Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 1 September 2015

EHEM! ISU USUNG BENDERA TERBALIK DAN CARA YANG BETUL (VIDEO) (UPDATE)

Upacara Hari Kemerdekaan telah berlalu.

Tiba-tiba timbul isu bendera Jalur Gemilang diusung secara terbalik.

BENDERA DIUSUNG TERBALIK

Terdapat komen dan penjelasannaya kenapa bendera Malaysia diusung secara terbalik di the hypemedia:

Inilah Punca Sebenar Kenapa Bendera Malaysia Diusung Secara 'Terbalik'

Gambar jalur gemilang yang dirakam dari udara diarak secara terbalik semasa perarakan Hari Kebangsaan pagi tadi menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

"Masaklah siapa yang bertanggungjawab. Confirm pegawai yang bertanggungjawab akan ditukarkan dalam masa 24 jam," kata netizen.

Namun, melalui penjelasan dari laman Jabatan Penerangan pula menjelaskan sebab sebenar bendera Malaysia diarak secara 'terbalik' itu.

"Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.

"Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan,".

Jadi, tiada isu yang timbul dari gambar-gambar yang tersebar. Hanya segelintir daripada kita yang tidak mengetahui langkah-langkah mengusung bendera Malaysia. 

Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

Ehem! 

Adakah itu cara mengusung bendera Malaysia yang betul? Mesti usung terbalik? Tidak adakah cara yang tidak terbalik?

Cuba perhatikan ini cara mengusung bendera Malaysia semasa perayaan kemerdekaan 54 di negeri Pahang:

PERHATIKAN DI MANA LETAKNAYA SUDUT BINTANG

INILAH CARA YANG TIDAK TERBALIK

Edit? Fitnah?

Jangan melatah! 

Saksikan video berikut untuk melihat cara mengusung bendera Malaysia dengan betul:


Kalau ikut cara yang dilakukan di Negeri Pahang itu, bendera yang diusung sama ada dilihat dari udara atau darat tetap tidak terbalik.

Hok-aloh! Rupanya selama ini bendera Malaysia telah diarak terbalik. Alasannya? Sila baca penjelasan seorang pengunjung blog ini.

Patutlah suasana politik negara kita tunggang-terbalik.

6 comments:

  1. Itu alamatnya malaysia dah nak terbalik cik yong

    ReplyDelete
  2. Salam Yong

    Hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yg ada. Perarakan bendera pada 31 Ogos yg lepas adalah tidak salah. Ini kerana yg mengambil tabik hormat adakah DYMM SPB YDP Agong. Oleh itu kepala bendera hendaklah di bahagian depan dan bulan bintang di atas. Oleh kerana perarakan adalah daripada arah kiri ke kanan Agong, maka kedudukan bendera nampak sedemikian. Protokol nya tetap sama, kepala bergerak dahulu dan bulan bintang di atas.

    Bagi acara menaikan bendera di Pahang (seperti yg dinyatakan), pergerakan bendera adalah daripada kanan ke kiri VIP. Lihat kedudukan ketua pergerakan. Oleh itu nampak kedudukan bendera itu sempurna.

    Hanya berkongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Daud

      Terima kasih kerana pencerahan ini.

      Delete
  3. Entah apa masalahnya, saya tiap2 tahun tengok perarakan merdeka kat tv biasa je

    ReplyDelete
  4. Lantak kou orang la nak usung bendera tebalik ka tunggang langgang ka...kau orang yang berkuasa....tak le sampai menjejaskan kehidupan rakyat setakat cara-cara usung bendera tu...tapi kalau balun berbilion-bilion masuk akaun pribadi, awak tanya petani di pendalaman Zimbabwe atau pun mana-mana homeless person kat kota New York, awak akan mendapat jawapan yang sama...bahawa itu kerja malaun penyangak yang tidak punya maruah, tidak beretika dan tiada bertanggung jawab. Jika rakyat tegur, bukan rakyat yang tiada semangat patriotik tetapi sebaliknya LAHANAT yang mencuri duit dan tedarah rasuah adalah tidak patriotik dan tak punya harga diri.....

    ReplyDelete
  5. Setuju Sdr Asrul Sani. Kalau ambil harta kerajaan walaupun 10 sen, itu tidak amanah. Tidak ada harga diri dan merosakan negara. Ianya adalah zalim dan perbuatan yang dilaknati Allah S.W.T
    Cuba isu bendera ini Kim Hyo Ki, ianya amat sensitif kepada tentera kerana ianya adalah simbol negara dan tentera sanggup mati kerana pertahankan bendera tersebut drpd dihina..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.