Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 8 September 2013

WOW! APA RAFIZI NAK CAKAP, RANKING MALAYSIA DALAM GCI LEBIH BAIK DARI ISRAEL?

Blogger pro PR selalu kata Malaysia terbelakang dalam hampir segala hal yang baik-baik. Komer silap. Nah, Global Competitive Index (GCI) atau Indeks Kompetitif Global, menunjukkan pencapaian Malaysia lebih baik dari Israel. Malaysia di tangga ke 24. Israel di tangga 27. Najib tentu suka dengan berita ini. Lihat Jadual 1.

JADUAL 1: MALAYSIA 2 TANGGA DI ATAS ISRAEL


 Hold it! Tunggu! Jangan bersorak dulu. Ini belum habis cerita. Jangan kutuk Yong dulu. Tengok pula Jadual 2:

JADUAL 2: MASALAH TIDAK CEKAP DAN KORUPSI
Dua masalah utama Malaysia:
  1. Ketidakcekapan birokrasi kerajaan
  2. Korupsi
Kedua masalah di atas amat menonjol berbanding dengan masalah lain. Tak hairan kita kalah bersaing dengan Singapura dan hanya menang dengan Israel.

Lihat pula Jadual 3 yang menunjukkkan keupayaan Malaysia menangani masalah jenayah dan keganasan yang menjejaskan perniagaan dan daya kompetitif global. Kedudukan Malaysia di tangga 75 menunjukkan kesan faktor ketidakcekapan yang serius. Ranking Israel di sini jauh lebih tinggi dari Malaysia di tangga 50. Ini menunjukkan kos jenayah dan keganasan di Malaysia yang aman ini terhadap perniagaan lebih teruk berbanding Israel yang selalu berperang itu.
JADUAL 3: TIDAK CEKAP MENANGANI JENAYAH DAN KEGANASAN

Jadi, tidak hairan jika Malaysia berada dalam rangking 103 dari segi budget balance. Israel pula di tangga 114 lebih teruk dari Malaysia. Lihat Jadual 4. 

JADUAL 4: DEFISIT MALAYSIA YANG TERUK

Masalah tidak efisyen dan korupsi itulah yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam budget balance jauh ditinggalkan oleh Singapura, yang berada di tangga 12 dan di tangga 2 bagi keseluruhan GCI.

Malaysia upah APCO kerana hendak belajar cara Yahudi menangani jenayah dan keganasan? Kalau tidak kenapa masih nak ikut nasihat APCO sedangkan Israel pun hampeh prestasinya?

Kumpulan yang dinamakan PEMANDU itu patut dipecat kerana gagal jadi pemandu buat Malaysia bersaing di dunia perniagaan.

ENDLESS POSSIBILITIES

BACA LAPORAN KESELURUHAN GCI DI SINI

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.