulu. 

Baru je kelmarin pakcik Guru Silat cakap "Sejak 2 bulan ni macam tak dengar citer Rosmah." Yong kata, "Low profile kot, nak dekat pilihanraya ni." Pakcik Guru Silat jawab, "Mana nak berani buat pilihanraya sekarang. Demer konfim boleh menang 20% je."

Huh? Terkejut Yong. Takkan 20%? Yong buat mental calculation 20% = 45 kerusi jer. Ini lebih teruk dari sumber kajian strategik BN.

Adakah kajian strategik ni cumer nak bagi sedap hati piem jer?

Rupanyer kami berdua dah silap. Bukan silap pasal menang berapa kerusi. Itu kami tak tahu lagi entah silap entah betoi. Tapi kami silap tentang Rosmah. Ropernya dia tak pernah "low profile" kerana dia sebenormya dah jadi piem!

Yong tak dapat menghubungi pakcik Guru Silat untuk mendengar komen beliau. Yong tahu beliau sudah pasti tengok RTM dan TV3. Yong pulak tengok Al-Jazeera. Jadi Yong miss episod sejarah Malaysia yang ada piem perempuan!

Yong teringat kata pakcik Guru Silat kelmarin, "Najib transformasi. Transformernya Rosmah."

Entahlah. Dah dekat habih satu penggal, Yong masih tak faham aper bendanyer "Transformasi" nih. Yong cumer nampak, transformer besor dan kecik jer. Kat kedah ader transformer kecik dah kena cekup. Komer baca citernyer kat blog PASPB di sini.

Transformer geng Megatron masih bebas berleluasa di sana sini weh!

Yong gelak seronok tengok RTM dan TV3 kena padan muka. Nak sangat mengampu, sampai terlebih ampu.

Balasan Allah datang ketika si pendusta dalam keadaan khayal!

JOM TOLAK BN!


6 comments:

  1. Hari ini dalam sejarah, Yong. Aper idaknyer? Kan sekarang Piem kiter seorang perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Agaknya kot bertanding kat NS boleh menang kot.

      Delete
  2. Untungnya, tak perlu jadi MP untuk menjadi Piem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rojakpesembor

      jadi bini piem de jure. Lepeh tu jadi piem de facto.

      Delete
  3. salam,


    transformasi adalah slogan, selepas slogan, selepas slogan bn cuma pandai berslogan

    KLIK DASAR BARU SPA DITENTANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam New Hope

      Sama le macam Islam Hadhari dulu! Sebelum tu Wawasan2020!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.