1 hr ·
Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.
Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.
Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.
Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.
Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.
Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.
Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.
Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.
Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat
Mazlan Aliman
Terasa amat sedih apabila membaca status Mazlan Aliman dalam Facebooknya.
Orang yang banyak jasa dipinggirkan. Dipakaikan dengan gelaran yang menjelekkan. Difinah dengan berbagai-bagai cerita rekaan.
Adakah budak-budak yang ramai datang dari Timur Tengah itu pernah merasai kesukarannya membina sebuah organisasi?
Adakah mereka tahu bagaimana hendak bermula dari hampir kosong menjadi sebuah jemaah yang digeruni musuh?
Budak-budak itu juga berkeliaran di dalam media sosial, bersama tulisan yang berhamburan dengan maki-hamun dan berbagai-bagai istilah yang dicipta untuk menghina pemimpin dan penyokong yang tidak setuju dengan mereka.
Budak-budak itu juga berkeliaran di dalam media sosial, bersama tulisan yang berhamburan dengan maki-hamun dan berbagai-bagai istilah yang dicipta untuk menghina pemimpin dan penyokong yang tidak setuju dengan mereka.
Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC atau menjadi anak/menantu sang ketua.
Semoga nama-nama yang disebut oleh Mazlan Aliman dalam tulisannya, dan dia sendiri sentiasa tabah yang istiqomah dalam perjuangan.
Sekadar ingatan untuk diri sendiri:
Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:
“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.
Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalamm surah Al-Hujurat, ayat 18:
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Terjemahannya:
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).
Sedih baca tulisan Sdr Mazlan Aliman...terfikir-fikir kenapa yg menganggap diri mereka berilmu (budak-budak balik dari Timur Tebgah)..menjadi sebegitu riak..bermulut jahat ....sedangkan yang lain bertungkus lumus dari bawah.
ReplyDeleteSalam Amy
DeleteJawapannya - budak2 tu tidak pernah merasai kesukaran berjuang.
masa saya kecik...40 taun dulu...ramai budak bengap ayah hantar sekolah arab (bukan semua masok sek arab tu bengep) sbb pening pala masok sek duniawi.
DeleteTsk tau pulak adat ni masih berterusan sampai la ni. Tapi saya tertarik dgn penambahan gelaran ala ulamak besar...cthnyo Tantawi...Jemabi...TaHarakiri...berapa darjat naik mertabat bila ada ekor blakang nama tu ye.
Tapi bingai ialah penyakit hati yg sukar diubati....meninggalnya TGNA....eclipsenya PAS...
baibai PAS
Assalamualaikum
ReplyDeleteOrang lain yang bersusah payah mengupas kulit, orang lain pula yang tak tahu malu dengan senang-senang sahaja datang nak makan isi. Sudahlah begitu, dikutuknya pula orang yang mengupas kulit tersebut.
Selayak nya mereka yang memperjuangkan ISLAM, walau pun berkelulusan dari Timur Tengah atau Mesir yang "BANGGA" dengan title OSTAZ contohi lah saudara Mazlan yang kerap di cerca setiap kali mengada kan program "ANAK". Ada kah para OSTAZ yang mengharapkan jawatan ini terkesan dengan kesukaran yang di hadapi oleh saudara Mazlan dan mereka yang di namakan. Lupa kah mereka bahawa jawatan itu bukan di "TAGIH" tetapi di kurniakan. Tak baca Al-Qur'an ke? Di baca atu pun sudal terlupa akan maksud nya. Dalam parti PAS melalui pilihan dua tahun sekali. Ini belum apa apa lagi kebanyakan mereka sudah berebut rebut dengan melupai bahawa kebanyakan mereka belum ada "KEBOLEHAN" serta di uji saperti mana saudara Mat Sabu dan yang gigih berjuang.
DeleteDi harap kan pada pemilihan kali ini para muktamirin hendak lah melaku kan solat sunat istirah sebelum melangkah ke dewan Muktamar nanti.
Bahagian bahagian yang sudah melakukan maysaurat pula kebanyakan keputusan nya agak mengeliru kan. Contoh di Subang. Manusia yang pernah membuat onar di PRU yang lepas boleh menang. Mungkin di kala itu para pemilih tertelan pil kuda sehingga terlupa apa yang berlaku di Kota Damansara dan Semenyih.
Walau pun sudah bergelar Y.B, saudara Salehuddin Ayub pula akan hanya menguna kan Bas sebagai jentera perjalanan nya. Walau pun dia tidak bergelar OSTAZ tidak kah tindakan sedemikian di anggap mulia.
PAS akan terus berjalan di landasan yang benar sekira nya pemilihan kali ini tidak di cemari oleh anasir anasir DAJJAL
Salam Saadun dan Ahmad Salleh
DeleteBeberapa orang ustaz pernah kata pada Yong. Semakin besar serban (semakin tinggi status ilmu keulamaan) seseorang, semakin besar pangkat syaitan yang dihantar untuk menggoda.
