Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 12 June 2013

YANG KENCING LAWAS DAN TAK LAWAS

SI COMEL PUN CERDIK

Kisah penasihat yang kencing tak lawas ni takde kaitan dengan bekas guru besar Cornalius Gugkang yang berjaya menangkap bag peti undi yang mencuba check in (atau check out) ikut pintu belakang Hotel Pedana Lawas, Sarawak pada pagi 10hb June 2013. Bukan bekas guru besar itu yang sekarang kencing tak lawas, tapi 5 orang penasihat pakar strategy perang UMNO/BN.

Kahkahkah.

BACA CERITA DI SINI

Inilah padahnya apabila tak nak dengor nasihat dari Badan Kajian Strategik UMNO/BN. Demer ingat demerlah terhebat! Apa tidaknya demer adalah Pegawai Khas PM 1Malaysia.

Tapi nasib malang. Sebab terlampau "over-confident" kesemua 5 orang pakar strategy perang Najib bungkus!


TAK LAWAS DAH?

Apa nak buat. Tahi kambing bulat-bulat.

Nasi sudah hangit. Baunya sampai ke bilik solek Rosmah.

5 kambing hitam telah ditemui dan bakal dikorbankan.

Strategi perang "api lawan api" ternyata membakar diri.

Pakatan Rakyat buat perhimpunan untuk membakar semangat rakyat, BN pun buat perhimpunan. Bezanya, perhimpunan Pakatan Rakyat tiada paksaan dan tiada upah atau sagu hati. Perhimpunan BN ada artis k-pop, psy-gangnam dan sebagainya yang memerlukan dana yang besar.

Pakatan Rakyat ada ulama yang berwibawa dan telah membuktikan keupayaan mentadbir sebuah negeri seperti TG Nik Aziz, BN pun turunkan ulamanya seperti Abdullah Saamah dan yang sejenama dengannya.

Pakatan Rakyat buat manifesto people-friendly, BN pun buat manifesto yang diciplak dari manifesto PR, walaupun apa yang dominan hanyalah wajah PM pada kulit manifesto (contoh). Najib dapat slot TV untuk baca manifesto.

Bekas pemimpin UMNO seperti Tamrin Gaffar naik pentas Pakatan Rakyat. BN menampilkan Zulkifli Noordin yang ultra-rasis dan Hassan Ali jati yang logonya serupa setan itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat popular kerana setiap perhimpunan kehadiran mencecah ratusan ribu. Maka BN pun cipta "I love PM." Inilah idea paling bodoh penasihat Najib.

Sejarah BN menyaksikan Tun Razak menang besar setelah menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Begitu juga Mahathir Muhamad. Walaupun ada yang benci dengan bahasa baku (yang demer cemuh sebagai bahasa anak keling utara), diperkenalkan oleh si Protégé Anwar Ibrahim, orang Johor tetap berdiri bersama UMNO. Pak Lah yang suka tidur itupun menang besar setelah Mahathir meletak jawatan!

Tetapi segalanya hanya sejarah. Pak Lah hilang 2/3. Prestasi Najib semakin teruk kerana hanya menang 133 dari 222 kerusi. Itupun menang kerana dibantu oleh kerusi Sabah dan Sarawak.

Aduhai…Ini semua salah penasihat! 

Bukan Najib yang bersangka dengan menggunakan populariti peribadinya, boleh membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen yang hilang pada 2008. 

Yang bersangka itu penasihatnya.

Pemilihan UMNO tak lama lagi. Siapa lagi yang tengah kencing tak lawas?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.