Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 30 March 2017

BUKAN NAJIB YANG TIPU PAS

Selepas solat isya' sekumpulan lebai singgah di kedai kopi untuk sembang politik sambil tengok berita TV. Biasalah. di kedai kopi ni screen-nya besar.

Ketika sedang menghirup teh-tarik, hampir tersembur keluar air dari mulut, apabila dipaparkan berita yang sangat mengecewakan, lebih kurang macam ini:


Maka berhamburanlah maki hamun mereka terhadap Najib. Macam-macam jenis haiwan disebut, termasuk biawak hidup.

LEBAI A: Bukankah Najib dah janji akan sokong RUU355?

LEBAI B: Betul. Siap hantar Jamil Khir join kita di Padang Merbuk lagi.

LEBAI C: Dia pun kirim salam...aku dengar.

LEBAI D: Najib penipu!

LEBAI E: Tak betul tu...Najib tak tipu.

Semua lebai terkejut mendengar kata-kata LEBAI E.

LEBAI A: Kalau bukan dia, kamu bagi tahu aku siapa yang tipu?

LEBAI E: Zahid Hamidi yang tipu. Dia yang sungguh-sungguh bagi tahu sahabat kita di Terengganu BN akan bentang RUU355.


LEBAI B: Huh! Penipu! Jangan undi Zahid Hamidi. Jom kita letak calon yang mantap di Bagan Datoh dan tumbangkan dia.

LEBAI E: Tak boleh.

LEBAI B: Kenapa tak boleh.

LEBAI E: Kat Bagan Datoh tu calon PKR yang bertanding. Kita masih ada tahaluf siyasi dengan PKR.

LEBAI C: Aaahh! Putuskan ajer PKR ni. Diorang bukan ada jentera pun. Biar 3 penjuru.

LEBAI E: Haha...Komer baca ni (sambil menghulur HP-nya):


LEBAI A: Hadoi...! Kesian aku kat sahabat aku di Selangor...

LEBAI D bangun dan start kapcainya.

LEBAI A: Kamu nak pergi mana? Awal lagi ni?

LEBAI D: Aku nak pergi rumah Lebai Nizar. Kot-kot ada lagi borang parti Amanah.



19 comments:

  1. Seperti yang dijangkakan, golongan Munafiq Laknatullah didalam Pakatan Hopeless (PAN Imayam, OKR & PPBM & DAPigs) amat bergumbira bersama kaum kafir harbi didalam BN dan juga Pakatan Hopeless kerana amat bangga usaha PAS untuk mendaulatkan Undang-Undang Islam terbantut!

    Kepada kaum Islam di Malaysia..adalah jelas sekali kaum Munafiq Laknatullah dalam Pakatan Hopeless adalah hamba kepada kaum Kafir Harbi Laknatullah! Ini bermakna sebarang undi kepada kaum Munafik ini samalah dengan mengundi kaum Kafir Harbi yang suka Berzina, Sodom, Berjudi, Minum Arak, kaki Rasuah, dan sebagainya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polisi Yong takkan terbitkan komen yang penuh dengan fitnah dan maki hamun macam ini. Tapi kali ini Yong terbitkan kerana nak tunjukkan kepada dunia bagaimana rupa sebenar akhlak kamu yang sebenarnya memalukan PAS.

      Delete
    2. Kah kah kah. Walaun pas kepanasan. Dah kene kencing dek Bn dia pulak meroyan kata PH mcm2. Errr, kami ni PH dalam komponen Bn kot, sebab tu xdapat bentang..kah kah kah

      Delete
    3. Betul yong, tapi hairan, najib tak pula nak di kambuih di jirat cina ye......awat lomah sangat ilmu walaun ni.....tapi nak masyuk surga...

      Delete
    4. nak gubal undang-undang bukannya pongpang maki hamun x tentu arah mcm ni, parlimen ada, caranya nya ada, ni hbs ko maki org satu malaysia apasal

      Delete
    5. Tok guru kita ajar ahli-ahlinya kapirkan orang. ayuh ahli parti agama mari kita paskat kapirkan orang

      Delete
    6. Salam Yong,

      Saya sendiri dah meluat dengan si Saiful Azmi ni. Dahlah bodoh, pelajaran tak ada, hujah merapu, kalau setakat itu je hujah dia baik yong siarkan hujah saya.

      Allah dah tunjukkan kemurkaannya kepada PAS dengan memberi nama PIGS!!!

      Jadi kalau dah jadi 'pigs' tu faham-fahamlah, kalau nak cakap laknatullah, mungkin laknat Allah tu pada si Saiful walaun sebab tu digelar pigs!!!

      Pejuang Islam apa walaun2 ni, pemimpin tertinggi Hadi pun pernah keluar kenyataan syirik, kalau tak taat kepada PAS hilang akidah!!! Bukan tak taat kepada Allah dan rasulnya hilang akidah!!!

      Dr Zuhdi dalam muktamar yadim pada bulan mac tahun lepas memutar-belitkan hadis. Perjuangan Islam apa putar-belit hadis???