Kata mereka, kalau orang biasa iblis hantar yang cekai2 saja, paling tinggipun mungkin leftenan, bagi sang murabi,mungkin general atau laksamana.
Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.
Wala' itu lebih penting bg UG skrg ni..hanya ulamak je yg blh bwk sekalian manusia ke sorga..selain dr ulamak kirim salam je lah..
ReplyDeleteIni lah golongan2 yg tdk mngguna kn akal kurnian Allah sebaik mungkin..
DeeDee Yong...
ReplyDeleteYang buat taik dalam PAS la nih bukan orang yang dah masuk dalam PAS lama dulu... tapi yang baru masuk sehari dua.... tue yang jadi masalah tue...
El Haraki, Keli Laut, Tuk Usin Ceroi, Komander Abu Suffian, Albangi Di Kuching dan ramai lagi semua tue baru masuk PAS (kalo betul masuk PAS la) tak sampai pon puluhan tahun....
Lagi mau sembang deras.....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteAda juga yang baru masuk PAS tapi ikhlas. Geng ini merosakkan image mereka yang baru memasukki jemaah.
Bukan itu saja, mereka memalukan Islam dan menjauhkan bukan Islam kepada keindahan Islam.
pada saya depa ni semua anjing dan keldai.
ReplyDeletehttp://www.kedahlanie.info/2015/04/awas-jangan-jadi-ulamak-anjing.html
Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.
ReplyDeleteKeluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.
Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.
Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.
Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi
TULANG BESI
Suatu hari nanti sejarah akan melakarkan episod sedih ini. Haji Hadi akan dikenang sebagai Presiden yang membiarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan jemaah PAS berlaku dan membawa kepada kejatuhan parti tersebut. PAS tak mungkin berkubur tetapi apalah makna nya jika hidup seperti melukut di tepi gantang. Para pendokong Presiden mungkin berhujah "...tidak apa asalkan mendapat keredaan Allah". Soalnya betulkah Allah redha melihat perlakuan yang ditunjukkan juak-juak Hadi sekarang ini.
ReplyDeleteSaya kira Haji Hadi sedang melakukan "cleansing act" yakni usaha membersihkan kumpulan yang menggugat kuasa beliau dari memegang kuasa. Golongan anak muda yang berkelulusan Timur Tengah berasa tergugat dengan kehadiran kumpulan cerdik pandai yang tidak berlatarkan bahasa Arab yang amat berpengaruh disenangi oleh majoriti ahli-ahli parti dan juga disanjungi oleh orang-orang bukan Islam. Jika dibiaerakan "natural process" golongan ustaz-ustaz ini akan dipinggirkan. Oleh itu kumpulan ini menjadi "desperate" dan melakukan kerja-kerja yang tidak masuk akal serta melanggar etika seorang Muslim.
Walaupun golongan pemimpin alaf baru ini ti9dak berkelulusan sekolah Arab, ternyata budi pekerti mereka serta ketaatan kepada Allah lebih mulia dari El Haraki, Al Takiri, Al Ayami, Dr Zuhdi, Hassan Ali dll. Mereka cuma tidak berserban dan berkopiah putih. Ada ke ayat yang menyatakan bahawa keimanan seseorang terletak kepada besarnya saiz serban mereka serta labuhnya jubah yang dipakai. Apalah gunanya serban sebesar bakul dan jubah meleret jika jika kerjanya berdemonstrasi mencaci pemimpin sendiri, membakar kereta orang, memukul orang balik dari solat subuh atau mencetak risalah memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin yang tidak disenangi.
Saya harap golongan yang terlalu mengampu Presiden dan gila kuasa ini mempunyai sedikit rasa keinsafan serta belajar menghormati serta menghargai jasa orang-orang lama di dalam PAS yang terlalu banyak berkorban untuk parti. Walaupun kamu dari kem yang lain, mereka ini lebih sayangkan PAS dari kamu.
Hadi tolong berundur
ReplyDeleteKenyataan Sdr Kamal Koh 21/3/15:
ReplyDeleteRamai kawan Cina minta saya komen tentang hudud pas Kelantan, selepas beberapa hari mengelak, maka hari ini saya umumkan pendapat saya.
pas korbankan yang utama untuk mengejar yang bukan utama! akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran!
Jika para ulama dan ustaz ustazah pas terus berpolitik bermodalkan hudud, maka saya tidak Nampak masa depan parti ini!
pas is finished in the eyes of Chinese voters especially those from Chinese education stream!
All the efforts done from formation of CCC unto PR become vain to change the negative impression about pas ulama!
PAS FOR ALL DALAM KENANGAN! tiada lagi bukan melayu yang akan memegang lambang pas selepas ini.