Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 10 June 2013

MENGAPA WAJAH NAJIB ADA TOMPOK-TOMPOK GELAP?

Hahaha…komer tentu ingat Yong nak citer bab Anwar Ibrahim difitnah mengidap Aids sebab wajahnya ada tompok-tompok gelap kehitam-hitaman kan?

Komer silap. Ini bukan cerita Anwar Ibrahim.

Tapi betui ke tompok-tompok gelap kehitam-himan itu tanda seseorang ada penyakit Aids?

Huh, kalau gitu Yong pun pernah mengidap Aids jugalah.

Sebabnya?

Muka Yong pernah kena tompok-tompok hitam. Ia berlaku kerana Yong amat suka outdoor life yang melibatkan berjemur di tengah panas. Yong amat suka snorkeling dan canoeing di laut. Langsung taknak guna sun-block. Apa lagi, muka pun penuh jeragat akibatnya.

Alhamdulillah sekarang dah okay sebab buat facial treatment.

Apapun Yong tetap tanya Pakcik Google masalah ini. Berikut jawapannya:

TAKDEPUN SEBUT AIDS (NIH)

Yong tak kuasa nak terjemah. Komer tanya Pakcik Google saja. Boleh juga baca di sini

Rawatannya amat sukar dan mengambil masa yang lama. Bukan boleh main letak krim jer.

Sebab tu agaknya Anwar Ibrahim tak buat rawatan muka. Mana dia ada masa. Asyik terkejor sana sini…

Tapi Yong nak bersikap adil. Komer kata Anwar Ibrahim muka bertompok-tompok gelap. Kita terimalah. Memang muka Anwar ada tompok-tompok gelap. Ini gambornya:

TU DIA TOMPOK GELAP BESAR DI PIPI...

Bukan Anwar Ibrahim? Sorry aaa…Ini gambar Muhyidin Yassin. Rupanya muka diapun ada tompok-tompok gelap. Kesian! 

Takpe. Ini gambar Anwar Ibrahim:

TOMPOK DI SEBELAH KIRI BUKAN SIDEBURN

Silap lagi? Ini Najib, PM 1Malaysia! Mana ada tompok gelap? 

Percaya tak? Jarang gambar PM diambil dari sudut kirinya. Kenapa? Sebab dari sebelah kiri dia kurang hensem, sebab ada tompok-tompok yang orang putih kata ikut bahasa lembutnya "uneven skin tones" atau bahasa biasa "pigmentation" atau dalam Bahasa Melayu, tompok-tompok gelap atau jeragat. PM 1Malaysia berkulit cerah. Jadi tompok-tompok gelap itu berwarna brown, bukan hitam. Klik gambar, komer akan nampak lagi jelas.

Yong percaya demer yang kena jaga parti tak sempat nak menangani masalah remeh ni. Banyak lagi isu yang lebih penting.

Mungkin Khir Toyo tak setuju kot.

Okay, tentu ada yang kata Yong tak adil kalau tak letak gambor yang dinanti-nantikan.

WAJAH YANG DIMAKAN CUACA

Orang putih kata "weather-beaten face" atau wajah yang dimakan cuaca bagi wajah-wajah yang mengalami kerosakan kerana terlampau terdedah kepada matahari. Semakin meningkat usia, semakin banyak tompok-tompok gelap itu timbul di muka jika tidak diberi rawatan.

Bagi orang yang kulitnya memang gelap, tompok-tompok hitam sukar dilihat.

Apapun kita tahu ramai ahli UMNO yang kulitnya gelap - Lebih gelap dari kulit orang Melayu.

Ini tidak bermakna orang yang berkulit gelap berpenyakit Aids atau tak boleh kena penyakit Aids!

Jangan sampai menghina pesakit Aids pulak. Ramai yang sebenarnya mangsa.

Berhati-hatilah sebelum mengata orang.

7 comments:

  1. Mintak2 org yg tuduh DSAI kena AIDS tu pulak yg kena, padan muka haprak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ni

      Tak baik minta orang sakit. Kita doa demer insaf ye. Itu lebih baik.

      Delete
    2. biasanya orang macam ini dak nak mati baru nak insaf.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Hahahaha..... berilmiah sungguh ulasannyer... Hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Hehehe…sesekali pergi sekolah ler…

      Kata orang ukur baju di badan sendiri?

      Delete
  3. kalau gitu ustazah bedah yang dok ngajor ngaji kat kampong kome lulusan azhar tak mau makan gaji ngan kerajaan bn/umno tu kena aids ler yer.muka ustazah tu bertompok tompok hitamnye,sejak dari kecik kome kenai dia.anak jantanye sehat nyehat masuk askar pangkat nun jauh dua kali ataih dari mejo nak nyebutnye pun tak gheti.mak kome yang ada dua tompok kat pipi kiri kanan ngantikan pipi meghoh tu..aids...le yer...!!..mane demer tu!! nak ku tampo bior hitam plak pipi nyer!!manggaa menghayun jatuk kat batu belajor tak mau bodoh nombo satu.

    ReplyDelete
  4. Yang bawa cerita ini blogger peliharaan parpukari....penggemar stout ternama.....tak perlu dilayan pun kaki penyebar fitnah ni.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.