Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 6 May 2013

TAHNIAH ORANG MELAYU CERDIK MENOLAK POLITIK REAKSIONARI

Dua calon pengamal politik reaksionari bersifat perkauman melampau yang disokong oleh BN telah kecundang. Siapa dua makhluk tu? Tak lain tak bukan, presiden Perkasa Ibrahim Ali dan Naib presidennya Zulkifli Nordin.

Ibrahim Ali ke hulu ke hilir menjaja agenda konsep ketuanan Melayu sempit. Kerjaya politiknya dimatikan di Pasir Mas oleh Nik Abduh, seorang ustaz, yang wajarnya tidak boleh mengamalkan politik perkauman. Naib Presiden Perkasa pula ke sana sini konon memperjuangkan Islam! Akhirnya dia kecundang di tangan nemesis yang sering dicemohnya gereja, Khalid Samad, di Shah Alam.

Paradox bukan?

Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin ditolak oleh orang Melayu yang beragama Islam. Maknanya orang Melayu yang cerdik menolak politik reaksionari seperti yang diperjuangkan Perkasa.

Kalau orang Melayu boleh bersikap rasional dan menolak pejuang Perkasa, masakan orang Melayu begitu ghairah memeluk UMNO?

Paradox lagi - Kerana inilah yang berlaku di Kelantan dan Kedah.

Orang Melayu Selangor ramai-ramai menolak UMNO. Tapi orang Melayu Kelantan dan Kedah kembali kepada UMNO? Kembali kepada UMNO di saat kita mahu undang-undang hudud?

Paradox dan aneh bukan?

KuLi ternyata berjaya meraih keuntungan dari kemelut PAS-PKR dan kelompok yang mahu dia jadi PM mengganti Najib!

KuLi pemegang keris telanjang UMNO.

UMNO adalah predator politik.

Anggaplah PRU13 yang penuh tipu-helah ini sebagai satu pengajaran, walaupun kita meragui keputusannya.

PAS dan PKR jangan terus rela jadi mangsa.

TAHNIAH MELAYU PASIR MAS DAN SHAH ALAM KERANA BIJAK MEMBUAT PILIHAN!

5 comments:

  1. Sehingga ke detik teman menulih ni, teman masih tak percaya yg kita kalah. Kalo deme menang cara adil tak pe. Ini tidak. Menang dgn cara yg tidak bermaruah, jijik, keji, getik. Menipu tetengahari bute. Teman kesal dgn kengkawan teman yg termakan dakyah umno yg malaysia akan jd mcm singapore kalo pr memerintah. Ape la tongong benor puak umno ni yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buncithensem

      Memang Yong dengor dakyah jadi macam Singapura itu. Bila result keluar ramai DAP menang dakyah itu keluar lagi.

      Hidup demer penuh dengan fitnah.

      Delete
    2. Mcamana la org cina nak tengok Islam itu indah kalau dibuat musuh, BN salahkan bangsa cina habis-habisan mcmlah undi melayu utk umno boleh berdiri sendiri....lps tu esok lusa mulalah merayu2 mintak mahap..mcm tak besa....bkn sy nak sokong mana2 bangsa pun tp kalau setakat islam pada nama disebabkan melayu baik tak payah...ISLAM FOR ALL.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Gua ader dengar citer yang ader perbincangan untuk buat pergabungan atas dasar Melayu-Melayu.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.