Zuraida ini tolonglah!
Mulut tu STOP!
Jangan jadi mulut jeghabai. Apa nak marah-marah pulak?
Bukan tak boleh komen. Boleh. Tapi janganle sombong sangat. Nanti orang menyampah!
Miker nak jadi Hamidah ke?
Yang miker dok percaya berita surat kabar UMNO tu apesal?
Komer tengok video di atas baik-baik. Ada Dr Rani kata, "Kerusi MB itu aku punya"? Ada tak?
Ada DAP kata, "Kita nak kerusi MB tu"? Ada tak?
Dua-dua pemimpin parti rakan dalam Pakatan Rakyat dah kata taknak berebut kerusi MB Selangor.
Zuraida yang kata "Itu kerusi PKR," Dah sedia beberapa nama...
Kah kah kah!
Dey! Tolong sikit! Ada ke dalam Perlembagaan Selangor kata itu kerusi PKR?
Ramai yang sokong TS Khalid Ibrahim jadi MB, bukan sebab dia PKR. Tapi sebab dia berkemampuan. Dia sudah buktikan. Ada faham?
Takde pemimpin PAS dan DAP yang cadang nama Azmin pun. Wakaka...
Nama siapa yang dicadangkan parti yang menang, Sultan Selangor kena setuju dulu. Tak kira apa makcik Hamidah PKR (Ooopps Zuraida) cakap.
DSAI tolong control makcik ini.
Orang Melayu kata:
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan merasa.
Ingat! Orang tendang Hamidah kerana perangainya sendiri.
Jangan jadi Hamidah dalam PKR.
Jangan jadi Hamidah dalam PKR.
N3 berkaitan perlantikan MB selangor di sini
ada lagi perangai jahiliyyah umno dalam batang tuboh minah capoi ni.....tolong laa.....cukop2 la ...
ReplyDeleteSalam Hj Shah
DeleteEntahle...apa dalam kepala otak dia.
DeeDee Yong...
ReplyDeleteHahaha.... dier nih dari dulu lagi gua kata tak layah jadi calon Wakil Rakyat.... dier nih lebih kepada Wakil kepada Rakyat.... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteMasalahnya kita yang beri demer gelaran yang berhormat. Patut tukor jadi yang berkhidmat. baru sedor diri!
Salam, Yong.
ReplyDeleteBagus Yong mengambil langkah proaktif menasihat dan memberi amaran kepada makcik Zuraidah.Kalau tak diingatkan pada peringkat awal dikhuatiri membahaya nakhoda dan menenggelamkan kapal kapal sekali.Mungkin tengah meradang tu gamoknyo kerana tidak menduga; menang dalam tangan tetapi kecewa.Itulah meradang radang aje tu, bila ada yang menuntut nak jawatsn mb.Selama ini TS Khalid terbaik,dan hasil tadbiran yang yang dipikul oleh TS Khalid membawa sebab wakil pas banyak yang menang.Tiba tiba berlagak nak menuntut mb.Jadi macam api disimbah minyak la.YB Zuraidah, bersabar dan berakhlak mulialah lain kali berkata kata kerana perjuangan ini terlalu jauh dan jangan dikotori dan dirosakkan jalan tersebut.Kecewa memang semua kecewa.Semua penyokong pakatan amat sedih dan kecewa seperti YB Zuraidah rasakan.Bukan menghamburkan kata
kata yang menyakitkan dan sombong kepada kawan sealiran.Terima kasih, Yong.
Salam Nazi,
DeleteIyeler kot demer mau dengor. Yong ni siapa ler...
politican zaman poleolitik ni patut buang longkang je!
ReplyDeleteSalam Chor
DeleteHahaha...very apt.
Makcik Dah Lah Tu Zoo ni tak layak jadi jurucakap PKR pun...Patut belajar dari Kak Izat Ketua Wanita Oomph No....Belajarlah kuasa dan suara rakyat lebih mustahak.. Kalau setakat 14 kerusi dari 44 tak payah cakap banyak lah..anytime boleh lingkup kalau ada undi tak percaya....So kalau DAP dan PAS menyokong TSKI ok lah tu, lagipun dan terbukti TSKI berjaya menyatupadukan rakyat Selangor untuk menolak serangan UBN..Lagipun simpanan dan lebihan tabung Selangor bertambah semasa TSKI..
ReplyDeleteSalam Remy
DeleteOrang tua2 kata terlebih sudu dar kuah.
