Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 2 January 2013

ADAKAH RON2009 AKAN DIASINGKAN DARI PASARAN SEBELUM PRU13?

MIGUEL DE BENVIDEZ THE THIRD ARCHBISHOP OF THE ARCHDIOCESE OF MANILA, (1552-1605)

RON2009 dikemukakan oleh BN pada tahun 2009 untuk memacu Malaysia ke arah negara maju. Ada siapa perasan? Hahaha..Tentu komer perasan. Sebab RON2009 lebih hebat dari RON95 dan RON97. Ini kerana RON2009 sangat terkenal dalam negara dan luar negara. 

Di luar negara RON2009 terkenal dengan kes model Mongolia merangkap penterjemah yang sangat mahal bayaran upahnya. 

Di dalam negara RON2009 terkenal dengan istilah haramjadah dan beg Birkin. 

Kenal RON2009?

Seorang tokeh karpet, yang namanya macam aktor Hindustan dulu sangat senang dengan RON2009. Tapi sekarang dah jadi cerita lain. Macam-macam ceritanya. Cerita akuan sumpah seorang yang namanya Bala amat hot dalam media alternatif, tapi sunyi sepi dalam media perdana. 

Kalau ikut sebutan orang Perak bala BALA tu kena ditolak. Dalam bahasa stendetnya BALA kena dielakkan.

Sekarang timbul pulak cerita barangan kemas yang tokeh karpet nama macam aktor Hindustan ini beli untuk RON2009. Ceritanya boleh baca di sini.

Betul atau tidak cerita pembelian barang kemas itu bukan soalnya sekarang. Ini kerana kata omputih "the damage has been done." 

Adakah ameno sanggup lagi menanggung risiko memacu ke arah PRU13 dengan RON2009 lagi?

Apa kena mengenanya pulak RON2009 dengan gambar di atas? 

Gambar patung mubaligh kristian itu adalah sebagai jawapan kepada pencacai yang marah kerana Yong menyiarkan gambar batu nisan kristian dihias ukiran sebelah tangan kanan dengan jari telunjuk menghala ke atas.

Kata pencacai isyarat tangan 1Malaysia menunjukkan Najib mentauhidkan Allah! 

Bagaimana keadaan jari telunjuk tangan kanan patung ketua segala paderi itu? 

Adakah Soi Lek juga mentauhidkan Allah ketika dia melaungkan 1Malaysia sambil mengangkat tangannya? Kihkihkih!

Di bawah ini pula adalah video youtube yang komer semua dah tengok. Piem 1Malaysia mengamuk dan menyebut haramjadah. Lihat minit ke 0.53 hingga 1.12. Sambil maki hamum masyarakat Felda,  piem mengangkat tangan dengan jari telunjuk ke langit! Sambil maki hamun, dia kata "saya tak redha..."

Tak redha peneroka Felda terima apa yang disebutnya durian runtuh, sedang kita semua maklum tiada durian yang runtuh. 

"Saya tak redha" katanya, Macamle duit Felda itu dia punya!





Apakah yang diterima oleh peneroka setelah kena maki haramjadah?

Jawabnya: Hutang yang bertambah dan nilai saham FVG yang tidak menentu. 

RON2009 pula terus bergaya mewah!

Mengapa biarkan pakcik dan makcik Felda yang tidak faham berniaga saham ini tercampak ke dalam pasaran perniagaan saham yang zalim ini?

Mungkinkah RON2009 akan dikeluarkan dari pasaran politik Malaysia sebelum PRU13 kerana sudah hilang daya saing?

Terlalu besar risikonya membiarkan RON2009 bergerak di lebuhraya politik tanah air. Mungkin seluruh jentera kenderaan akan musnah kalau dibiarkan RON2009 sebagai pemacunya. 

INILAH BALA.

JOM UBAH.

TOLAK UMNO. TOLAK BN.



No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.