Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 10 November 2014

BENARKAH GAMBAR INI? - ADUHAI AGAMAKU!

Ada beberapa gambar tersebar di media sosial yang memalukan umat Islam. Antaranya:

SEORANG LELAKI SEPERTI MELAYU BERBARIS MEMBELI TOTO

WANITA BERTUDUNG DI KEDAI NOMBOR EKOR

KALAU DAH BERTUDUNG TU TENTU ISLAM KAN?

Dulu kita terbaca berita ini:

DAH BUAT TANGKAPAN, LEPAS TU BUAT APA?

Kini kita sedang buat ini:

DALAM ISLAM TIADA JUDI HALAL

Tapi, Malaysia kan ada "endless possibilities"? Gambar di atas hanyalah umat Islam yang sedang berjudi "halal" bukan judi "haram.'

"Halal" macam syarikat judi ini:

GENTING NI NIAGA APA?

Macam mana kita nak halang umat Islam dari terjebak dalam judi?

Gerabak keretapi hanya bergerak mengikut kepalanya...

Apalah sangat jika lelaki yang mengaku pondan boleh pakai pakaian perempuan sedangkan Islam  pun boleh jadi tokey judi, tanpa larangan.

Kasihan rakyat Malaysia.

7 comments:

  1. Terperasan pula ada nama seorang (Islam?) itu dlm posting di atas, dulu dia pernah kata dlm court tak pernah jumpa statement menyatakan judi itu haram dlm al-Quran. Habiiihtu, camno nak dibuekkan layi....dah jadi lombu konyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seniwoman

      Apa nak buat, dah tua pun tak faham-faham...

      Delete
  2. hentam yong, hentam lagi. kalau kepala menuju ke jamban, ekor tentulah akan ke jamban juga. kt shah alam, dulu mana ada rumah urut satu badan, kini hampir sama banyak dengan cendawan yang tumbuh lepas hujan. dunia politik ni dunia hipokrit dan munafik. depan publik islam, islam, islam. depan duit, aku punya, aku punya, aku punya. macam haram, ye tak yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin

      Rumah urut satu badan? Halal ke haram?

      Hahaha...Tu kena tanya MB baru.

      Delete
  3. Yong cuma pamerkan BOD Genting Bhd. Cuma semak betul2 tuan punya kasino dan waris2nya yang mendapat hasil dari kasino tersebut. Begitu juga Sports Toto. Dan jangan lupa cari siapa orang2 kuat kilang2 arak Guiness, Carlsberg dan yang tersohor Mangueil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Heheheh...Sumer orang tahu saper waris2 Genting tu...kilang arak dsb.

      Dah lama Yong tulis benda tu...Termasuk tokey bas Genting yang jatuh gaung dulu...

      Tunggu dekat PRU14 Yong buat siaran ulangan.

      Delete
  4. pakcik baju melayu tu nk tukar duit kecil utk bayar parking keta.

    makcik tudung biru tu ingat itu pejabat pos, so dia nk isi borang masuk duit tabung haji la.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.