Mengapa Najib puji Hadi?
- Kerana Hadi menyokong PM yang serabut dengan skandal 1MDB?
- Kerana Hadi berjaya menghalau semua pemimpin yang bersungguh menentang UMNO, keluar dari PAS?
Selepas PAS Kuala Terengganu putus hubungan dengan kerabat, Tengku Paduka keluar parti
OLEH ZULKIFLI SULONG
Published: 3 August 2015 6:11 PM
PENGUMUMAN KELUAR PARTI (TMI)
Berikutan tindakan PAS Kuala Terengganu menamatkan hubungan dengan ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja negeri itu, Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail mengambil tindakan meninggalkan parti itu hari ini.
Pengumuman keluar PAS oleh Raja Ibrahim yang juga bekas pengerusi Semangat 46 Terengganu itu dibuat pada satu sidang media khas di kediamannya pagi ini.
Ia merupakan satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini berbangga dengan penyertaan bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ke dalam PAS menjelang pilihan raya umum 2013 lalu.
Usaha PAS Kuala Terengganu melalui yang dipertuanya Wan Sukairi Wan Abdullah yang datang memujuk beliau agar tidak keluar, sebelum pengumuman itu dibuat, gagal.
"Saya rasa pucuk pimpinan PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar lalu," kata Raja Ibrahim pada sidang medianya merujuk muktamar tahunan PAS ke-61 awal Jun lalu.
Raja Kamarul Bahrin, seorang arkitek terkenal di Kuala Terengganu, adalah juga salah seorang dari keluarga diraja Terengganu yang bertanding atas tiket PAS buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, tulisan seorang pemimpin PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, melalui laman Facebook yang memberi amaran agar jangan diadakan program Gerakan Harapan Baru (GHB) di Besut 31 Julai lepas, juga menjadi antara punca kenapa Raja Ibrahim bertindak sedemikian hari ini ini.
Dalam posting Facebook itu, Dr Azman menulis, Besut adalah negeri “republik” dan meminta semua pihak berhati-hari apabila membuat program di sana kerana dikhuatiri akan "bertelur di atas dahi."
Ia dipercayai menimbulkan rasa tidak puas hati kerabat diraja Terengganu itu dan Raja Kamarul Bahrin sendiri.
Dr Azman ketika dihubungi berkata, beliau bergurau sahaja ketika menulis status itu dan tidak berniat mengugut sesiapa tetapi sekadar menceritakan sikap orang Besut sahaja.
Raja Kamarul Bahrin ketika bercakap dengan The Malaysian Insider memaklumkan, budaya politik PAS di Terengganu yang tidak pandai berkawan dan "keras dalam perhubungan" akan menyebabkan PAS tidak akan berkembang.
Beliau yang masih sedih dengan tindakan PAS Kuala Terengganu memutuskan hubungan dengannya berkata, beliau belum lagi menerima pelantikan sebagai penyelaras GHB Terengganu, namun tindakan sudah diambil.
"Namun dengan tindakan ini, ia memaksa saya untuk bersama mereka dan saya akan membuat yang terbaik untuk GHB.
"Walaupun berat hati untuk menerimanya kerana ada orang lain yang lebih baik, saya akan berbuat dengan sepenuh hati," katanya yang kini diboikot PAS ekoran pengumuman yang dibuat GHB dalam majlis di Besut hujung bulan lalu itu.
Raja Kamarul Bahrin berkata, antara majlis yang cuba diboikot PAS adalah majlis sambutan Hari Raya beliau bersama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok baru-baru ini.
"Namun, Alhamdulillah sambutan sangat memuaskan dari orang ramai.
"Kami sedia makanan untuk 4,000 orang namun majlis yang bermula jam 11 pagi kehabisan makanan pada jam 12.15 tengahari dan terpaksa ditambah kerana orang yang sangat ramai hadir," kata beliau. – 3 Ogos, 2015.
********************
Selalunya pujian akan diterima dengan rasa kesyukuran. Ada juga yang merasa bangga. Tetapi bukan pujian Najib terhadap Haji Hadi. Pujian ini tidak dikehendaki. Ia hanya psy-war (perang psikologi) terhadap PAS. Ibarat mencurah garam kepada luka.
