Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 10 September 2013

UiTM DILETAK DI BAWAH MAJLIS RAJA-RAJA: APA PANDANGAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA?


MENARA KEMBAR UiTM SEKADAR SIMBOL?

Letak UiTM di bawah bidangkuasa Majlis Raja-Raja?

Kenapa?

Perlukah?

Jika UiTM diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis Raja-Raja, Akta 173 perlu diganti dengan yang baru (http://jpt.mohe.gov.my). 

Tapi untuk apa?

Kepentingan politik?

Kepentingan Melayu/Bumiputera? 

Cuba, try, test?

Kalau tak jadi, rungkai, buat lain?

Sudah tentu meletakkan UiTM di bawah Majlis Raja-Raja akan memerlukan satu badan lain (yang mungkin serupa Senet UiTM, tapi duduk di atasnya) untuk jadi govenance yang menghubungkan UiTM dengan IPT dan Majlis Raja-Raja. Akan perlu orang atau orang-orang yang akan mendapat elaun hanya kerana didudukkan di kerusi itu. 

Satu duplikasi kerja, tambahan birokrasi dan pembaziran dana awam!

MASIH TAK FAHAM? (BACA DI SINI)

Hutang Malaysia seperti ini:

DARI MANA NAK DAPAT DANA LAGI?

Siapakah yang sedang menanggung beban hutang ini kalau bukan rakyat jelata, termasuk ibu-bapa pelajar-pelajar UiTM dan stafnya?

Mohon para bijak pandai beri pandangan dan nasihat!

Yang penting untuk menjadikan UiTM cemerlang, terbilang dan gemilang bukan di mana ia ditempatkan, tetapi pucuk pimpinan yang mengurusnya.

Macam pokok durian, jika bagus benihnya, baguslah dia. Jika busuk, busuklah dia. Takkan tumbuh walau macam mana dibaja...

Walaupun benih itu ditanam di perkarangan Istana...

3 comments:

  1. Akhirnya pendidikan akan jadi seperti agama Islam. Hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
  2. inilah akibatnya apabila kewajaran penubuhan UiTM diketepikan! Apabila membenarkan agenda seseorang memperkotak-katikkan UiTM sebuah universiti yang telah banyak menabur jasa ini pada anak bangsa, berleluasa! Tiada pelan pelapisan yang berlandaskan penjiwaan,dan kewarasan langsung tidak dibenar menebusi ketetapan dalam membuat keputusan! Sudah sampai masanya UiTM diterajui oleh seorang wanita! Insyaa Allah

    ReplyDelete
  3. Ini angan-angan aku je..Kalaulah aku ni Raja@Sultan...aku sure taknak kalau Uitm tetiba nak letak bawah jagaanku. Dahla aku tak reti nak buat kerja, dan asyik makan angin dan buat kerja simbolik dan buang karen je...ni nak tambah beban kerja aku pula! Lagipun aku ni bukan pandai dan suka mentelaah hal hal akademik pun! Aku lebih syok kerja-kerja yang tak bebankan otak fikir kemajuan akademik dan hala tuju siswa dibawah naungan aku! Kalau nak bagi benda kat aku, bagilah organisasi yang enjoy menjoy,ada fiesta,ada yang cun melecun dan glamour! Bab-bab agamapun aku dah tak terjaga ,ini nak bagi pula nasib dan hala tuju modal insan melayu kat aku? Bukan apa...kalau lingkup Uitm nanti..engko rang salahkan aku pulak, kata aku freeloader lah,buang karenlah dan bagainya! So...takyah engkorang bagi kat aku Uitm ni! Boleh tak engkorang kaki politik jangan susahkan aku?...aku nak kerja yang senang dan happy je...taknak yang serious! dah lunyai Uitm engkorang politikkan hingga hilang wibawa dan ngko rekrut pula kepimpinan uitm jadi barua...dan siswa jadi tidak berdaya saing last-last nak 'calit' shit kat aku plak! Sorryla...baiklah aku bersenang lenang dengan anakbini dan cucucicit aku...(Inilah keputusan aku KALAU aku ni Raja@Sultan..) Tapi sayang, aku hanya pernah jadi Raja sehari je! Jadi sultan pun dinegeri pasir berdengung! Itupun dalam mimpi!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.