Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 22 March 2016

N3 CERIA PAGI SELASA: BOLEH TAK BAS SEKOLAH DI MALAYSIA DIBUAT SEPERTI INI?

Seharusnya perjalanan ke sekolah menjadi satu rutin yang menceriakan kanak-kanak. Ini di Jepun, negara yang pernah dijatuhi 2 biji bom atom oleh Amerika Syarikat:











Di Malaysia bas sekolah macam ini:


Kalau bas cantik dan bersih, anak suka pergi sekolah menaiki bas. Bukankah itu menyenangkan ibu bapa? Tak perlu lagi datang lambat kerja sebab menghantar anak ke sekolah.

Kalau Kerajaan Persekutuan tak mahu buat sebab takde duit masyuk, bolehkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memulakan initiatif ini? Beli galakan kepada operator bas untuk menukar imej bas sekolah mereka.

Undang-undang standard warna bas bukan tak boleh tukar. Pokoknya mahu atau tak mahu. Itu saja.

Takut tak patuhi syariah sebab letak wajah-wajah haiwan?

Hahaha...

Hendak seribu daya,
Tak hendak seribu dalih.

8 comments:

  1. Assalam Yong

    Yang kena tanya JPJ kot?
    Tapi selagi minda mereka di bawah tempurung tetap akan ada masalah. Macam-macam dalihdan senongeh akan timbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong... Nnti kalu jpj tnya ini bas budak sekolah atau bas haiwan sekolah, nk jwb mcm mna yea? Tringat zmn teman remaja baru dpt lesen L 20 tahun lpas. Jpj saman sbb sticker L x ikut standard jpj. Teman tnya, kalu dh sticker mcm ni x ikut standard kenapa jpj x buat report polis/serbu kdai2 yg jual sticker tu. Tau apa deme jwb. Itu khoje agensi lain pulak. Ohhhh Malaysia Ku. Blh djual tapi x blh dguna

      Delete
  2. Bukan dibawah tempurung........ memang tempurung

    ReplyDelete
  3. Salm Yong..

    Jawapannya tak boleh! Bas sekolah kalau nak hias bole letak gambar Rosmah dan Najib dengan logo 1Mesia besar-besar dan tulisan MAKHLUK SUCI LAGI BERSIH. Kat belakang bas pula boleh ditulis "Ditaja oleh MDB". Tobat lahom JPJ ka Polis ka tak berani kacau.

    ReplyDelete
  4. Apa saja yg menceriakan kanak2 akan menceriakan hati orang dewasa juga. Tapi orang dewasa tak pernah fikir hal itu, kalut dgn masalah dunia.

    ReplyDelete
  5. Boleh saja kalau nak buat..naik lah tambangnya

    ReplyDelete
  6. cannot org ketua tweeter akan komen ganggu fokus awam dan hasut awam jadi keliru.

    ReplyDelete
  7. kalau naik helikopter lagi bebudak suka.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.