APA DI SEBALIK PUJIAN? (MALAYSIAKINI) |
Tiada ahli PAS yang gembira melihat PAS berpecahbelah.
Seorang pemimpin PAS di peringkat kawasan berkata:
"Mengapa tiada pemimpin PAS yang memujuk kumpulan G18 supaya duduk berbincang baik-baik? Mengapa setelah retak menjadi belah baru ajak kembali bertaut?"
Mengapa fitnah dibiarkan berterusan setelah menang?
FITNAH YANG TIADA KESUDAHAN |
Ustaz Ahmad Awang seorang ulama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, tetapi sumbangannya tidak dihargai oleh mereka yang mengaku penyokong kepimpinan ulama.
Yang bernama UKHUWAH itu kemana perginya?
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteMaka semaking bertambahlah bilangang individu yang tidak mahu ditemui dalam persidangan parlimeng. Kena ponteng sokmo napok gayo deh!
Waalaikum salam ahmad salleh,
DeleteHalal ke elaun tu kalau semedang ponteng jer?
Yong ,jangan heran,diatas dunia lagi kita dapat lihat dimana ada ulamak mendapat penghinaaan dari oarang ramai ,mereka berpakaian seperti orang berilmu islam tetapi cara percakapan,cara bergaul dengan kawan cara gunakan bahasa kesat,cara tidak amanah tentang tugas ,sekarang sudah terpalit pada dirinya,Cuma saya katakan Allah telah pelihara maruah TGNA sahaj sebab beliau adalah seorang ulamak muktabar yang tahu serba serbi. ,
ReplyDeleteSalam fazury
DeleteItupun ada pemimpin PAS yang memfitnah TGNA setelah dia meninggal dunia.
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Mengapa setelah di tendang keluar kini PAS Kuala Terengganu di katakan sedang menujuk Raja Kamarul Bahrin yang berpehak kepada HARAPAN BARU agar kembali ke pangkuan PAS?
ReplyDeleteEkoran dari tindakan Raja Kamarul Bahrin lini seorang kerabat diraja negeri itu, Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail mengambil tindakan meninggalkan parti itu hari ini.
Bukan kah PAS merasa bangga setelah mereka yang tak berserban dan berjubah mampu mereka nyah kan walau pun sebelum ini mereka banyak berjasa kepada parti. Tidak saperti lebai lebai yang baru menyertai PAS. Tanpa mereka bukan kan menyenangkan puak puak serban dan jubah ini berbincang dengan Najib. Raja Nong Chik mengaku bahawa mereka sudah berbincang sebanyak tiga kali. Terus kan lah usaha "MURNI" itu kerana PAS berjuang bukan untuk menang tetapi mencari redha ALLAH. Mungkin bersama dengan parti yang penuh dengan kedurjanaan itu merupa kan reda ALLAH mengikut tafsiran para lebai malang ini.
Lain kali sebelum menerima satu satu usul elok lah di fikir kan dulu apa implikasi nya. Lebai Mokhtar Senik, apa khabar? Mungkin sedang memikir kan ghanimah agak nya.
Salam Saadun
DeleteSepatutnya pemimpin yang menang cai ini gembira kerana orang yang demer benci sudah diterajang keluar.
Tapi demer masih meroyan sebab yang kena terajang tak ingin menjadi khadam kepada golongan cai ini.
Tell me? Who is stupid enough to be a slave for anyone of them - Hadi, TITM, Nik Amar, Nasrudin Hassan, Iskandar Samad, Mokhtar Senik, Dr Zuhdi, Sanusi. Norazli Musa, Nik Abduh and the like.
Salam yong.. memang kami gembira..Nak keluar silakan.. tak payah nak salahkan PAS yg mana 80 peratus akar umbinya sudah pun menolak kamu.. Sampai saat ini tak pernah walau sekalipun DAP dipersalahkan.. Maka memang saya benar2 menyokong agar G18 dan Pasma lenyap dari PAS.. Kini sy rasa sgt bertuah serta bersemangat baru.. Selamat jalan GHB... Tak payah nak harapkan kepimipinan baru nak pujuk2.. kami di akar umbi sendiri pun tak hingin..
