Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 26 March 2015

SINAR SALAH PILIH AHLI PANEL DALAM FORUM "APA DI SEBALIK 1MDB?" (VIDEO MESTI TENGOK)

Yang belum tengok video ini sila tonton sekarang. Tonton dan nilaikan sendiri siapa yang cerdik, siapa yang emosi tak tentu hala?


Apabila peguam dan jurutera nak cakap pasal pengurusan kewangan dan perakaunan. Jadilah macam politik kedai kopi.

Yong amat setuju dengan saranan salah seorang pendengar forum ini yang meminta Sinar sepatutnya cari ahli panel yang setaraf Rafizi untuk bincang isu besar seperti 1MDB ini.

Jika Rafizi diajak berforum tentang undang-undang atau satelit GPS, tentu Rafizi tidak layak dan dia wajib menolaknya. Kalau dia datang juga, mungkin memalukan diri sendiri.

Tapi dalam forum tersebut, itulah yang berlaku.

Takkan dalam UMNO tiada orang yang pakar, usia sebaya Rafizi yang boleh berbincang dengan fakta tentang pengurusan kewangan dan perakaunan. Khairul Azwan Harun, Naib Ketua pemuda UMNO itu lebih baik sebab dia pun"tokoh" korporat muda dan pernah bekerja sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Mengapa? Adakah dia dilupakan atau takut debat?

Di kalangan ahli akademik, pastinya ada beratus-ratus scholars pakar pelaburan, pengurusan kewangan dan perakaunan yang boleh bercakap dengan fokus kepada impak pelaburan 1MDB terhadap ekonomi negara, tanpa bersikap partisan. 

Mungkin ramai ahli akademik yang takut muncul berdebat. Maklumlah, kalau mengkritik, kena senarai hitam, payah naik pangkat.

Oleh kerana itu, jika forum menjadi serangan peribadi Khairul Anwar Rahmat terhadap Rafizi; ini salah Sinar dalam memilih kualiti ahli panel yang patut berdebat dengan Rafizi.

Tak salah orang yang tidak pakar dalam ekonomi, pengurusan kewangan, pelaburan, maupun perakuanan nak cakap tentang 1MDB. Ustaz dan ulama pun boleh cakap. Pakcik dan makcik kat kampung pun bercakap juga. Tapi bercakap ikut standard maklumat yang dimiliki sajalah. Bukan standard orang yang ada ilmu pengurusan kewangan dan perakaunan serta berkemampuan mencerakin, menghurai masalah dan mencari penyelesaian.

Cuba baca body language (bahasa badan) berikut:

WAJAH AHLI PANEL PENYOKONG 1MDB BILA RAFIZI KATA MALAYSIA AKAN BANKRAP JIKA MASALAH 1MDB TIDAK DISELESAIKAN.

WAJAH PENYOKONG RAFIZI APABILA RAFIZI MEMBIDAS PENYOKONG 1MDB

Sila pergi ke link berikut dan baca sendiri berapa banyak "pujian" dari pengkomen terhadap Khairul Anwar Rahmat.


Apapun, tahniah Sinar Harian kerana berani mengadakan forum yang mengulas isu-isu utama negara.




5 comments:

  1. Sarkis dan alip ya min buaya, bagi KHAIRUL anwar ni. Xda kuality dr segala segi, munkin ini la sebabnya jho low senang tipu para baghal2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stupid lawyer who know nuts about accounting

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Aiya... Itu bekas CEO Maybank apersal takmo jadi panel... Ader takut ka?? Itu level Menteri tue... Hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. memang patut pun umgok ni melingkup... pemimpin dan wakil umgok jelas bonggok dan mangkuk... tak boleh berhujah nak hina pribadi org plak... bila kena tang batang hidung dia melaung2 pulak tu mcm org gila... tak ada maruah langsung...

    ReplyDelete
  4. Janganlah jadi orang yang takabbur yang tidak mahu menerima kebenaran. Nilailah fakta2 yang dikemukakan dengan membuka hati di dada bukan berhujjah dengan menghentam dan merendah-rendahkan peribadi rakan panel......Dahlah tak ada fakta, rakan panel juga dikutuk!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.