Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 29 March 2016

AMANAH, DAP DAN PAKATAN HARAPAN PERNAH BUAT SALAH KEPADA RAZMAN ZAKARIA KAH?

Yong pelik betul dengan sikap Pesuruhjaya PAS Perak ni. Entah di mana diletaknya akhlak seorang tua, yang patut mendidik anak-anak muda supaya menggunakan bahasa yang indah-indah apabila berbiacara. Tetapi bagaimana bahasa dia?

Contohnya:




Itu hanya 3 contoh sahaja. Pergilah ke Facebooknya kalau nak baca contoh-contoh bahasa PJ Perak ini.

Lainlah jika dia hanya seorang macai cybertrooper. Seorang macai menggunakan bahasa yang Yong malu nak sebut di sini.

Tapi dia seorang tua, pak haji, bekas penjawat awam dan kini memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak - satu jawatan tertinggi bagi parti itu di Perak. Tetapi, adakah tutur bahasa yang dihamburkan di dalam Facebooknya mencerminkan akhlak seorang yang berjawatan tinggi di dalam sebuah parti Islam?

Tiada masalah jika PJ Perak mahu mengkritik Amanah, DAP atau Pakatan Harapan. Kritiklah dengan hujah. Gunakan bahasa yang baik-baik sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Tidak perlu melabel atau menghina.

Allah Ta’ala berfirman dalam surat Al-Israa’:

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Maksudnya:

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'(Surah al-Israa':53)

Manakala sabda Rasulullah S A.W. pula:

Maksudnya:

Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.' (Riwayat al Tirmidzi)

Ada saudara-mara Yong masih setia di dalam Parti Islam SeMalaysia. Yong menyayangi dan menghormati pilihan mereka.

Kesian mereka. 

Atau...apakah parti Amanah dan DAP pernah bersalah kepada Razman Zakaria?

9 comments:

  1. bahasa mencermin kan keperibadian seseorang..jalau dah guna bahasa jasar.siap carut maki hamun.itu orang tak ada akglak sebenarnya...
    pas terasa sudah cukup hebat sekarang..cukup kuat.
    pembela najib dan umno no 1 sekarang ni...tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan begini sikap PAS di hujung usianya? Sungguh memalukan.

      Delete
  2. bagaimana acuan begitulah kuihnya

    ReplyDelete
  3. Tukang update status tu bukannya Razmang, tapi kaum-kerabat dia yg menganggur tak ada kerja. SRP pun tak lulus.

    Itu sebab kalau kita perhatikan bahasanya, ajer macam gampang. Kadang2 rasa nak nangis, nak ketawa.

    Rasa nak terjun tingkat 1 pun ada.

    Kahkahkahkah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooo...patut la...serah pada bebudak bangang buat kerja...patut la...bos la yang bangang kalau macam tu Yeop!

      Delete
  4. dulu x le sebodoh cam sekarang.......

    ReplyDelete
  5. Kalau beginilah perangai pemimpin2 PAS yang masih bodos sombong, berlagak pandai...InsyaAllah, PAS akan kembali ke zaman 70an....iaitu, ajaran Islam yang org tidak akan dekati.

    ReplyDelete
  6. Sy tabik pd adun pas dun bangi. Beliau menjalakan tugasnya dgn sungguh profesional. Tp syg dgn perangai saf pemimpin2 pas yg diatas. Sy pun semakin menjauhi parti ini.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.