DeleteWan Rosli,
DeleteIni kali terakhir Yong balas statement tengin kamu. Berikut petikan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden kamu:
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus berharap agar pemimpin parti itu yang berhasrat bergerak bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) membatalkan hasrat mereka dan terus kekal bersama parti Islam itu.
Tuan Ibrahim berkata, sebarang perpecahan tidak menguntungkan PAS mahupun GHB apabila ia bergerak sebagai sebuah parti kelak.
Sebaliknya kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa akibat perpecahan itu.
"Lebih kecil kita berpecah, lebih besar peluang Umno memerintah," katanya pada sidang media pada rumah terbuka Aidilfitri PAS di Gombak, petang ini.
GHB kini bergerak sebagai satu ikatan melibatkan pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pada muktamar lalu tetapi popular dalam politik nasional dan dilihat progresif serta pro-Pakatan Rakyat.
GHB kini dalam proses mendaftarkan diri sebagai satu parti dan akan mengumumkan penubuhannya dalam bulan September.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tuan-ibrahim-gesa-ghb-kekal-bersama-pas-halang-bn-berkuasa
Takebeer!! Allahuakbar
ReplyDeleteMohon sesiapa yg dah beli Us dollar mingu lepas dan dah buat untung (hari ni 3.864) boleh lah derma kepada bloger pakatan 2.0
P.s ( apa pun target seterusnya 4.80 ),biar negara jahanam jgn diri kita jahanam. Dalam jahanam ada us dollar nk bg makan anak bini
Takbir!
P.s projek di bangsat dgn 1mdb jadi ker??? Oooi untung 1b oooi tahniah haram djin.!
Salam Malaysiabaru
DeleteBersemangat miker!
Takdir!
Maaf.. tak nampak apa kesilapan kepimpinan PAS.. yg hanya nampak terkini ialah 'sokongan membawa rebah' oleh TGHH dan TGHD kpd UMNO berjaya melemahkan lagi UMNO.. suatu bacaan politik yg cukup tinggi..
ReplyDeleteBerbanding puak pembangkang lain yg pada awalnya hanya nak jatuhkan najib seorang.. Kalau itu berlaku, pastinya kini Muhyiddin sudah pun mengambilalih UMNO.. Lalu dikembalikanlah kekuatan UMNO di kala posisi puak pembangkang pula yg semakin lemah... kecuali PAS!
Agak2 siapa punya bacaan politik yg lebih bijak? Pakatan 2.0 atau PAS??
Wan Rosli,
DeleteYong pun minta maaf juga.
Bukan apa-apa. Bila baca komen kamu ni terbayang Yong menteri CGPA 3.85 tu bila dia buka mulut.
Maaf...HAHAHAHAHA!
wan rosli sepatutnya menukarkan nama kepada WANG ROS.......ma h,baru akalnya berfungsi seperti biasa,ini masih mamai pil kudanya.
DeleteYong dan fazurybeuteq !
DeleteTiada fakta ke utk menafikah hujah2 saya tuh..
Sekurang2nya jawab soalan saya siapa yg lebih bijak.. then boleh saya tambah hujah saya lagi..
Apakah ramalan itu tuntutan Islam? Jawapan untuk soalan di atas ialah PAS sekarang dinakhodai oleh 2 golongan yang mana TGHH dan TITM kerana kenyataan kedua-duanya bercanggah. Fakta yang ingin dikemukakan jelas bahawa kekuatan PAS sendiri dalam keadaan tidak menentu kerana sekarang PAS berhadapan GHB yang juga kebanyakkannya dari ahli-ahli PAS sendiri. Mungkin selepas tertubuhnya satu lagi parti berasaskan Islam PAS akan faham maksud kekuatan. Bijak atau tidak bijak bergantung kepada perancangan dan gerak kerja bukan sekadar mengeluarkan kenyataan. Lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan amat bercelaru, contohnya musuh PAS adalah BN tetapi dalam masa yang sama Presiden PAS mengeluarkan kenyataan menyokong Pengerusi BN. Adakah bijak seseorang pemimpin itu bila gagal mengawal perpecahan dalam partinya sendiri? Adakah dianggap bijak seseorang pemimpin itu apabila menggunakan kata-kata nista dan fitnah untuk menjatuhkan kelompok yang tidak bersama dengannya? Mungkin ada golongan yang terlalu taksub kepada batang tubuh pemimpin sanggup menerima apa jua yang dilakukan. Semoga Allah akan kurniakan kebenaran dan keinsafan kepad kita.
