Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 14 September 2015

APAKAH SALAH TAYAR KERETA KHALID SAMAD?

Bila ada 2 pihak bertelagah, pasti ada pihak yang jadi batu apinya, contohnya kejadian semalam di Seksyen 9. Tayar kereta YB Khalid Samad ditusuk dan ditoreh (Lihat gambar).




SUMBER

Jangan melompat untuk menuduh sesiapa.
Jangan juga menuduh Khalid Samad menusuk dan menoreh tayar keretanya sendiri.

Macam kes terdahulu.

Kereta Dr Hatta cuba dibakar.
Dr Dzulkifli dipukul di perkarangan masjib di waktu subuh.
Semuanya kunun dilakukan sendiri.

Mohon para pejuang bersabar.

Dendam kepada pemilik, tayar jadi mangsa. Tayar yang masih elok dirosakkan tidak boleh digunakan lagi. Barang yang elok tapi tidak digunakan maknanya pembaziran. Membazir itu kerja iblis. 

Negara sudah 58 tahun merdeka. Berpolitiklah secara matang.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa si pelaku ini.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).


6 comments:

  1. Yang sebelah sana tu politik mereka politik kekerasan dan keganasan, kerana penyokong mereka dipelihara utk bertindak begitu!!

    ReplyDelete
  2. ...politik kekerasa dan keganasan,,, dan membakar patung!!

    ReplyDelete
  3. Perpecahan PAS mengundang ekstremis Melayu mengambil kesempatan contohnya mereka menyalahkan DAP atas perpecahan ini...anda boleh dengar kebanyakan nada ustaz2 ektremis Melayu atas pagar kononnya penyokong PAS berceramah tanpa berselindung menghentam DAP di samping hentam juga AMANAH (GHB).

    ReplyDelete
  4. Lepas ni elok kita mewarnakan dua buah kereta.... satu sebagai BERSIH , satu lagi sebagai KEBANGKITAN MELAYU BERSATU.

    Sediakan cdrc dan kita saksikan penyokong pihak manakah yang BANGANG....
    KANTOI KAN DAN HEBAHKAN....

    TAPI....BELUM BUAT PROJEK NI PUN KITA DAH BOLEH AGAK HASIL NYE....

    ReplyDelete
  5. Jika Pas dan Umno tidak jadi bergabung, Dr Zuhdi and the geng tentu naik angin..

    Kalau Pas hendak bertahan lama..janganlah jadi sombong, pi lah berjumpa dgn Dap dan Amanah minta maaf dan ampun. Perkukuhkan Pakatan Rakyat 2.0 menumbangkan Umno/BN.

    Kalau masih berdegil..biarlah anjing menyalak, kabilah tetap akan berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaalah PAS zekarang hanya satu iaitu HH dan dalang dibelakang HH. Ini masaalah PAS. PAS bukan HH dan HH bukan PAS. Nika pemimpin2 PAS lain paham mereka akan buat sesuatu untuk neutralise kuasa HH yang tkde had sekarang demi kebaikan PAS.

      Pemimpin2 ini dipilih untuk memimpin PAS bukan untuk menjadi barua HH. Jika mereka gagal neutralise HH, mereka boleh dikatakan mahu menghancurkan PAS.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.