Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 14 March 2015

FACEBOOKER MENGAKU PENYOKONG ULAMA MENAMBAH AYAT AL-QURAN, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA? (UPDATE)

نعوذ با لله من ذلك

Inikah akhlak orang yang katanya sedang mempertahankan kepimpinan ulamak?

Malam tadi seorang kawan menghantar Whatsapp kepada Yong. Kandungan Whatsapp itu membuat Yong menggeletar seluruh badan. 

Bukan. Whatsapp itu bukan ugutan kepada Yong. tetapi ia lebih dahsyat dari itu. Whatsapp itu mengandungi satu printscreen seperti berikut:

POSTING MENGUBAH SURAH AL-MAIDAH

Facebooker yang memakai nama Komander Abu Suffian (dipercayai akaun facebook palsu), telah menurunkan ayat tersebut bahasa Melayu. Kononnya ayat itu terjemahan dari surah Al-Maidah ayat 138 dan 139.

Pakcik Wiki pun tahu Surah Al-Maidah hanya ada 120 ayat.

Kenyataan tersebut bukan kesalahan typo. Tetapi jelas disengajakan untuk menakut-nakutken kumpulan yang mahu presiden PAS diganti.

Benarkah dia penyokong Kepimpinan Ulamak? Atau hanya seorang daripada ribuan "sleepers" yang bertaburan di dalam PAS untuk mengkucar-kacirkan parti itu?

Yong mohon kepada pemimpim-pemimpin PAS, khususnya Ahli Majlis Syura Ulama dan ustaz-ustaz yang sedang berebut jawatan, supaya membuat kenyataan rasmi menjauhkan diri dari gerombolan ini - gerombolan yang memakai topeng lebai, dengan profil wajah lebai atau tokoh ulama.

Tolonglah, demi terus memartabatkan Islam. Jauhkan diri kamu dari mereka.

Yong mohon kepada Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyiasat pemilik akaun facebook ini. 

Yong juga memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), kalau betul kamu berJASA, sila siasat pemilik akaun ini. Perbuatannya jelas boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Carian di Internet mendapati posting itu masih ada. Ini alamat akaun dia:

https://www.facebook.com/abu.suffianibrahim?fref=nf&pnref=story

PROFIL SEPERTI LEBAI

Yong menggeletar seluruh badan kerana amat takut kepada bala Allah. Bala yang akan menimpa umat Islam di Malaysia kerana buruknya akhlak orang yang mengaku pendukung ulama.

Jika para ulama membisu dan membutakan mata-hati terhadap perkara serius ini, apakah bezanya dengan mereka yang mempermainkan ayat-ayat Allah (SWT)?

UPDATE

Setelah dikutuk di dalam media sosial akhirnya mamat itu mengaku dia tersilap memetik ayat Al-Quran. Apa yang dia ingin paparkan ialah surah An-Nisa (138 dan 139):

SURAH AN-NISA (138 & 139)

Anggaplah ia satu peringatan dari Allah SWT agar kita tidak begitu pantas menggelar orang lain munafik.



7 comments:

  1. Asslammualaikum Yong,
    Peranggai, kelakuan dan perbuatan DAJJAL sebenar nya sudah lama bertapak di bumi tercinta ini. Yang mendukacitakan kerana kini klon klon DAJJAL sudah mula menyerap kedalam petubuhan yang konon nya untuk memertabatkan "SYIAR ISLAM". Klon klon ini mula menyeranggaikan taring nya setelah kembali nya allahyarham TGNA kepangkuan pencipta nya, juga penjelmaan Muktamar yang semakin hampir. Jangan lupa di muktamar yang lepas, 50 manusia klon klon DAJJAL meninggalkan dewan semasa saudara Mat Sabu menyambap kan amat nya. Tidak cukup dengan itu, si bapak klon DAJJAL pula membaca doa laknat untuk beliau. Kalau tidak di tanggani dengan segera dan cermat sudah pasti angka 50 itu akan membiak. Yang menokok tambah surah Al-Maidah itu hendak nya "BERBAHAGIA" lah kamu di sana nanti.
    Kepada para muktimiran saya berharap agar kamu memilih ketua ketua dari kalangan mereka yang benar benar ikhlas bukan yang kelihatan ikhlas. Juga jauhi dari memilih mereka yang masih terliur dengan UG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong percaya kepada majlis syura ulamak.. ahlinya dari golongan haram jadah.

      Delete
    2. Salam pengkomen semua

      Tolong jaga bahasa yer kalau komen. Kita tak suka orang maki kita, jadi kita pun jangan. Ok?

      Delete
    3. Salam Saadun

      Dia mengaku tersilap. Allah uji dia sikit kerana terlalu angkuh.

      Delete
  2. Bergopoh gapah ni ape ke he nye nampak bebeno ade tujuan cer pikior dulu ape nak buat,maleh le tu kan dah menyese.

    ReplyDelete
  3. Mengapa nak larang jawatan Presiden dari ditandingi?. Bukankah pertandingan tu sihat, kalau perwakilan suka TGHA, Insya Allah beliau kan menang. Kalau kalah bermakna perwakilan mahu beliau diganti untuk kebaikan masa depan Parti Pas. Jawatan Presiden bukan milik seumur Hidup, Islam tak pernah ajar macam tu. Geng ustaz kena belajar demokrasi sebenar, bukan meniru demokrasi ala Umno.

    ReplyDelete
  4. Bila Abu bakar As Siddiq dilantik jadi Kahalifah, beliau meminta orang ramai menegur jika beliau melakukan kesalahan. Tetapi Hj Hadi nampaknya lebih tinggi MAKSUMnya sehingga tidak boleh ditegur kerana sering ponteng mesyuarat, sering membelakangkan keputusan jemaah (AJK Pusat) dan sering menggelar rakan-rakan perjuangan dengan panggilan yang menghina..... nak dikatakan pengikut Hitler pakai serban dan kopiah putih ......

    Sementara penyokong tegar TOK GURU pula terlampau taksub sehingga sanggup memetik ayat-ayat suci yang salah tempat untuk mempertahankan boss. Macam Sdr Abdul Razak di atas cakap la...kenapa takut pertandingan jika maqam took guru begitu tinggi ...biarlah jika ada yang ingin bertanding menentang jawatan Presiden. Penyokong taksub tidak perlu berperangai syaitan Iblis sampai sanggup memukul pemimpin yang tidak sehaluan....

    Sebenarnya penjilat-penjilat tegar ini akan berubah pendirian dalam sekelip mata mata. Contohnya bila suatu masa dulu Hj Hadi bilang orang UMNO kapir, mereka turut menjulang beliau. Hari ini jika kita orang UMNO ibarat malaikat, mereka akan berpeluk cium pula. Esok jika Tok Guru kata China DAP adalah pejuang keadilan yang sebenar...nescaya berbondong-bondong mereka memuliakan rakan perjuangan tersebut. Akan dikeluarkan ayat-ayat tertentu serta hadith-hadith yang menjustifikasikan keperluan bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam.

    Sebenarnya Tun M, jika yang tinggal dalam UMNO hanyalah orang-orang bodoh, dalam PAS pun masih ada NGOks......

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.