Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 25 February 2015

AGAK-AGAK ADA TAK PERKHIDMATAN MENDANDAN JANGGUT DI RUMAH?

Hari ini media sosial heboh dengan berita yang amat menarik ini:

DARI UTUXXX

Dengan gembiranya akhbar itu bertarikh 23 Feb. 2015 menceritakan – Pas telah memulakan siasatan terhadap dakwaan dua pemimpin kanannya yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti, Dr. Mohd. Hatta Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, keterangan juga akan diambil daripada individu-individu yang membuat tuduhan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta.

Pendedahan tentang komplot terancang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.

Yong mengalu-alukan siasatan ini dijalankan. Biar terungkai semua isu. Biar kita tahu siapa pejuang dan siapa oportunis.

Jangan lupa siasatan sebelum itu:

SIASAT JUGA YANG CIRIT BIRIT MULUT INI (TMI)

Yong mengharapkan siasatan yang telus, walaupun Yong tak berapa nak percaya tentang tahap ketelusan siasatan terdahulu.

Ingat lagi kes Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin?

Entah bila siasatannya. Entah siapa pendakwa. Entah siapa pembela. Tiba-tiba jatuh hukum. 

Di media sosial penyokong-penyokong Mat Sabu dan Dr Hatta riuh rendah nampak perpecahan yang akan berlaku jika kedua tokoh tersebut dipecat dari PAS.

Akhbar lidah rasmi UMNO pula begitu ghairah menantikan saat pemimpin yang UMNO benci dan geruni dinyahkan dari PAS.

Nun di sebelah sana terpancar kilauan kemewahan luar biasa:

PAKAI HIJAB LAGI MURAH DAN MUDAH (TMI)

Lalu sudah ada suara yang terang-terang mahu membentuk kerajaan dengan pelanggan pendandan rambut kelas tinggi ini.

YANG INI NAK SIASAT KE TIDAK? (TMI)

Aduhai...
Jangan berlurah di balik pendakian.
Jangan tak nampak jerat serupa jerami di persinggahan.

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hehehe.... Gua tak nak guna istilah gulingkan Hadi Awang... walaupun gua tau badan dier "bulat".... hehehe.... gua nak guna istilah "tackle" Hadi Awang.... Hahaha

    Oh yer... kalo Yong nak tau... RM1200 tue bukan kos dandanan rambut.... tapi kos rambut palsu.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tackle tu bunyinya macam main rugby pulak...Hahaha..

      Err...maknanya RM1,200.00 tu belum masuk perkhidmatan mendandan?

      Isey, dah salah kira ni...

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Hahaha.... lebeyy kurang la macam main "kabadi" jer... hahaha

      Yup.... ader 3 kos... kos rambut palsu... kos cat... dan kos GST .... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++

      Setahu Yong, rambut palsu tu demer order dari overseas, mostly Indonesia. Penyelenggaraan tak tahu pulak. Mungkin ada yang local, ada yang dari New York ke, LA ke...

      Delete
    4. Assalamu. Logik jg dicaj mahal. Bukannya mudah nak mengangkut perkakasan mengaran rambut ni ( teringatkan istilah yg mak gunakan masa zaman muda dia dulu).......Jgn buat tiap minggu ke.... setahun dua kali pun dah jd RM2.4K....

      Delete
  2. Kalau pakai tudung tak kiralah atas sebab apa niat sekalipun, tak perlu panggil perkhidmatan dandanan rambut ke rumah. Sendiri yg gatal sendiri yg garu, pun boleh melatah?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.