Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 6 December 2012

CHEDET KATA PILIH SIAPA SAJA WALAUPUN MATA SEPET DAN HIDUNG PENYEK, NAJIB KALAH TAKPA!

TERUK LE KALAU YANG HIDUNG PENYEK, MATA SEPET DAN KEROJE MENYONDOL JER DISOKONG JADI YB

Komer jangan hot pulak. Ini Chedet yang cakap. Dia kata gitu kat pakcik dan makcik Felda! Najib menang pun tak guna katanya! Yob, Yong jangan komer tak percaya (Yong letak dalam kurungan kenyataan Chedet!)

Huhuhu...Agak-agak komer ler...Agak-agak apa yang dimaksudkan Chedet? Adakah ini maknanya Chedet sokong Najib sampai ke hujung hayat? Ha Ha Ha...Habihle Najib.

SILA PERHATI BETUI-BETUI APA YANG TERSIRAT!

Oleh kerana ameno kena menang banyok kalau nak berkuasa...oleh kerana nak menang banyok tu mustahil, maka komer yang masih dok berangan nak dapat lagi mandat memerintah, STOP! Toksah nak mimpi!

Yang masih ada keinsafan, jom berhijrah! Moh pindah naik kapal Pakatan Rakyat nih. Toksah ditunggu kapal yang nak karam!

Alahai...! Chedet ingat mentaliti rakyat Malaysia masih berada di zaman dia mula-mula menceburkan diri dalam politik. Masa tu letak batang pisang pun, asal ameno, tetap boleh menang dalam piliharaya. Tetapi, apo nak di kato. Compodak menjadi nangko. Segala peluang yang diberi telah dipersio. Sekarang tolo pun tak ado.

Tiada lagi maaf bagimu, penyamun!

Takpe le Chedet. Cakap lagi banyok-banyok. Semakin banyok cakap, semakin banyok tersasul. Heheheh!


6 comments:

  1. Biarpun calon BN tu xde caliber sekalipun kena undi? Walaupun calon PR lebih educated & bagus dia xbagi rakyat undi?
    Nampak sangat ada rahsia corruption dia nk sembunyikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Didi Butter

      Memang demer takut PR menang kerana takut kejahatan terdedah. PR harus ambil pengajaran agar tidak berbuat jahat selepas menang.

      Delete
  2. Kak Yong, cuba teka siapa orang pertama sekali cabut lari dari Malaysia bila BN kalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Razid

      Kat Dunia ni bolehle demer lari. Tapi kat akhirat nak lari kemana?

      Delete
  3. Sometimes, saya curious giler ni Tun M betui ka IQ dia ni tinggi.. pasal statement dia cam bangan& aje... mmm. Atau IQ dia memang tinggi pasai dia memang living proof of such a legendary liar. Auta pandai tambahan bila ayat audien Melayu 'hutan' - peneroka, pendalaman, rural people!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Orang yang IQ tinggi tak semestinya baik. IQ tinggi kurnia dari Allah. Macam yahudi tu. Demer diketahui ramai yang IQ tinggi. Tapi ramai dari kalangan demer jadi zionist dan berbuat dusta serta kezaliman dalam dunia ini.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.