Demi jawatan, adab Islam hanya ditempelkan kepada yang mencabar jawatan sahaja. Hilang sudah budi bahasa dan keindahan Islam yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin dalam ceramah.
Maka ustaz-ustazpun sangat rajin mengingatkan kepada ahli jemaah kisah Abu Dzar.
Diriwayatkan, Nabi Muhammad (SAW) pernah menegurnya apabila dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?”
Diriwayatkan, Nabi Muhammad (SAW) pernah menegurnya apabila dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?”
Sabda Rasulullah (SAW)
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا
“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim).
Benar. Abu Dzar suhabat Rasulullah. Siapalah kita di zaman ini berbanding dengan Abu Dzar?
Tetapi wahai ustaz,
Kita sedang berhujah tentang tadbir-urus organisasi (pertubuhan dan negara). Kita bukan mempertikaikan ilmu ugama ustaz. Rasulullah tidak melantik Abu Dzar kerana soal kemampuan untuk mentadbir urus.
Benar. Seorang pemimpin harus memiliki bekalan iman dan taqwa.
Tetapi wahai ustaz,
Pemimpin juga wajar memiliki kemampuan untuk berfikir, membuat keputusan, merancang strategi, menguruskan kewangan, mengatur manusia dan macam-macam lagi kemahiran tadbir-urus negara.
Pemimpin professional dan ulama adalah saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Bukankah Mursyidul Am al-marhum Tuan Guru Nik Aziz pernah mengingatkan kita tentang resepi kekuatan ini?
Jadi, kenapa ustaz menekan golongan professional supaya tidak mencabar jawatan kepimpinan?
Oleh itu wahai ustaz,
Tetapi wahai ustaz,
Kita sedang berhujah tentang tadbir-urus organisasi (pertubuhan dan negara). Kita bukan mempertikaikan ilmu ugama ustaz. Rasulullah tidak melantik Abu Dzar kerana soal kemampuan untuk mentadbir urus.
Benar. Seorang pemimpin harus memiliki bekalan iman dan taqwa.
Tetapi wahai ustaz,
Pemimpin juga wajar memiliki kemampuan untuk berfikir, membuat keputusan, merancang strategi, menguruskan kewangan, mengatur manusia dan macam-macam lagi kemahiran tadbir-urus negara.
Pemimpin professional dan ulama adalah saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Bukankah Mursyidul Am al-marhum Tuan Guru Nik Aziz pernah mengingatkan kita tentang resepi kekuatan ini?
Jadi, kenapa ustaz menekan golongan professional supaya tidak mencabar jawatan kepimpinan?
Oleh itu wahai ustaz,
Jangan samakan golongan professional dengan Abu Dzar. Ingatlah, ustaz pun bukan Nabi.
Berhentilah memberi tekanan kepada orang yang ingin mencabarmu dengan menggunakan hadis itu!
KEMPEN PEMILIHAN YANG KOTOR (MSTAR) |
Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Terjemahannya:
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).
Mesyaurat tahunan PAS kawasan kini sedang giat berjalan. Kali ini kerana ada pemilihan maka terlihat lah "KE JIJIKAN" yang sedang di usahakan oleh kebanyakan kawasan, puak puak "USTAZ" di gambarkan sebagai maksun dan puak puak professional pula hendak lah di kekang kemaraan mereka kerana di anggap sebagai penghalang UG. Mereka seolah olah sudah melupai pesanan al-marhum TGNA bahawaPemimpin professional dan ulama adalah saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain.
ReplyDeleteJadi, kenapa ustaz yang tergila gila kan jawatan menekan golongan professional supaya tidak mencabar jawatan kepimpinan?
Di beberapa kawasan puak yang di kata kan professional sudah pun di kekang kemaraan mereka. Sebagai contoh, Ir Nizar dan Dr. Rani. Se seorang yang telah pun menyusah kan PAS di PRU 13 dahulu sudah pun di julang setinggi langit oleh para perwakilan di Subang.
Andai kata trend ini terus mengalir tanpa sekatan percaya lah bahawa PAS akan di landa musibah sepertimana yang berlaku di Kelantan pada akhir tahun 2014. Penyebab musibah itu pada awal nya tak mengaku. Setelah di bukti kan oleh Sang Nadim bahawa banyak bukit bukau telah "DI BOTAK" kan baru lah puak puak yang baru menikmati kuasa mengakui nya.
Andai kata UG ini berlaku sapertimana yang di sebut oleh Hasan Ali melalui video clip percaya lah singkatan UG itu bukan Unity Goverment tetapi Under Ground. Senang cakap puak puak UMNO-BARU akan menghambus mereka mereka yang "GILA" itu kedalam perut bumi. Ketika itu nanti baru lah puak puak yang "GILA" itu akan teringat bahawa janji janji "SYAITAN YANG DI KENALI" tidak boleh di pakai.
Sebelum terlambat hendak nya kan muncul Hang Nadim untuk menyelamatkan PAS walau pun akhir nya di bunuh.
Salam yong
ReplyDeleteDemer ni ulamak melayu yong..bkn ulamak ISLAM..kalo ulamak ISLAM mcm TGNA tu..ISLAM kn untk semua..slogan sendiri pun demer x paham..PAS FOR ALL tu kn utk semua umat manusia..tp bg golongan ug PAS FOR MALAY je..
Ilmu Islam mmg demer pandai yong tp bab ilmu2 dunia ni..blh kata kn tahap bengap..
Salam Yong,
ReplyDeleteNabi dah tak diutus. Yg ada hanya para imam saja, manusia biasa dan tidak maksum. Kalau yg dah rasa maksum mungkin imam syiah.
Nampaknya puak ni nk sisih golongan pro maka matlamat menghalalkan cara. Jauh benar dr politik Islam yg dilaungkan.
DeeDee Yong.
ReplyDeleteDiorang nak juga pasai peluang untuk dapat kerusi PRU aderlah tinggi. Nanti ader chan dapat elaun YB. Elaun beribu tue.. Boleh beli keter baru MPV.
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot,
Biarlah mereka nak jawatan tu, kalangan progressif dan professional perlu menilai semula kedudukan dalam jemaah ini dan perlukan satu perjuangan baru yg terus berjuang seperti Almarhum Datuk Fathil Noor dengan parti siasah yang baru PAS FOR ALL.
ReplyDeleteNakhoda yg penuh dgn ilmu pun anat lemah dlm membuat keputusan, apa lagi dgn ustaz-ustaz.
ReplyDeleteParti akn undur ke belakang bila puak GU memenuhi jawatan parti!!