Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 28 November 2012

APA BEZA ANTARA PENJUAL PAYUNG, TOKEH AES DAN TOKEH TOL?

Semalam hujan lebat di KL. Terowong Smart ditutup untuk elak banjir. Kereta ikut jalan lain. Jadile jem. Aper nak heran. KL memang jem memanjang! Tiada cara nak selesaikan masalah ni.

Sebabnya?

Sebab datuk bandar cuma sibuk menjadi pencacai amno jer. Aper kesusahan rakyat marhein dia peduli aper?

Dalam masa berlari dari satu bangunan ke satu bangunan untuk mengurangkan kesan basah kena hujan, tetiba Yong dengor:

Payung! payung!

PENIAGA SEGERA, UNTUNG SEGERA!

Waaaah! Ader orang buat bisnes jual payung time hujan lebat!

Ader payung harga RM15.00
Ader payung harga RM19.00
Harga berbeza ikut design payung.
Harga juga berbeza ikut siapa yang membeli payung!
Harga boleh berubah-ubah!

Heheheh! seronok jadi penjual payung time hujan yek?

Jadi aper kaitan dengan tokeh tol dan AES?

Sama jer. 

Demer mengaut keuntungan di atas kesusahan orang lain!

Bezanya? 

Peniaga payung adalah peniaga kapcai. Untung sikit.
Peniaga tol dan AES peniaga Hummer. Untung pun hebat.

Yong pernah pergi ke sebuah negara maju. Kami jalan-jalan bertiga nak menyeberang. Hujan lebat. Takde payung. Seorang pakcik bawa payung besar. Dia menawarkan kami menyeberang. Lepas sorang, sorang dia bawa kami menyeberang. Pakcik tu orang Jepun. Kami di London.

Kat Malaysia baik lelaki atau pompuan, tua, muda, takde siapa offer nak kongsi payung!

Aduhai....1Malaysia. Rakyat berbudi bahasa, berterima kasih bla...bla...bla...

2 comments:

  1. Rakyat Malaysia ni semakin diajar jadi mata duitan.. Siapa yang mengajar tu tak lain tak bukan pemimpin umporno sendiri.. Setiap projek mesti nak masuk kantung sendiri.. Duit Petronas pun senang-senang depa sapu, sedangkan Petronas tu hak rakyat..

    Herannya pencacai masih lagi depend depa...

    Curse on them!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PCbahar

      Tiada cara lain. Jom ubah!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.