DeleteSalam Yong
ReplyDeleteSahabat kita yg telah lama bersusah payah bersama dibenci, dikutuk malah dihalau tapi musuh kita yg melanun, menipu, mencuri tiba2 jadi sahabat yg perlu dipertahankan. Kalau hati kita suci bersih sanggup menerima musuh yg sangat zalim kenapa pula hati kita jadi hitam terhadap sahabat yg tidak pernah mencuri, menipu rakyat malah sanggup menyusahkan diri sendiri serta keluarga demi mempertahankan hak rakyat? Jahat sangat kah mereka berbanding kawan baru kita?
Li'l Abner
DeleteJust a thought.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah).
Salam kak yong.
ReplyDeleteSpot on... "Saya rasa pucuk pimpinan PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar lalu," kata Raja Ibrahim !!
Tindakan Najib puji memuji TGHH@PAS, vice versa, pimpinan PAS@ TGHH wax lyrical Najib@UmNo lately + "niat baik sokong pindaan enakmen a la hudud" dikatakan 1 taktik PAS untuk menjatuhkan populariti UmNo-BN ?? NOT !
hahaha...No-brainer ..budak tadika PASTI pun tahu THAT IS AN UTTER RUBBISH so to speak!! Obviuosly TGHH is just trying to butter them up a bit to make up his invariably shortcomings. Takde ape paedah tolak kawan seperjuangan untuk puji @ sekongkol dengan musuh kita all this while?? Konon UmNo sokong hudud ?? hahaha... Blimey !
He just rubbed salt into the wound - make difficult situation even worse for PAS per se.. Losing more grounds .. PAS truly in a deep s*** ...a sinking ship !
salam:
DeleteWell said bro!!PAS is at their weakest,do not know where they're heading to!!Top gun say they're heading right,and the 2nd joker might be saying heading left.hahaha...end up heading nowhere.PEACE.
TGHH and TGHD have done the miracle job not only for the party but for the rakyat as well. No one can deny this fact.. The whole world could by now watch how UMNO/BN is heading towards 'BE END'; or to the eyes of majority of Malays in this country, it is 'UMNOMORE'. This is what DAP worry about much.. the Malays have the only ONE alternative after UMNO sinks.. of course not DAP not PKR not GHB but PAS!
DeleteSo, as per my question posted earlier.. Who is having the better political strategy.. Pakatan 2.0 or PAS??
Please respond with an academic answer not in an emotional way.. then only you will realize why PAS did this and that.. just to ensure UMNO will disappear from the Malaysian political landscape.. and it is FOR GOOD!!
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteOf course PAS has/have the better strategy. The leaders have El-Haraki and Tok Usin Ceroi as their logistic agents.
DeletePoor GHB has only good and down to earth honest leaders!
Wan Rosli's post was deleted because of duplicated entry @ spamming
DeleteAlhamdulillah .. pas akan terus berjuang tanpa G18. Tak sabar nak nunggu raya haji nanti di mana PAS sudah brjaya dibersihkan..
ReplyDeletePAS sudah pun berjaya membersihkan ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan presidennya. Tetapi sampai sekarang PAS masih kaku tanpa sebarang gerak kerja, apa yang ada cuma cercaan dan makian kepada golongan yang tidak sehaluan. Dasar PAS yang dibincangkan dalam muktamar juga tidak nampak bergerak malah dewan-dewan juga tidak berfungsi seperti dahulu. Kegagalan melantik AJK PAS Negeri juga semakin bercelaru apabila banyak nama-nama yang disenaraikan menolak pelantikkan. Kalau di Perak pula DHPP bagai tidak wujud. Semakin besar cakap semakin besar pula kemerosotan sokongan. Semoga Allah kurniakan kebenaran dan keinsafan kepada kita semua.
Delete