Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 15 June 2013

CINTA GADIS SYIAH MELAYU KACUKAN

GAMBAR HIASAN
Dulu Yong ada seorang kawan. Dia orang gadis manis, berperawakan lemah lembut pertuturannya, berdarah campuran India-Melayu. 

Gadis ini pelik sikit kerana tidak pernah mengikut kami untuk usrah dan tidak nampak dia solat apabila bersama dalam kumpulan.

Satu hari Yong tanya dia, kenapa dia tidak solat bersama kami. Masakan setiap kali uzur? Akhirnya diapun memecahkan rahsianya. 

Rupanya dia syiah.

Yong agak terperanjat. Sebab belum pernah jumpa syiah Melayu.

Gadis ini menceritakan kisah hidupnya.

Dia syiah kerana ibu bapanyanya juga syiah. Maknanya dia syiah dari keturunannya. Pengikut imam Mahdi, katanya.

Yong tak tanya apa dia maksudkan dengan imam Mahdi. Yong biarkan dia menceritakan sendiri pengalaman hidupnya sebagai gadis syiah.

Rupanya, disebalik senyum dan tawanya, gadis ini menyimpan kisah sedih. Dia mendakwa, hidupnya tertekan kerana pegangan agama keluarganya yang keras. Keluarganya melarang dia rapat dengan orang sunni. Sebab itu dia sering mengasingkan diri dari rakan-rakan Melayu. 

Begitulah keadaannya ketika belajar di luar negara. Dia tidak bercampur dengan pelajar-pelajar Melayu. Tetapi kerana Yong kelihatan "liberal" menurut pandangannya, dia pun berkawan dengan Yong.

Entah macam mana dia jatuh cinta dengan seorang pemuda Melayu sunni. Dia rahsiakan cintanya dari pengetahuan keluarga. Ketika itu dia nekad untuk menukar pegangannya kepada sunni setelah berkahwin dengan teman lelakinya. 

Apakah yang berlaku apabila keluarganya tahu?

Kehidupannya terus dikepung oleh keluarganya. Ketika pergi kerja, dia diikuti oleh abangnya - dihantar dan dijemput pulang. Perhubungan secara bersembunyi menggunakan fixed-line (telefon) pejabat dan surat sahaja. Amat terhad.

Keluarganya juga pergi menemui teman lelakinya dan mengugut untuk menghantar gadis ini ke India. Pada gadis ini pula, jika enggan berpisah, teman lelakinya akan dibunuh. 

Gadis ini terkejut kerana tidak menyangka pegangan keluarganya pada syiah begitu fanatik. Dia tahu kehidupannya tidak akan aman jika cinta terlarang itu diteruskan. Akhirnya dia berpisah dari teman lelakinya dan membawa diri ke Malaysia Timur.

Setelah beberapa ketika, luka di hati gadis ini terubat bila bertemu seorang lelaki tempatan beragama kristian. Dia sangka masalahnya akan selesai kerana teman lelaki baru ini boleh menukar agama kepada syiah setelah berkahwin. Tetapi ternyata dia silap. Cinta ini juga terlarang.

Perkahwinan syiah celup tidak diterima oleh keluarganya.

Yong terputus hubungan dengannya kerana tempat tugas yang berasingan.

Berita terakhir Yong terima, gadis ini (yang telah menjadi wanita matang) telah pergi ke Amerika Syarikat. Tidak ada sesiapa yang dapat menjejakinya. Keluarganya sudah puas mencarinya di Amerika Syarikat.

Entah di mana dia.

Yong hanya dapat berdoa mudah-mudahan dia telah bertemu cinta sejatinya.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.