      Jadi kepada Saiful yang cakao laknatullah tu, hati-hati. Laknat Allah entah-entah pada kau. Kalau tak takkanlah kau digelar PIGS!!!

      Delete
    7. Yong jangan risau, doa orang fasik akan ditolak Allah dan jika dia alim dan warak doanya akan diperkenan Allah tapi kesudahan nanti rahmat Allah akan sentiasa bersama orang yang mukmin dan sabar sebagaimana kesudahan doa Bal'am orang yang alim dan warak dikalangan bani israel ke atas Nabi Musa

      Delete
    8. Ni bakteria xbaik ni yong. Kalau dibela boleh sakit otak orang lain. Komen mcm org xdak akal. Spesis virus perosak.

      Delete
  2. Berdasarkan dailog Bukan Najib yang menipu PAS , Lebai D telah membuat analisa dan mengikuti Retorik RU355 serta bertindak wajar untuk berhijrah ke AMANAH, kerana dapat membezakan Hukum Qatíe dan politik Islam...Syabas.

    ReplyDelete
  3. Ulasan Tuan Saiful tu..kalau mengikut peratoran undang-undang Kazaf..Tuduhan tanpa saksi yang adil ke ats semua penyataan tersebut boleh mengakibatkan beliu hilang kelayakan untuk menjadi Wali nikah dan menjadi saksi sepanjang hayat berdasar hukum Had Syariat.

    ReplyDelete
  4. tu la aritu ada peluang bentang elok2, mintak tangguh...pegi buat gempak kat padang merbokkk ...macam situ pulak parlimen,,,,ni nak munafikkan orang pulak...nak muntah woiiii....

    ReplyDelete
  5. Huduhnya bahasa Saiful Azmi Husin, ahli syurga ke dia ni?...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong

    Itu le demer tak mo dengo pesan nasehat arwah Nik Aziz, jangan sesekali percaye kat UMNO tu. Tapi demer tu ajenye biut bebeno, dah tu ake senten pulak.

    ReplyDelete
  7. En saiful azmi..aku rasa sebahagian rakyat malaysia...akan ikut kenyataan datuk sri nancy sukri..takpayah lah kau ckp kami menyokong kafir yg menentang RUU355 tu.sbb dlm hati kami penyokong PH..sekelumit pun takde niat nak ikut ckp kafir tu.. itu dah jadi fitnah.. nanti merangkak kau DISANA.. mencari kami penyokong PH minta ampun..yg kau kata kami ikut ckp dap.. malaysiakini temuramah penyokong2 parti pas di padang merbuk masa demo ru355.. aku rasa semua tak tahu ruu355 tu..semua guna alasan sbb naib presiden ulamak dunia yg bawa akta tu..harap kau sudi terangkan kat blog ini..terperinci..dan sempurna.. berkenaan ruu355..nanti takdelah kami di tuduh ikut ckp dap..

    ReplyDelete
  8. kenapa tak selaraskan undeng2 keluarga islam dulu.

    ReplyDelete
  9. saiful azmi husin adalah produk pas yg membawa aliran khawarij dan syiah. apa saja yg berlabel islam akan ditaksubinya. apa saja yg tidak berlabel islam walaupun baik akan dilabel kafir dan munafik.

    sedangkan Nabi saw menyantuni Abdullah Ubai munafik. kerananya tidak terlihat dgn jelas bukti kemunafikan kerana ia lebih di dalam hati.

    ruu355 telah diurus oleh pas dgn cara yg sangat cuai hingga mencetus perselisihan dalam Negara. inikah islam yg dibawa? makin nk laksana islam ala pas, makin rakyat gelisah.

    maka tidak layak pas itu memerintah Negara ini. pasti huru hara dan akan menyebarnya doktrin khawarij dan syiah.

    ada satu cara kalau pas nkkan hudud dan disokong oleh semua rakyat termasuk org bukan islam akan sokong... sila ikut Sunnah Nabi saw.. iaitu istiharkan berikut sebelum laksana hudud..

    'Bahawa pas akan memotong tangan (laksana hudud) tanpa mengira darjat. Hatta ulamak pas sendiri atau pun perdana menteri sendiri mencuri, pas akan potong tangan mereka!'

    ini mengistiharan keadilan yg kita mahu sebelum sibuk2kan hudud. tanpa iltizam utk adil dan beranai tanpa mengira bulu, barulah cukup syarat melaksana hudud. jika tidak tunggulah kezaliman yg akan berlaku atas nama islam.

    umat terdahulu dibinasakan kerana org biasa yg mencuri mereka hokum tetapi org bangsawan yg mencuri mereka lepaskan.


    roh kepada hudud dan qisas dll hokum islam adalah keadilan. jika dgn parti Amanah dan DAP pun pas tk boleh adil (bersemuka utk berhujah secara professional).. tetapi terus menghukum dr jauh.. maka ini kezaliman.

    tunggulah kehancuran dlm pas itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tertarik dgn perisytiharan hudud tu tuan. Syabas..point bila berhujah dgn ahli parti agama yg fanatik pd presideng.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.