Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 21 June 2013

FAKTA YANG RAMAI PENYOKONG UG TAK TAHU

Cerita yang kita dengor Pakatan Rakyat tak teima PSM. Sebab tak terima kita tak diberitahu. Jadi, orang buat spekulasi jer.

Apa spekulasi tu?

PSM ditolak sebab ada perkataan "sosialis."

Yong bukan ahli PSM. Dan bukan juga peminat socialism. Tapi Yong tetap mengalu-alukan PSM untuk menjadi ahli dalam Pakatan Rakyat.

Mana tahu, entah-entah ahli PSM ada idea baik yang ahli lain terlepas pandang…Pandangan dari dimensi yang berbeza. Tak salahkan?

PAS jangan le apprehensive (bimbang) dengan perkataan "sosialis" itu.

Sebaliknya, PAS harus lebih bimbang jika berpadu dengan UMNO.

Kenapa harus bimbang?

Bukankah UMNO itu ahlinya oramg Melayu?

Bukankah UMNO itu ahlinya orang Islam?

Yang ini penyokong UG wajib tahu dan faham. Faham sungguh-sungguh.

Kalau PAS berpadu dengan UMNO, PAS juga wajib menerima semua suku-sakat UMNO seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB, etc..etc…termasuk SUPP.

Taule...Geng UG tak heran yang kristian dalam PBS tu (cerita di sini) sebab ramai dalam geng UG tu ostad. Boleh tolong dakwahkan orang kristian ini, gamaknya.

Tapi sosialis ni lain. Demer dah jadi buluh. Mana boleh lentur lagi…Kerana itu PSM kena tolak. Iyekah?

Jadi? Apa kaitannya dengan SUPP?

Hahaha…Yang ini pun komer wajib tahu dan faham sungguh-sungguh.

Yong taknak prasangka. Lalu, Yong tanya pakcik Google dan pakcik Wiki, susur galur SUPP. Yong jumpa esei ini:

New Zealand Journal of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 132-52; Petikannya:

SUPP DIBENTUK TAHUN 1959, PENUH DENGAN KOMINIS

Rujukan seterusnya, yang budak-budak suka tengok, dari pakcik Wiki pula; Katanya:

ASALNYA KOMINIS BAWAH TANAH, TAPI SEKARANG DAH JADI AHLI BN 

Kalau komer berpadu dengan UMNO, komer kena terimalah bekas-bekas dan keturunan kominis bawah tanah ini.

Ahli PSM pula, takde dengor cerita demer pernah jadi ahli bawah tanah, kecuali yang dah mati.

Tapi kot komer cari dalam blog SUPP, bertuah kalau komer jumpa siapa mak-bapak demer…

Mao Tze Tong, Chao En Lai dan suku sakat ini semacam udah kena blackout pulak.

Tapi, cer komer tengok apa ideology SUPP? - "Centralism." Hmmm, tak salah Yong, Centralism tu ala-ala Leninism jugak, maknanya datang dari kepala otak Vladimir Lenin si kominis itu!

Kah Kah Kah!

UMNO kata yang kominis tu DAP. Sah demer ni mengaji tak khatam!

4 comments:

  1. HE!HE!HE!

    ELOK TERIMA PSM. KARL MARX KAN KA IDOLA MAT SABU..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luncai,

      Mengaji khatam tak? Dah baca habis N3 Yong atau baca sekerat je?

      Delete
    2. Salam Prof !

      Obviously, dia tak berapa nampak akibat jerebu kot. haha rekod 410 PSI ere.. ..& dia tak berapa paham isu apa kot sbb otak dia pun berjerebu kot.. haha...dia jelas tak berapa cerdik, tau nak salahkan "si luncai" saje, kak yong !

      Bagi orang Islam yang kena paham Islam saje 1 1nya tertinggi. Whateva ideology, isms, doctrine, faiths, sekalipun ada kekurangan tertentu... tambahan demokrasi a la M'sia..demokrasi apanya pihak caretaker government masih leh guna media perdana 100%, 24/7 berkempen, jentera kerajaan sedangkan lawannya disekat guna akses yg sama.

      DAP ker MCA ker SUPP ker mungkin ada infiltration/ penembusan anggota/ ideologi komunis, subversif, Syiah, apa saja yg sesat...kita leh la berhati-2...TAPI yg jelas kat kita UmNO lagi teruk ..nak kata Melayu, Melayu ramai miskin, ramai penerima BR1M pun, yang kaya pun miskin jiwanya tau bodek, menggadai integriti, intektual mereka demi untuk pojek berjuta RM itu ini !

      Nak kata UmNO jaga Islam? Well, no chance in hell, takat pandai buat masjid buat surau sana sini saja la...tu pun duit zakat entah ke mana? tau kutip saja, agih tak seberapa. Orang UMNO imarah, sentiasa buat program kat surau, komuniti tu? Hampeh.

      Under UmNO reigns ..jenayah sosial, kes ragut, culik, homicides, conspiracies, white-collar scandals kian bercambah. Kudos to who needs the the cover/power of darkness to win GE !

      Delete
    3. Salam Hanz

      Kadang-kadang ada rasa malu. Kadang-kadang kesian. Malu bila melihat gelagat Melayu Islam kalah orang kafir. Kesian kerana penat kita tegur, demer kata kita kominis.

      Entahlah…Dulu Ibn Khaldun kata, "Jatuh bangunnya sesuatu bangsa (nation) itu adalah kerana pemimpinnya."

      Mungkin untuk orang Melayu bunyinya lebih tepat begini, "Jatuh bangunnya seseorang pemimpin itu adalah kerana pencacainya."

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.