Yong sokong TS Khalid Ibrahim walaupun Yong bukan ahli PKR. Yong dah tulis sebab-sbebnya sebelum ini
Sebelum PRU 13 setiausaha Kak Zoo yang jantan lembut tu buat buat cerita,,kita semua masih ingat lagi cerita nak memburukkan Kak Azizah...Sekarang cerita hak PKR pulak...Komer pikirlah senndiri apa motif Kak Zoo melaung sana sini...Takkan lah kerana dia sorang saje yang syok sendiri.
ReplyDeleteSalam Remy
DeleteBab ni Yong taktau pulok. Tolong elaborate.
kalau dengqar berita dari utusex ..ni lah jadinyaaa...monopos tak tentu pasal..tomakninah sana ..tomakninah sini.....lebih baik pi mabok di kalabul malami.... kah kah kah kah kah kah ...
ReplyDeleteSalam mosabit
DeleteItule pasal. Kita semua maklum utusex tu akbar macam mana. tapi masih dok percaya jugok.
Yang lebih teruk, pantang wartawan sua mikrofon, terus bersembur tanpa sekatan lagi.
rupanya masih ada pemimpin bodoh dlm PKR....dia sanggup buat kenyataan tanpa bukti yg kukuh....ingtlah tanpa sokongan PAS dan DAP.....PKR dah lama berkubur....jgn sombong sangat wahai kak zoo...bercakap mcm penghuni zoo.....pemimpin PAS pun dah menyatakan TSKI akan terus jadi MB Selangor...DSAI sila ambil tindakan kpd kak zoo yg suka meroyan ni...
ReplyDeleteSalam cucukerinci
DeleteTak tau ini penyakit apa. Tapi kalau kita ungkit2 pula nanti tak dapat pahala. So baik kita doakan orang gini supaya insaf. Walaupun dia tak insaf, kita tetap dapat pahala keran berdoa.
Apasal lak dia caya kenyataan media perdana + Sinar? Nonsense.
ReplyDeleteDia cakap macam dia yakin sungguh la jawatan MB tu hak mutlak/status quo PKR. BS!
Dia tak lak cadang kekal nama TS Khalid Ibrahim, macam infer si Azmin aje?
Dia patutnya takyah melalut layan pemberita/wartawan yang provokatif tu. Takkan cadangan si Ha$$an Ali tu dia nak melatah kot...iskh 3x. Terang-2 masih ada perangai UmNO dlm PKR. Tamak & kasar ! Tapi betul PAS kena steady, ok beralah, kita tak mahu ada masalah pemilihan kepimpinan atasan negeri macam di Kedah dulu.. hah, padan muka kalah kali ni.
1 mo thing, apa punya leader Zuraidah ni sebut DSAI sbg "Anuar" SAHAJA.
Salam Hanz
DeleteDia nak Azmin ler tu.
Semua dah tau dia memang geng dengan Azmin nak kerusi MB Selangor. Apa niat di sebalik keinginan nak jadi MB sangat tu?
Bila ada ahli parti yang nak sangat jadi MB sedangkan MB itu rakan sama parti dengan kita, motifnya jadi amat meragukan.
Kedah tu Yong dengar banyak cerita. Tapi sebab Yong takde informer di sana, Yong tak dapat komen.
Semua itu sudah jadi sejarah.
Harap sesiapa yang degil sangat tu insaf.
risau akan perkembangan dalaman PR. Ada yang terkejut, ada yang mencarut. Berhati-hatilah tokoh-tokoh PR supaya jangan terperdaya pada usikan yang mampu memecahbelahkan parti anda, sekiranya tidak pasti katakan no komen atau perlu mendapat pengesahan, jangan dok mencarut takbur tak tentu pasal. Kami rakyat yang meletak anda dimana anda berada sekarang dan jangan hilangkan keyakinan kami. Jangan kami samakan anda 2 x 5 dengan yang satu lagi. Penentuan MB adalah terserah kepada kami, sekira rasanya tak setuju, jgn jadi marahkan pijat bakar kelambu.
ReplyDeleteYb kena lebih berhati2 mengeluarkan kenyataan. Kena kawal emosi. Imej pkr dalam pakatan perlu dijaga melebihi kepentingan peribadi..kalau Pkr nak sama kekal berkuasa
ReplyDeleteSatu lagi cerita PRamlee betul.... Hamidah, Zuraidah, jalandah!
ReplyDelete