Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 22 September 2015

LEMBARAN SEJARAH BARU MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

MUAFAKAT PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN

Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.

Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkang yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkuatkuasa hari ini.

Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.

Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.

Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

YB SAUDARA LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

22 September 2015

Kenyataan di atas telah tersebar di laman-laman sosial pro-pembangkang sebaik-baik Rundingan Meja Bulat tersebut selesai.

Rata-rata pengkomen menyambut baik keputusan tersebut.

PAS tidak hadir dalam rundingan tersebut walaupun dijemput:

PAS SUDAH ADA PAKATAN RAKYAT (ANTARAPOS)

Sekarang kita tunggu saja dengan siapa dan bagaimana rupa Pakatan Rakyat yang disebut oleh Nik Zawawi ini.

*Bersambung*




13 comments:

  1. Alhamdulillah.Clear cut.Very good and the show must go on.

    ReplyDelete
  2. PAS sudah gagal. Mereka telah mengkianati rakyat yang mengundi mereka semasa PRU 13 atas semangat Pakatan Rakyat.

    Jika PAS ingin bersendiri ataupun berpakat dengan UMNO. PAS tetap akan gagal.

    ReplyDelete
  3. PAKATAN UG YG DIANGAN2KAN OLEH HJ HADI..
    UMNO

    ReplyDelete
  4. Salam

    Alhamdulillah,Syabas Pakatan Harapan,"Time to start Work",kempen penerangan habis-habisan di peringkat akar umbi dan ereka-mereka di atas pagar.

    Tahniah sekali lagi.

    wassalam.

    ReplyDelete
  5. PAS sudah ada pakatan rakyat

    anggota pakatan rakyat ialah

    PAS PAS dan PAS

    akan bertanding diseluruh negara kerana pakatan rakyat ada byk parti PAS PAS PAS

    tuan2 dan puan2 rakyat jelata sekelian,

    jika nk memilih pemimpin jgnlah dpd mereka yg kurang siuman

    nk jadi imam pun tk layak (tanpa menyebut mana2 pihak ok)

    ReplyDelete
  6. ne buat Pakatan Harapan secara RASMI (Daftar dengan ROS)..Malaysia sekarang memerlukan sistem 2 parti..Selagi tak rasmi selagi itu senang berpecah..

    ReplyDelete
  7. kami PAS akan bersama2 umno. kami juga ada mic, mca + dll. kami hormati ds najib. kami sayang rosmah comel.

    ReplyDelete
  8. Bukankah PAS pernah mufarakah dari PR dan bergabung dengan UMNO untuk mempertahankan pentadbiran TSKI? Maka, tindakan mereka untuk menolak duduk dalam PR yang baru bukanlah pelik malah ianya sesuatu yang dijangka. Sikap PAS sejak HJ Hadi berjaya menghalau ahli2 yang beristiqamah dengan PR sememangnya anti kepada PR. Satu perkara yang rakyat dan para pengundi perlu ingat semasa PRU14 akan datang, PAS bukanlah dari kalangan pihak pembangkang lagi, bahkan mereka adalah parti yang mesra UMNO dan BN walaupun tidak mengishtiharkannya secara rasmi. Itu tidak lain dan tidak bukan merupakan sebahagian dari taktik mereka untuk memperdayakan orang melayu dan orang islam khususnya. Cakap nak bersendirian tapi asyik2 dok mengurat UMNO. Itu lah dia perangai PAS.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  9. bila hadi masuk hospital, najib dtg tengok.
    bila haron ding masuk ijn, najib dtg tengok.
    bila anwar masuk hospital, tak ada pun najib dtg jenguk.

    birds of the same feathers always flock together.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos rawatan Hadi Awang.di Turki.dan Haron Din di US tinggi gamaknya. Tabung Pas mungkin tak sanggup nak settle bil rawatan mereka berdua. Dengan Najib.datang ziarah terubatlah sakit...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.